Saturday, December 27, 2008

Rabbuna Yassir Wa La Tu'assir

"Ya Allah, Ya Tuhanku..Permudahkanlah urusanku"

Permudahkan la urusan hambamu ini dalam ingin melaksanakan urusan di jalan Mu..
Permudahkan la urusan kami. Kerana hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui apa
yang terbaik buat kami...

Galakan utk menikah. Firman ALLAH dalam surah annur, ayat 32 yg bermaksud:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Sebahagian ulama' berpendapat bahawa ayat ini ditujukan kepada wali kerana merekalah yg bertanggungjawab mengahwinkan anak-anak mereka. Namun perkataan kahwinkanlah di sini bukan sekadar membawa maksud menjalankan proses akad nikah, akan tetapi termasuk juga memudahkan perkahwinan. Memudahkan perkahwinan bererti tidak menjadikan perkahwinan itu sebagai sesuatu yg menyusahkan.
Antaranya, tidak menetapkan mahar yg terlalu tinggi, prosedur yg menyusahkan, juga tidak menetapkan umur tertentu barulah dibenarkan anak itu berkahwin

Entah bagaimana caranya utk menyelesaikan masalah ini entahla ana juga tidak tahu.. setiap jalan menuju perkahwinan itu tidaklah semudah yg dilihat. Setiap jalan punya mehnah yg berbeza-beza & cara penyelesaian yg tidak sama meski nampak serupa. Ana hanya mampu berdoa sahaja..Biarlah ini yang pengakhiran..Amin. (kita hanya mampu merancang , Allah yang menentukan..Jodoh adalah RAHSIA Allah)

"jika Allah memakbulkan doa kita, DIA sayang pada kita. Jika Allah lambat memakbulkannya, DIA mahu menguji kita.. Jika Allah tidak memakbulkan doa kita, Allah merancangkan sesuatu yang lebih baik utk kita.. Bersangka baik lah kepada Allah kerana sayangNYA pada kita mengatasi kemurkaanNYA.."

SEGALA PERISTIWA BERAWAL DARI PANDANGAN MATA, JILATAN API BERMULA DARI SETITIK BARA,
BERAPA BANYAK PANDANGAN YANG MEMBELAH HATI, LAKSANA ANAK PANAH YANG MELESAT DARI TALI, SELAGI MANUSIA MASIH MEMILIKI MATA UNTUK MEMANDANG, DIA TIDAK LEPAS DARI BAHAYA YANG MENGHADANG, SENANG DI PERMULAAN DAN ADA BAHAYA DI KEMUDIAN HARI, TIADA UCAPAN SELAMAT DATANG DAN ADA BAHAYA SAAT KEMBALI..
Catatan IBNU QAYYUM -
Tunggu Teduh Dulu - Faisal Tehrani

p/s: Berat untuk dizahirkan. Betul kata Ustaz kuliah Rabu hari tu..Rahsia terbesar di dunia ialah RAHSIA HATI...(kita je yang tahu apa yang kita rasa ini huhuh)

:: Perkahwinan dan Muqadimahnya::


Saat menulis entri ini ..ana teringat akan beberapa sahabat ana yang telah bergelar janda dan ada beberapa orang yang mengalami konflik rumahtangga. Kasihan. Besar sungguh ujian itu. Walaupun ana bukanlah orang yang layak untuk membuat ulasan namun sebagai manusia yang diberi hati & akal ana ingin meluahkan di entri ini sekadar beberapa baris pendapat dari dimensi seorang yg masih belum berkahwin. Seandainya ada kekurangan moga difahami. :)

Mendengarkan berita-berita tidak enak seperti itu adakala menyebabkan ada ketikanya hati ana menjadi sangat takut untuk menghadapi perkahwinan. Risau andai menemui kegagalan disebabkan salah faham yg tidak henti-henti dan campur tangan terlalu banyak pihak.atau kecurangan dan kehadiran insan ketiga..
Namun dipujuk hati ini agar tetap perlu yakin bahawa setiap yg ditakdirkan itu adalah yg terbaik. Apalah daya kita sebagai manusia untuk menolaknya. Bukankah setiap detik hidup manusia itu dipagari takdir? (Masih ada rumahtangga sahabat yang lain yang bahagia dan tenang)..

Ana tidak berada 'di dalam kasut' mereka (empati), jadi tidaklah ana ketahui apa yg sebenarnya berlaku. Yang pastinya, ALLAH tidak akan menguji hambaNya ke atas sesuatu yang mereka tidak sanggup hadapinya.Setiap yang berlaku adalah datang dari Allah..Hanya DIA yg Maha Tahu apakah sebenarnya yg tersirat (Kerja ALLAH tiada siapa yang tahu).. Mata manusia hanya mampu melihat lantas bibir mula menafsirkan dengan pelbagai andaian, tetapi hati yg menanggung, entah siapa peduli.
Ya ALLAH, moga mereka sabar dan redha dengan takdir perjalanan hidup yg telah tercatat meski terasa berat. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penolong dan tempat kembali.

Ana pernah terbaca ada yang mengatakan, tahun-tahun awal perkahwinan itu ibarat tahun 'pengujian' buat pasangan suami isteri. 5 tahun pertama itu..kemudian 10...Itulah waktu untuk benar2 saling mengenali, segala yg baik dan buruk tentang diri pasangan yang pasti akan terbongkar. Maka di sinilah pentingnya kata-kata 'AKU MENERIMA KAMU SEADANYA'. Kesabaran yg tinggi amat amat diperlukan untuk membantu mengemudi bahtera perkahwinan...(Azzah selalu ckp pentingnya SABAR dlm perkahwinan)

Menerima pasangan kita seadanya, baik & buruknya..saling melengkapi..Itulah tujuan perkahwinan..SATU PERKONGSIAN..huhu

2 insan yg tidak pernah hidup bersama, tiba-tiba disatukan kerana satu aqad yg sama-sama telah dipersetujui, bisa sahaja ia membawa ketidaksefahaman atau sebaliknya. Yang penting masing-masing perlu lebih mementingkan peranan diri sendiri berbanding sibuk menanyakan hak yg selayaknya bagi mereka. Sungguh, jika kesabaran dan toleransi tiada dalam atmosfera rumahtangga itu, pasti akan berlaku kepincangan jika tidak segera diatasi. Ayat ini ana tulis kerana melihat beberapa contoh dari pasangan yang bercinta (yang selalu mengadu pada ana) ..asyik gado je,..menangis.., dan macam2 la..ini belum kahwin lagi sudah berantakkan begini..Bagaiman kahwin nanti ea?? (ana juga belajar dr pengalaman yang lepas)

Antara tujuan perkahwinan itu ialah ingin KETENANGAN & KEBAHAGIAN. Dr awal kita belajar mewujudkan atmosfera nya begitu dlm hubungan. Memanglah langit tidak selalunya cerah ada masa ribut dan badai dtg melanda. Tapi kalu dah terlalu kerap laut bergelora lama-lama kapal juga akan karam di hempas badai ..Kecuali pengemudi dan pembantunya yang cekap sahaja berjaya berlabuh dengan selamat.huhu (perumpamaan tu BOS)...

Seandainya bahtera perkahwinanmu masih belum berlabuh, persiapkanlah diri dengan ilmu agama yg sebanyak-banyaknya. Kerana hanya dengan agama, manusia akan terpandu ke jalan yg selamat. Dan hanya dengan agama manusia mampu termasuk di dalam golongan yg benar-benar berjaya. Seandainya manusia sendiri membenci agamanya, tiadalah apa lagi yg tersisa.

Buat yg baru berkahwin dan akan berkahwin, kudoakan moga muqaddimah rumahtanggamu penuh dengan mawaddah dan rahmah. Dan moga sebagaimana muqaddimah, begitulah pertengahan dan khatimahnya. Apa lagi jika bukan di jannah. Insha ALLAH!

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang..

Ukhwah persahabatan....



Kali ni ana terasa nak menulis entri tentang ukhwah persahabatan. Ana teringat kan 2 orang kakak kesayangan ana (sahabat sebanrnya) Azzah n kak Zai malam ni. Sbb minggu ni ana berada di UPSI sbg minggu-minggu terakhir pengajian di sana. Saat indah kami di sana ..(aktiviti-aktiviti nakal hehhehe sbg pelajar..hooyeaahh)..

Sedih rasanya apabila saat pengajian di UPSI hampir tamat.huhuu.
Bercakap mengenai persahabatan saat ni ana rindu kepada sahabat ana yang ketemu tadi NAZRAH, DAYAH( Lin kamu jauh di sabah tadi kita gather) LIZA, KAK NURUL , KAK ADLINA, JUN jika ;;;;;;;;;;;
disenarai panjang rasanya hehhe..KANGAN BANGAT SAMA KAMU SEMUA.....

Berbalik kepada tajuk entri ana..

Rata-ratanya kita mempunyai sahabat dan teman. Sudah bertahun-tahun kita berukhuwwah, namun mengapa dalam sesetengah kes, perhubungan itu boleh dikatakan hambar, tidak hidup, kering dan biasa aje? Ntahla, ana bermuhasabah mengenai hal ini. Ana merenung,,ukhwah persahabatan yang terjalin..Sahabat adalah teman di saat susah mahupun senang..Yang boleh dipercayai..amanah dan setia..

Suami dan Isteri

Apa kata kita cuba menganggap teman kita itu sebagai isteri atau suami tercinta? Kerana pasangan suami osteri juga menganggap pasangan mereka adalah sahabat yang terbaik dan dipercayai...

Biasanya, kalau kita belum bangun dari tidur sedangkan azan subuh sedang berkumandang, adakah sahabat kita akan mengejutkan kita?? Jika suami dan isteri
pastinya suami akan duduk di samping isterinya dan membangunkannya dengan baik. Tak lupa untuk memberi semangat bahawa solat di awal waktu itu amat besar pahalanya.

Apabila kita keluar dan berjalan-jalan bersama sahabat kita menaiki kereta mahupun
pengankutan awam, disini ana memilih bas atau teksi la katakan......
bersama kawan-kawan kita. Ketika konduktor bas ataupun driver teksi meminta bayaran
kita bayar tiket masing-masing. Namun, situasi ini jadi pelik jika berlaku kepada suami isteri. Tak pernah ana jumpa keadaan suami bayar tiket suami, isteri bayar tiket isteri. Apa yang ada ialah salah seorang saja yang bayar.Begitu juga apabila
di kaunter tempat membeli belah atau kaunter pasaraya. tak salah kalau kita
mendahulukan dulu n membayar untuk sahabat kita.kerana jika lihat pada pasangan suami isteri adakah suami bayar untuk barang suami?? isteri bayar untuk barangan isteri?? Tidakkan....

Begitu jugalah ketika kita membawa balik jajan (biskut, coklat, etc) ke rumah sewa. Jajan terus disimpan di dalam almari. Macam tak nak kongsi dengan orang lain. Namun, si suami tidak pernah begitu. Dia akan simpan di dapur. Kalau si isteri nak ambil, ambillah.

“Berikanlah haknya...”
Demikian beberapa situasi mdah yang sering berlaku. Hak-hak yang halus inilah yang kita perlukan sebagai agen penyubur ukhuwwah.

Berukhuwwah tanpa menunaikan hak-haknya memang membosankan. Tiada keraguan padanya. Namanya kawan, tetapi tak serupa kawan. Katanya teman, tetapi lesap ketika kesusahan. Maka rawatannya mudah (mudah disebut, seronok dipraktik), iaitu berikanlah hak-hak ukhuwwah kepada teman-teman anda.

Cubalah sedaya-upaya mencari ruang untuk memberikan hak ukhuwwah kepada teman kita. Ketika kita tahu saja dia sakit, berlumba-lumbalah mencarikan ubat untuknya. Paling kurang pun kita membelikannya sarapan pagi . Apalah sangat sebungkus nasi lemak dan bancuhan secawan teh? Tak susah kan? jika kita keluar atau pergi mana-mana teringat akan sahabat kita tak salah kita bertanya apa-apa keperluannya dan membelikannya..

Apabila kita mendapati malam sudah lewat, sedangkan teman kita belum pulang ke rumah, maka usahakanlah untuk menghubunginya; ambil tahu keadaannya dan bertanya samada dia pulang atau tidak malam itu. Mudah saja. Kerja ini tidak sampai lima minit pun!

Sesungguhnya memberi itu lebih baik dari menerima...Bila kita memberi akan ada meninggalkan sesuatu kesan kepada penerima. Jauh di sudut hatinya..Akan lebih bermakna jika pemebrian kita itu , walaupun kecil seperti buku nota atau roti canai
di pagi hari..atau apa sahaja tetapi membawa kesan yang amat besar yang kekal berpanjangan.

Tidak terdetik sedikitpun di hati untuk mendapat kembali apa yang telah diberi, malah bergembira dengan pengorbanan tersebut, melebihi gembira orang yang menerima pengorbanan itu. (Ana sgt suka memberi hadiah..ntahla cam hobi plak..seronok tgk penerimanya gembira menerima)

Kesimpulan
Cukuplah setakat ini. Kalau coret panjang pun tapi tak amal, apa gunanya. Dan untuk itulah post ini ditulis. Akhir kata, selamat melayani suami/isteri anda! :D

Bukankah kekuatan ukhuwwah itu kekuatan yang paling utama selepas kekuatan aqidah?

Sunday, December 21, 2008

Menyusuri hidayah ..now or never..

Terima Kasih sahabat ku Lillah dengan perkongsian idea ini...(Buat sahabat ku HUDA sayang, bacalah dik,..moga dikau memahami hidup ini bukan untuk keseronokkan semata..)

macam2 alasan yg boleh anda bagi utk menggagalkan misi perubahan baik dalam diri, atau turning point atau saat penentu atau yg lebih tepat saat hidayah menyapa & iman mula bersuara..
antara alasan yg mula bermain nakal berdialog dengan diri ialah "saya dulu sangat sosial..sgt2.. dan persekitaran saya pula tak membantu".. bagi yang perempuan akan ada ayat penambahan "saya jumpa banyak lelaki jahat yang merosakkan hidup saya" dan ada yg tahap jujur sgt2 memberitahu yg diri dah pun 'terlanjur' or 'ternoda'.. etc

p/s: berdepan dgn makhluk perosak , spray je dgn ricsect. habis citer (commercial break..hehe)-ayat lillah

rilex2.. bertenang2.. duduk baik2 bagi yang duduk atas kerusi tu.. bagi yang tak duduk atas kerusi, duduk lah apa cara pun asalkan sopan & selesa ok! bukan ape, nak terima input ni kene make sure oxygen dpt diangkut dlm saluran darah dgn lancar.

ok2 jom kembali ke topik asal. alasan2 atas tu dah biasa la. tapi BIASA tak BEMAKNA boleh pandang ringan hal ni. sama ada anda ni sosial ke, soo sial ke, very2 sosial ke dan sudah ternoda ke, sudah menodai ke, sudah dinodai ke.. tu semua akan jadi SEJARAH jika dan hanya jika anda pilih untuk TAK BUAT lagi perkara tu. ahli sejarawan kata kalau kita tak belajar dari sejarah, kita akan mengulangi sejarah. so belajar lah sejarah supaya kita tak terus break the guinness record yg pernah kita buat catatkan dlm journal hidup kita.

setiap org akn menempuh saat penentu (turning point) dlm hidup. mungkin ni merupakan penentu utk beralih kpd satu tahap kematangan atau gaya hidup atau lingkungan kenalan2 baru.

biasanya ia merupakan saat yg membawa perubahan besar dlm hidup. dan bagi seorang hamba Allah yg memang sedang mencari haluan hidup yg diredhai, saat penentu yg paling penting dlm hidupnya ialah saat terbuka luasnya pintu hidayah. bagaikan org yg baru keluar dari bilik yg gelap, bila muncul cahaya yg terang, tu lah saat2 yg dinanti2 kan. masa tu kadang2 ada yg dilema. nak berjalan ke arah cahaya tu ke tak..
bak pepatah Inggeris "Now or NEVER", ramai lah yg melangkah menuju cahaya..

bermula dari cahaya hidayah yg melimpah ke hati, jeng..jeng.. jeng.. berlakulah suatu transformasi(perubahan) dalam hidup. Haluan hidup tidak lagi samar dan jalan yang hendak dilalui telah terbentang di depan mata.

Namun begitu wahai sahabatku sayang, hidayah dari Allah ni ada tahap-tahapnya. Ia tak datang sekaligus. Di tahap pertama, pintu hidayah mula terkuak. timbul kesedaran dalam diri utk membuat perubahan, tapi masih belum nampak dengan jelas jalan yg harus ditempuh. Next tahap, jalan yg hendak disusuri sudah nampak di depan mata. tahap yg seterusnya, segala rintangan & cabaran mula muncul satu persatu. next, jalan2 utk mengatasi rintangan pun muncul satu persatu. dan seterusnya..
conclusionnya, dari satu tahap ke satu tahap, hidayah sentiasa mengalir. cuma sedikit atau banyak, dapat dimanfaatkan atau tidak.. dapat mengubah akhlak & peribadi atau hanya mengubah luaran diri shj..

thus, selepas beroleh hidayah, langkah seterusnya perlu diatur ye sayang. simpang siur utk memelihara hidayah itu perlu disusur. di sinilah proses 'hijrah' iaitu berpindah dari tahap kehidupan sblm menerima hidayah ke satu tahap yg lebih baik berpandukan taufik dan hidayah dari Allah :D

dan proses hijrah ni adlah suati proses yg berterusan, ana pun sama kene berhijrah mcm anda juga. proses ni akan terus menerus berlaku selagi nyawa dikandung badan.

hijrah kita adalah untuk mencari keselamatn (secure) di dunia & akhirat. Dan hanya this BEAUTIFUL ISLAM shj yg boleh memberi keselamatn kpd kita. keinginan kpd kehidupan yg selamat ni adalah fitrah manusia. makhluk asing, jin, kucing tak termasuk ok. cuma dlm hidup ni manusia selalu je menempa jalan2 yg tak selamat. so bila sampai di turning point, manusia pun pilih utk kembali ke jalan yg selamat tu. lebih2 lagi bila menyedari jalan yg dilalui tu dulu dah penuh dgn dosa-dosa titik noda hitam yg bukan shj membinasakan hidup di dunia malahan hidup di akhirat yang dah tak ada mati-mati..

maksiat adalah sesuatu yg keji, tetapi memilih utk kekal dlm maksiat adalah lebih keji dan sgt dicela oleh Allah. lantas bila hidayah sudah melimpah di hati, inilah saat utk mengucap sayonara (selamat tinggal) kpd maksiat & kemungkaran buat selama2nya..

bermulalah suatu perjuangan penuh rintangan menggapai redha Allah.. sama2 lah kita strive for mardhotillah! (suka ayat ni, ayat dari blog fairuz kak lang..hehe)

ingat point2 bawah ni: (yang ni pulak ayat dari blog meow..ambik tanpa izin..hehe)

1) Allah Maha Penyayang

Pertamanya, kita perlu ingat bahawa Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun.

Sekiranya saudari ikhlas bertaubat, insha Allah, saudari dimaafkan.

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[az-Zumar 39:53]

Malah, bg org2 yg bertaubat juga, Allah menggantikan seluruh dosanya yg lampau kepada pahala...

"kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh;
maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan.
Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[al-Furqan 25:70]


2) Penzina untuk Penzina
Mengenai 'penzina utk penzina', ia adalah berdasarkan ayat berikut...

"Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik;
dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik,
dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mu'min. "
[an-Nur 24:3]

Jika dirujuk dalam kitab tafsir, perbahasan ttg ayat ini agak panjang. Namun, apa yg disepakati adalah seseorang lelaki mu'min boleh menikahi perempuan yg berzina sekiranya ia telah bertaubat, dan telah meninggalkan perbuatan tersebut.

Drp AbduLLah bin Mas'ud, drp Nabi SAW bersabda:
"Orang yg bertaubat dari dosa adalah
seperti org yg tidak berdosa"
[Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan at-Thabrani. Al-Albani menilainya sahih dalam kitab Sahih Jami' Shaghir (3008)]

3) Menutup dosa lampau

Seorang yg beriman perlu menutup dosa yg ia lakukan.

Drp Abu Hurairah r.a., RasuluLLah SAW bersabda:
"Semua dosa para pengikutku akan dimaafkan kecuali dosa 'mujaahirun' (org2 yg melakukan dosa secara terang2an atau membuka (memberitahu) dosa yang pernah dilakukannya kepada org lain)...."
[Sahih Bukhari, dlm Kitabul Adab]

Yang dimksudkan dgn "dosa 'mujahirun' tidak dimaafkan" adalah dosa mereka tidak akan diampunkan sekiranya mereka tidak bertaubat. Ini juga menggambarkan dosa 'mujahirun' ini adalah berat.

4) Dekatkanlah diri kepada Allah
Setiap org diuji dengan ujian yg berbeza. Ujian ini adakalanya dapat menguatkan kita. Ujian ini juga mungkin mendatangkan kebaikan kepada kita.

"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[al-Baqarah 2:216]

Dekatkanlah diri kepada Allah. Bykkan berdoa kpdNya. Insha Allah, saudari akan tenang dan berbahagia... Kalaupun tidak di dunia, insha Allah, anugerah Allah di akhirat sgtlah hebat.

WaLLahu a'alam.

wahai sahabatku sayang..
malang sekali bagi seseorg yg diberi hidayah oleh Allah tetapi mensia-siakan peluang itu dan terus lalai dlm kehidupan yg menipu. umpama sebutir permata yg terlepas dari tangan & jatuh ke laut yg dalam.. mungkin permata akn diperoleh dgn mudah tapi tidak akan sama keindahannya dgn permata yg dah terlepas tu.. paling parah kita takut permata yg terlepas tu tak ada permata lain yang mampu mengatasi keindahannya.. alangkah rugi.. ~_~

sama2 kita berhijrah ye sahabat2ku.. ^o^ (Lillah nak istiqamah tu cabarannya kan!!)

Wednesday, December 10, 2008

Salam Aidil Adha..

Bismillahirrahmanirrahim..

Labbaikallahummalabbaik Labbaikalla syarika laka labbaik... Innalhamda wanni’mata Laka walmulk La syarikalak….

Seruan ini bergema lagi. Seruan lambaian Ka’abah, meminta sang hamba menyahut seruan untuk menjadi tetamu Allah.

Alhamdulillah tadi ana da selesaikan kesemua markah-markah PB ana..Lega rasanya. Minggu ni ana bercuti seminggu, wah macam-macam plan ana nak buat tapi tatau la sempat ke tak..jadi ke tak.. Tapi yang pasti stok buku yang banyak perlu di habiskan baca dan tempahan jahitan manik harus diselesaikan, rumah juga harus dikemas dan paling penting assgmnt UPSI harus disiapkan...Hehehehe

Raya haji tahun ni pun ana tidak pulang ke kampung halaman...Erm, tak pe ibu ayah dah bg green light sama macam tahun-tahun sebelumnya. Macam-macam aktiviti ana lakukan. Raya pertama g tengok korban, berkunjung ke Pusat Islam, shopping ke Tesco. Malam tu ana buat makan-makan untuk pelajar-pelajar JRV yang tak pulang beraya dr semester 1 hinggalah ke semester 6..Nasib baik ada ramai chef-chef yang turun membantu..Tasha dan Fyza pun cekap didapur. jadi dalam masa yang singkat lebih kurang jam 3.30 ptg kitaorg berjaya masak untuk makan 8.30 mlm...Masak soto, rendang, kuah lodeh, sambal kacang...Dan juga Shafiq membantu masak Pizza..heheheh

Raya ke dua nya, ana dan beberapa student yg lain beraya ke kampung jun di kodiang. Alhamdulillah rezeki kan..ptg tu kitaorg berjalan-jalan di batas sawah ..Seronok sgt angin sepoi-sepoi ..Hehehe..Mlm tu juga ada jemputan makan-makan lagi..Alhamdulillah ini dinamakan rezeki..

Sesuatu yang paling sinonim dengan bulan Zulhijjah ini ialah “pengorbanan”. Di saat inilah pengorbanan tiga insan agung dalam Islam akan dikenang. Dalam mana-mana ceramah yang dihadiri, maka akan diceritakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam dan isterinya Hajar serta anak mereka Nabi Ismail alahissalam. Jiwa-jiwa yang tulus-mulus akan merasakan betapa agungnya pengorbanan yang telah mereka lakukan demi Islam yang mana kisahnya dirakam dalam al-Qur’an, manfaatnya dikecapi oleh seluruh manusia sehingga ke hari kiamat.

Itulah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim meninggalkan anak dan isterinya di padang pasir yang tandus sehingga wujudnya telaga zam-zam dan kisah bagaimana Nabi Ibrahim diuji oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Sememangnya kisah ini perlu menjadi iktibar kepada seluruh umat Islam. Dihayati sepenuhnya untuk mencapai tahap keimanan yang tinggi di sisi Allah subhanahu wa Ta’ala. Persoalannya berapa ramaikah umat Islam hari ini yang sanggup berkorban demi agama Allah?

Wallahualam, ana juga bertanya pada diri ana sendiri..???Mampukah??

Peringtan buat ana sebagai seorang wanita, sedarlah bahawa pengorbanan yang dituntut dari seorang wanita itu bukan hanya mencakup tugas sebagai pendidik kepada anak-anak dan pengatur rumah tangga malah tugas dan tanggung jawab dakwah juga dituntut dari setiap Muslimah.

Wahai Muslimah,
Bangkitlah untuk berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Hayatilah pengorbanan yang telah dilakukan oleh empat wanita Islam yang agung, yang mana hasil pengorbanan mereka kita dapat mengecap nikmat Islam hari ini.
Mereka itulah yang disebut dalam satu hadis Rasulullah di mana diriwayatkan pada suatu hari Baginda membuat garis di atas tanah, Baginda pun bertanya kepada sahabat: “Adakah kamu sekalian mengetahui mengenai ini?” Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Baginda pun bersabda: “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam Binti Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad.”




Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” [TMQ Muhammad (47):7].

Tuesday, December 2, 2008

Jodoh Pertemuan, Yang Mana Menjadi Pilihan?

"Saya tak jumpa la orang yang sesuai dengan saya"..keluh seorang sahabat.

“Camne ye, aku tak jumpa r yang betul-betul baik kat sini, dengan kata lain, tak berkenan kat hati aku…” keluh mereka lagi..

Saban hari, pasti ada di antara kita yang mendengar keluhan-keluhan sebegini menari-nari di telinga kita.
Seorang pemuda berusaha mencari ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan seorang teman hidup, tetapi disebabkan terlebih mencari, sehingga lupa tentang persiapan diri.
Seorang pemudi pula mengharapkan seseorang yang sudi menjadi teman dikala sepi, penyempurna iman pada diri, dengan itu juga mencari, tercari-cari sehingga lupa bahawa diri masih tiada persiapan lagi.
Akibatnya, keluhan sahaja yang saban hari menyusul dan menyusul.
Kekecewaan dalam mencari menyebakan ada yang sanggup buang jati diri, yang selama ini menjadi benteng dan juga maruah diri. Terus diambil yang mana dirasa boleh mengisi kekosongan hati. Tanpa usul periksa agama empunya diri. Hanyut, hanyut bersama dunia sendiri. Hanyut dengan perasaan dan hati. Sehingga sudah tidak boleh memikirkan realiti dan mimpi.

Mengapa Tidak Menjadi Lebih Baik dari Mencari ?

Mungkin ana bukanlah yang paling layak untuk bercerita tentang bab ini, tetapi apa yang telah dilalui sedikit sebanyak boleh sama-sama dikongsi untuk kebaikan bersama.
Seorang lelaki , pemuda khususnya, tanyalah sesiapa yang digelar pemuda, jika ditanya tentang jodoh, pasti mereka akan menjawab mahukan isteri yang solehah, yang tahu jaga diri, yang pandai jaga hati mereka, yang cantik akhlak, yang tahu agama agar boleh bimbing mereka jika tersalah langkah.
Ana tidak katakan semua pemuda mahukan ciri-ciri ini, tetapi majoriti, jika ditanya jauh di sudut hati pasti akan terbit jawapan-jawapan ini.
Memang susah untuk mencari golongan-golongan yang begini, calon-calon yang memenuhi impian kita. Tetapi jika sifat-sifat yang diimpikan pada pasangan itu kita terapkan pada diri kita dahulu, Mahukan yang solehah, berusaha menjadi soleh, mahukan yang pandai menjaga hati kita, kita berusaha menjaga hati orang-orang disekeliling kita, bila kita betul-betul berusaha ke arah kebaikan, pasti tidak susah dalam menemukan orang yang dicari.

Sebutlah buah durian, pasti ramai yang tahu kesedapannya dan keenakannya. Dengan kesusahan untuk mendapatkan isinya, sudahlah buahnya tinggi di atas pokok, bila sudah jatuh, terpaksa pula menghadapi duri-durinya sampaikan ada yang terluka jika tidak tahu membuka isinya.
Dari luar dilihat sangat hebat, tetapi bila sudah dibuka isinya , sudah busuk , pasti akan ditinggalkan begitu sahaja. Begitulah perumpaan bagi pemuda & pemudi yang hebat, yang punya harta , muka, keturunan, tetapi jika akhlak tiada, pasti tiada siapa yang suka. Maka akan ditolak mentah-mentah segala yang datang darinya.

Bagaimana menjadi?
"Erm rasa kecewa la dengan muslimat/muslimah ni, tak jumpa yang berkenan, ada tu, nampak baik tapi mulut laser, ade tu pulak macam menjaga bila depan kita, tapi last-last tau perangai dia, langsung tawar..”

“Ade je yang betul-betul baik. Cuma mungkin yang kita nampak yang ni je, sebab tu tak jumpa. Ramai muslimat kat atas muka bumi ni, kalau tak kat sini kat tempat lain. Usahakan menjadi, dalam menjadi ni, dua syarat utama yang insyaallah, boleh membantu.

Petama, tundukkanlah pandangan , kurangkan mata tu melilau-lilau dengan wanita, nampak aurat orang, usaha palingkan, kerna bila kita jaga pandangan mata ni, hati kita akan terjaga, bila hati terjaga dan bersih, masa tu kau boleh bezakan akan hak dan batil.

Kedua, banyakkan puasa. Bila datang je ‘perasaan’ tu, puasalah, insyaallah, ia sedikit sebanyak membantu. Kerana ini pesan Nabi, bila Nabi pesan, banyak terkandung barakah dia. Dan bila makan tu, jangan selalu penuh atau berlebih-lebihan. Jaga makanan yang masuk perut tu. Dua ni cuba amalkan, dan yang lain-lain akan menyusul kemudian.”

Insyaallah, bila dua benda ni terjaga, kita akan dapat rasa nikmatnya ibadah tu.

Untuk apa nak dapat nikmah beribadah ?

bila kita dah rasa nikmat ibadah, maka hati kita akan merasa sendiri cinta Tuhan itu tidak bertepi. Dan perasaan yakin akan datang pada kita, bahawa kita ni adalah milik Tuhan, jika kita berusaha mencintai Tuhan , maka Dia sendiri akan memberi orang yang juga mencintaiNYA kepada kita.

Dan orang yang mencintai Tuhan, mendahulukan Tuhan dalam segala hal, adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal dunia dan akhirat, dan yang pasti merupakan orang yang baik, soleh ,solehah dan muslih(menjadikan orang lain turut soleh). Itu suatu janji yang pasti.

Apa Kesudahannya?

Kerana apa kita bersusah-susah dahulu itu semua ini?..Kerana inilah janji Tuhan,

“sesungguhnya setiap kesusahan pasti akan disusuli dengan kesenangan. Sesungguh-sungguhnya (Demi) setiap kesusahan pasti ada kesenangan”…

Bila kita berusaha menjadi, dan sudah sampai masa untuk diri melangkah setapak dalam mencari redha Ilahi, disitu kita akan melihat rahmat disebalik kesemua kessusahan ini.
Dengan bermula dengan mudahnya penerimaan orang yang dipinang, kemesraan ibu bapa sebelah sana, dan yang terpenting , mahar dan hantaran yang tidak membebankan , hanya cukup sebagai syarat sahaja.
Ketika melihat hantaran inilah, jika kita melihat orang yang tidak menjaga diri sebelum itu, pasti pening apabila melihat harga hantaran yang terlalu menyiksa diri. Dimanakah mahu dicari duit sebanyak itu?..Jika tiada, maksudnya melepas si dia, sehinnga dia melihat bahawa perkahwinan itu umpama membeli si gadis dari keluarganya. Keresahan inilah yang sering membelenggu remaja-remaja.

Tetapi jika melihat kepada orang-orang yang menjaga diri mereka, dalam segala hal, perkahwinan mereka cukup lancar, mahar yang tidak terlalu rendah , dan hantaran yang tidak menyesakkan dada.Betul-betul dilihat bahawa perkahwinan penyempurna iman. Alhasil kita melihat, keluarga yang dibina, betul-betul boleh dilihat hasil ketenangan, kedamaian kerana keturunan yang dihasilkan betul-betul bermanfaat bukan sahaja untuk keluarga tetapi masyarakat juga sejuk dan gembira dengan kehadiran mereka. Kejayaan dalam keluarga inilah yang menjadi penentu di mana akhir kehidupan kita.

Marriage is that relation between man and woman in which the independence is equal, the dependence mutual, and the obligation reciprocal. It takes two to make a marriage a success and only one to make it a failure.
"Where there's marriage without love, there will be love without marriage."

Ya Allah..Engkaulah tempat ku bergantung harapanku..

Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.
Saya hanya menginginkan seseorang untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya.
Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu saya menginginkan seseorang supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah jodoh saya nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi insan dan pasangan yang baik.

di dlm diri setiap insan telah Allah ciptakan dgn kelebihan. Saya ingin sangat mencari kelebihan dirimu utk saya jadikan kekuatan buat saya menyelusuri kehidupan ini bersamamu..

Saya juga sudi menjadi isteri yang kedua dalam hidupmu. Pelengkap sayap kiri mu. Sebab isteri pertama mu adalah Perjuangan di jalan dakwah Allah..Saya akan sentiasa menyokong dan cuba memahami mu..Diharap juga dirimu dapat menerima saya seadanya, memahami saya dan menghargai saya..

Saya ingin berkongsi keseluruhan hidupmu, susah dan senang bersama mu. Harap dirimu juga. menerima lebih dan kurangnya diri saya.. Bimbingla saya menjadi isteri dan wanita yang solehah...

Saya akan memilihmu kerana agama yang ada dalam dirimu. Kerana saya tahu dunia hanyalah sementara, walaupun saya boleh memilih dunia dan banyak pilihan...namun saya mencari cinta yang abadi dariNya..

Indahnya hidup ini andainya saya dapat melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan.
Ya Allah, jadikanlah diri ini bidadari dunia buat insan bergelar SUAMI- Amin

YA RABB……
KURNIAKANLAH AKU CINTA KPD HAMBA-MU YG MENCINTAI-MU,
KURNIAKANLAH AKU CINTA KPD HAMBA-MU YG MEMBAWA DIRIKU CINTA KPD-MU…..
YA ALLAH…..KURNIAKANLAH AKU CINTA-MU..SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YG SELAYAKNYA DICINTAI....


YA ALLAH...
JAGALAH HATI KAMI...SUPAYA BERADA DI LANDASAN YG BENAR..HATI INI HANYA LAYAK UTK MENGINGATI-MU..TETAPI KU SERING ALPA DAN TERLEKA..AMPUNILAH DOSA KAMI YA ALLAH..
HANYA PADAMU KAMI MEMOHON..SEDARKAN LAH KAMI DISAAT KAMI TERLEKA DAN HANYUT DIBUAI ARUS DUNIA...SESUNGGUHNYA, KAU MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU…..

Monday, December 1, 2008

Dear my students'

Masa untuk tawakkal sepenuhnya kepada Allah! Lapangkan dada menerima segalanya dari Allah :)

"Sekiranya kamu telah berazam, maka bertawakkallah. Sesungguhnya Allah menyukai orang - orang yang bertawakkal" - [Al-imran]

Rasanya selesai sudah tanggungjawab ana bagi semester ini untuk mendidik pelajar-pelajar ana. Khamis ini peperiksaan pun akan bermula, tiba masanya bagi perjuangan pelajar-pelajar semester 6. Dan bagi pelajar-pelajar semester 3 dan 5......hanya menanti markah-markah bagi presentation dan assgmnt mereka.

Setelah semuanya berpenat lelah sepanjang semester, rasanya kemanisan itu tiba dengan bercuti :)..Tentu gembira rasanya. Andai masa dapat di ulang ana juga rindu saat-saat belajar dahulu..Bertungkus-lumus menyiapkan assgmnt n final projek. Disaat pelajar course lain dapat menumpukan sepenuh perhatian pada peperiksaan akhir, ana dan pelajar course ana berhempas pulas menyiapkan final project dan presentation yang boleh dikatakan setiap hari..:)

Pada pelajar semester 3 selepas ni mereka akan keluar menjalani latihan industri. Ana mendoakan agar mereka sentiasa dapat mengutip seberapa banyak ilmu dalam dunia sebenar di luar sana. "Argh...ana bisa merindui mereka..Sangat merindui.." Hanya doa sahaja yang mampu ana titipkan mudah-mudahan.....

Dan ana berhempas pulas menanda assignmnt mereka..Huhuhuh banyaknya..Bila nak habis ni..hehhehe..

Kadang-kadang hati ini terdetik "asyik ana je yang fikirkan mereka. Bagi peluang mereka mengemaskini assgmnt mereka, hantar lewat bg peluang lagi dan sebagainya...tapi pernah ke mereka terfikir pensyarah mereka ni berhempas pulas nak menanda, masuk markah dan sebagainya??? Bukan satu dua asgmnt tapi di sebelah ana ini sahaja ada 4 beg penuh dgn assgmnt dan itu belum di campur dengan softcopy nya lagi...Pernah ke mereka menghargai dengan pensyarah mereka.?? Berterima kasih ? ? Kemana hilang nya nilai-nilai ini di hati mereka?? Agaknya inilah generasi muslim n muslimah akan datang..Ntahla" Bermonolog hati ana ini...

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

umurku diguna utk apa? mudaku diguna utk apa? sihatku diguna utk apa?
Aku adalah pendidik yang mendidik anak bangsa di jalanMu Ya Allah....

Ya Allah.. izinkanlah diriku, keluargaku dan sahabat2ku untuk istiqamah di jalan Mu.. hanya cintaMu yang kami dambakan.. amin Ya Rahim..

Born to be a leader..

Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya. - (Hadis sahih Al-Bukhari)

Saturday, November 29, 2008

Bersyukur dengan nikmat perasaan yang Allah berikan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, projek final Xplorace Siti Sana Sini semester 3 berjalan dengan lancar dan jayanya pagi tadi..terasa lega ana melihat komitmen dan semangat kerjasama yang diberikan oleh pelajar sekalian. Ana juga berbesar hati dan berterima kasih kepada semua pelajar jabatan dengan sambutan yang diberikan. Riak keletihan terpancar diwajah mereka namun ana tahu mereka puas dan lega kerana ianya dah berakhir. Alhamdulillah sekali lagi, ditambah dengan cuaca yang baik untuk pagi tadi...Memang banyak yang harus diperbaiki lagi,tapi ini adalah learning process bagi mereka..Mudah2an ada manfaat yang mereka perolehi darinya..

Saat ini, malam ini hujan turun dengan lebatnya. Kesejukan mencengkam..Aki n Adik dari tadi lagi sudah enak tidur di hujung kaki ana. Terasa damai menatap wajah anak kucing kesayangan ku dengan wajah comel mereka..:) ...Alhamdulillah adik da semakin sihat dan perkembangan pembesarannya pun da ok.Dia da mula berselera makan dan sama ligat dengan Aki...

Pagi tadi saat ana merenung melihat luasnya ladang tebu Chuping ana terfikir..Adakah fitrah bagi manusia bernama wanita merasa cemburu? satu persoalan yang tiba-tiba menyapa di minda ana. Argh, mungkin satu perasaan tersentuh di sekeping hati ini. Mengapa ye? Mengapa terjadi? Erm, ana bertanya pada sahabat ana.."Mengapa ye kak ?" Dan jawapan yang diberikan ialah "Kerana kita menyukai orang itu"..Erm........."Betullah kot"

Tapi mengapa ye? Ana teringat pada persoalan anak murid ana tentang hubungannya di mana pasangan nya seorang yang panas baran & cemburu.

Jawapan yang ana berikan lebih kurang begini " Kita berbalik pada teras islam dari segi adab pergaulan, adab berpakaian, dan banyak lagi..Kerana banyak yang kita tidak patuhi maka dengan itu wujud la berbagai-bagai perasaaan negatif"
"Ana katakan jika pasangan nya itu benar-benar berniat untuk menjadikan dirinya seorang isteri sudah tentu perasaan itu lagi ada apalagi melihat dirinya yang bebas bergaul dengan rakan yang lain. Pakaian yang mengundang mata liar yang lain untuk mencuci mata"

Argh..menasihati sangat mudah..Ana juga banyak perubahan yang harus dilakukan.Apalagi nak istiqamah terhadap setiap perubahan itu..Erm, apalagi bila benda itu sudah menjadi satu kebiasaan kita.huhuhu.

Ana terfikir juga dalam renungan ana tentang pelajar jabatan ana..erm, pergaulan mereka bagaimana..Erm, ntahla..Rasanya sama aja semuanya..Seharusnya yang lelaki menjaga akhlaknya, pandangannya . begitu juga yang perempuan...Erm.

Sebab perasaan yang mengusik jiwa ini yang membuatkan ana lagi banyak berfikir dan semakin berfikir. Kalu yang sembahyangnya cukup dan dijaga juga tapi kalu adab pergaulannya ,pandangannya juga tak dijaga, bagaimana lagi dgn mereka yang culas dengan kewajipan harian itu.???..Mungkin sebab tu ramai juga yang kecundang pada tuntutan nafsu dan maksiat ...

Persoalan anak murid ana lagi. "Apa pendapat cik tentang cinta?"
Jawapan ana berdasarkan pengalaman ana " Cinta tu indah dan suci. Tapi manusia yang mencemarkannya. ianya juga banyak membawa pada kemaksiatan..Teringat ana buku tentang cinta tulisan Pahrol Mohd Juoi - Tentang Cinta Jika tepat masa, ketika, keadaan dan Siapa , Cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya."

Namun sebagai pendidik ana harus lebih rasional dalam menjawab soalan mereka." Nak bercinta tak salah tapi bagaimana nak menguruskan cinta itu. Bagaimana cinta itu harus diatur dalam landasan dan aturan yang sebaiknya. Keindahan perasaan semasa bercinta adalah antara nikmat dan anugerah yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Jangan sampai cinta itu melalaikan dan membawa kepada kemungkaran."

Pesan ana lagi " Jadikan cinta itu kekuatan untuk jadi pelajar yang terbaik, cemerlang..Cinta itu juga kekuatan untuk mendidik dan melatih diri untuk jadi pemimpin dan ketua keluarga,..Untuk jadi Abi dan Ibu yang terbaik, menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah..Saling memperingati, saling membantu, saling mengingatkan di kala lalai, saling mendoakan..Bukankah itu juga sudah cukup indah,...Di saat kerinduan semakin kuat mencengkam diri tunduk dan sujud di atas sejadahnya bermunajad diri, agar semakin kuat perasaan itu semakin kuat perasaan insaf dan syukur diri ini kepada Pencipta kita dan Pemberi segala Nikmat & Anugerah ini.."

"Dan dengan rasa cinta, sayang, kasih yang wujud ini seharusnya lebih mendekatkan kita kepada Allah kerana takut kita akan melakukan kemungkaranNya,..sentiasa berdoa agar hubungan berkekalan..Kita hanya merancang Allah yang menentukan Namun kita juga harus berusaha. InsyaAllah, pada pendapat ana selagi cinta dan hubungan itu kerana Allah, dijaga dengan baik, tulus dan suci ..InsyaAllah. mudah2an ditunjuk dan dimudahkan jalan untuk bersama..."...ana tak pasti samaada mereka memahami apakah mesej yang ingin ana sampaikan tapi ana berkongsi pengalaman & pendapat ana sahaja..

Ana beritahu mereka kita bukan mencari yang sempurna, alim, warak, baik, pandai, kacak, kaya dan sebagainya,..tapi kita mencari yang sama-sama berusaha untuk menjadi terbaik ...saling melengkapi..yang hati nya setia mestilah yang baik pandangan dan akhlaknya kerana dia sedar kehidupan ini bukan untuk bersuka ria. Tetapi untuk menjadi khalifah melaksanakan amanah & tanggungjawabnya...

Dan sepanjang perasaan itu mengusik jiwa ana habiskan dengan berzikir dan berdoa..dan tersenyum kerana Bersyukurnya ana kerana di anugerahi perasaan ini...Aisyah r.a juga rasa cemburu kepada Rasulullah inikan lagi ana manusia biasa..:)

Melakukan perubahan memang sukar, namun kena lakukannya dengan perlahan-lahan dan yang penting istiqamah...
" Kuasailah dirimu untuk yang kau cintai, bukan menguasai yang kau cinta untuk dirimu sendiri"

p/s: Terima kasih kepada Abdul Muthalib, Awang Ikzmi, Mohd Halim kerana dengan kehadiran dan pemergian kalian mendekatkan lagi rasa cintaku pada YANG ABADI..........






Lihat Orang Lihat Kebaikan Mereka

Sheikh Al-Jailani pernah berpesan"Apabila kamu berjumpa dengan seseorang lihatlah kebaikan yang ada pada orang itu"
Betapa indahnya Islam mengajar umatnya supaya tidak memandang rendah pada sesiapa pun. Apatah lagi menghina dan mengkeji orang lain.
Rasulullah S.A.W pernah berpesan agar seorang muslim itu hendaklah melindungi saudaranya, hartanya dan jiwanya. Jangan sesekali melukakan hatinya, jangan sesekali pandang rendah padanya dan hendakalah ia pelihara maruahnya.

Ketika melihat anak-anak kecil, boleh jadi, dosanya lebih kecil, ataupun tidak berdosa dengan itu memudahkannya mendapat syurga berbanding kita.

Apabila melihat orang miskin, walaupun hidupnya susah, tidak dipandang masyarakat, siapa tahu dalam pandangan Allah, dialah paling mulia kerana redha dan sabar dengan ujian Allah.

Ketika melihat orang yang baru belajar membaca al-quran, siapa tahu dia lebih takut pada Allah pada setiap huruf yang diucapkannya.

Ketika melihat orang yang sedang berniaga, walaupun kecil jualannya, siapa tahu dalam pandangan Allah, penjual itu lebih mulia kerana kejujurannya walaupun dagangannya tidak sebesar mana.

Melihat akan seorang guru, mungkin pengajarannya begitu ikhlas sehingga dari murid-muridnya terbit mereka yang akan menjadi benteng agama ini.

Melihat kepada orang yang sudah berkahwin, siapa tahu, ibadahnya lebih tenang dan lebih khusyu’ sehingga di pandangan Allah lebih mulia dari kita yang hati sentiasa tidak tenang dan banyak berfikir tidak sepatutnya.

Melihat orang yang membuat maksiat, mana tahu , suatu hari nanti, dia mendapat hidayah, taqwanya lebih tinggi dari kita dan matinya lebih mulia dari kita yang masih tidak tahu apa kesudahan kita.

Inilah sifat orang yang berjiwa hamba. Hatinya bersih. Tidak pernah merasakan diri lebih dari insan yang lain. Begitu juga tidak pernah merasakan insan lain kurang dari dirinya. Hatinya sentiasa tenang melihat kebaikan orang lain, sentiasa menghargai kebaikan orang lain dan sentiasa menghormati insan lain.

Kesalahan orang dimaafkan segera..kesalahan diri dipohon maaf dengan segera jua. Kerana ia merasakan kerdilnya diri dihadapan Tuhan..bagaimana mampu untuknya mengangkat diri dihadapan insan yang lain.

Marilah kita sama-sama membersihkan hati kita dari sifat sombong dan suburkan sifat 'kehambaan' dalam diri kerana kita hanyalah hambaNya yang serba lemah, serba kurang..segala yang kita ada milikNya jua..hanya sebagai pinjaman..kerana itu siapa kita untuk memandang rendah pada insan yang lain??sama-samalah kita renungkan...

“Janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Luqman : 18)

"Ya Allah jadikanlah jiwaku jiwa seorang hamba..yang tidak pernah lupa bahawa diriku adalah milikMu..suburkanlah sifat tawadhuk dalam hatiku ya Rabbi..Amin Ya Rahman.."

Thursday, November 27, 2008

Pendidik, mendidik agar terdidik..

"Berpenat lelahlah kerana kesenangan itu selepas kepayahan ..Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan" - Iman Asy-Syafie
2 minggu ni penat rasanya..terutama minggu ni. Banyak benda harus di selesaikan. Dengan lecture UPSI yang datang observe, presentation student yang boleh dikatakan hampir hari-hari, pengiraan markah PB.(.PB ana banyak lagi tak selesai..huhu..) Petang ni KJ da bagi arahan agar ditinggalkan FRP petang ni bersamaan markah PP dan PB.huhu..

Bagaimana ea???, student masih ramai lagi yang belum hantar tugasannya. Modul keusahawanan untuk pereka ana sahaja masih ada lagi tutorial akaun yang tak di hantar oleh pelajar semester 6. Kerisauan dah menjalar di hati ana, ialah mereka da sem 6,..ana selalu berpesan didalam kelas ana tidak ingin bertemu lagi mereka semester depan...ditambah dengan paper final.huhu.wahai anak muridku bangkit dan bangunlah anda semua dari lena anda..

Modul Dialog Rekabentuk juga ana susah hati. Awal isnin hari tu pembentangan Model IPTA mereka. Ya tidak ana nafikan ada kumpulan yang berjaya menghasilkan mini model yang halus seninya, unik dan kreatif (bersesuaian dengan Course mereka media digital) tapi masih ada juga group yang ana rasa sebenarnya boleh lebih lagi dari yang sepatutnya. Ntahla..Hari Isnin hari itu, mungkin emosi lebih menguasai jiwa, kesian anak-anak murid ana habis dileteri..Waduh mereka lewat dong !! hampir sahaja ana membatalkan sesi pembentangan.Bila ana naik ke opis kemudian bila emosi sudah reda ana teringat saat-saat pelajar2 ini bertungkus lumus menyiapkan mini model ini dengan penuh tekun dan kesabaran walaupun last minute dr aal pagi hingga ke esok pagi selama beberapa minggu setiap hari cuti..hhuhu
(terimbas nostalgia ana juga masih blaja suka wat keje last minit..hehehehehehe )

Esok mereka akan ada last projek iaitu Xplorace situ sana sini bagi Dialog Rekabentuk.Ana berharap hari tidak hujan dan semuanya berjalan lancar..insyaAllah

Modul Interactive Authoring, erm may be anak-anak murid ni teralu busy dgn modul Event jadi agak terbengkalai hasil kerja mereka. Anyway apa yang dpt ana rumuskan hasil kerja mereka sangat bagus cume perlu ada penambahbaikkan

Bagi modul Audio rekabentuk..huhu ada satu lagi tugasan ana yang mereka masih belum hantar iaitu Record suara bersamaan animasi. Takpe lah ana faham, mereka juga tengah tertekan dengan begitu banyak pembentangan yang lain. Jadi ana bagi kelonggaran untuk hantar pada hari Isnin..

pesan ana pada si dia, Bersabarlah yea...Bersusah-susah dulu, Kemanisannya kemudian..Chaiyukk

Monday, November 17, 2008

Doaku


Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...Amin...

Sayangnya Allah kepada kita...

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke mahattoh terakhir yang kekal abadi...


- Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
- KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
-KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
-KENAPA MERASA KECEWA
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
-BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
-APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111
-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
-AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12 Semoga ianya menjadi melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita….
ALLAH SANGAT SAYANG KEPADA KITA…BAGAIMANA KITA????

Saturday, November 15, 2008

Selamat Hari Lahir..

Alhamdulillah....
Segala puji bagi Allah dengan segala kurnia nikmat & rahmatNya..
Genaplah saat ini ana berusia 25 tahun ...Bersyukur ana sehingga ke hari ini ana masih mampu bernafas dan berada dalam kondesi yang baik..dengan rezeki yang ada, dengan kehidupan yang aman, kesihatan tubuh badan dan kasih sayang yang tidak pernah putus..Rahmat dari Mu ya Allah..

Selama 25 tahun ana hidup ini terlalu banyak perjalanan hidup yang telah dihadapi dari suka dan duka.Semua itu pengalaman yang menjadikan ana kini lebih matang ...

Seawalnya ana telah menghantar kiriman SMS kepada kedua orang tua ana kerana melalui merekalah ana telah menjadi seperti sekarang. Kerana mereka telah membesarkan ana selama ini, menjaga ana dengan baik, memberi kasih sayang yang tidak pernah putus, mendoakan ana, sentiasa menyokong ana tidak kira apa jua keadaan, memberi ana pendidikan yang sempurna sehingga ana mampu menjadi pengajar kepada anak didik ini...Terima kasih ibu ayah atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah diberikan. Ampunila dosa along selama ini dari saat ibu mengandungkan ana sehingga ana kini berusia 25 tahun...Terima kasih IBU & AYAH..

Berdoa ana semoga apa yang direncanakan selepas ini mampu ana kecapai dan laksanakan InsyaAllah.. Mudah-mudahan pengalaman hidup yang lepas dapat ana jadikan penduan dan pengajaran bagi kehidupan akan datang..life..so complicated....Alhamdulillah..

Saturday, November 8, 2008

Di benak ini ..saat ini

Bismillahirrahmanirrahim..


“Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)
Makanya dalam hidup ini kena banyak sabar..Tapi kenapa ada masa sabar itu sukar untuk dizahirkan???.Mengapa kita seringkali menegeluh setiap kali dibebani dugaan dan ujian dari Allah...Ana juga ada masanya tidak terkecuali bersifat sedemikian.
Meskipun kadang-kadang hati ana terdetik untuk mengeluh akan terasa penat menghadapi ujian dan dugaan ini sendirian selama ini , namun Ana yakin Allah masih sayangkan Ana. Cepat-cepat dihilangkan rasa ragu-ragu tersebut, dan datanglah keyakinan. Sesekali keyakinan itu datang dalam bentuk bahan bacaan yang dibaca, dan juga boleh jadi ada peristiwa yang berlaku yang menyedarkan Ana seharusnya Ana bersyukur atas segalanya yang telah dikurniakan. Perjalanan dan pengalaman hidup ini yang banyak menjadikan kita matang dalam mengharungi kehidupan ini.
Allah tidak membebani sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”[Al-Baqarah:286]
Sejak dua tiga hari ni Ana terasa rajin pula nak menulis Blog.. Mungkin di kesempatan yang masih ada ini Ana merasakan keseronokkan menulis itu datang kembali. Ibu Ana selalu bertanya bila lagi Ana ingin aktif menulis seperti dulu??..Argh,..Ana juga sudah lupa sebenarnya sejak bila Ana sudah berhenti dari menulis & mengarang. Mungkin kesibukan ketika dulu (kesibukan dunia) Ana jadi lupa..MasyaAllah
MODE TERSENYUM :) ..
Sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun lebih Ana menjadi seorang pendidik. Ya, Ana lebih suka menggunakan istilah pendidik.. Keseronokkan mengajar, Kegemaran menyampaikan ilmu dan menatap wajah-wajah anak didikku..Berkongsi Ilmu, Berpindah pengetahuan , berkongsi ilmu, pengalaman ...Ana bersetuju dengan petikan ayat ini....
"Jadi bernostalgia saat berdiri di depan kelas:). Enak kan, jadi guru. Profesi yang bikin kangen :)."
Setiap kali ingin mengajar di dalam kelas, Ana selalu memikirkan "Apakah yang ingin disampaikan hari ini ?" "Adakah ilmu ini akan sampai & difahami mereka?" apakah ’ilmu ini akan jadi menjadi barokah untuk umat?"..Mudah-mudahan ...
Proses pendidikan adalah tidak semudah yang orang lain fikirkan. Jika tidak takkan wujud bait-bait syair guru umpama lilin yang membakar diri..Terlalu tinggi dan mulia penghormatan dan gelaran yang diberikan. Berbagai-bagai method dan cara harus digunakan dalam kaedah pengajaran dan pendidikan sekarang..Zaman semakin berubah, pantas kaedah dulu tidak lagi boleh dipraktikkan sepenuhnya. Ada yang berhasil ada juga yang gagal...Namun sbg hambaNya ana tidak pernah berhenti berusaha..

Ketika mengajar sebenarnya bukan hanya mentransfer ’ilmu pada murid. Atau hanya memindahkan saja..bukan..bukan itu. Akan tetapi ketika kita menyampaikan, bagaimana kita memahamkan prinsip-prinsip dasarnya, dan pengembangannya itu, kita bentukkannya dengan pengalaman dan lapangan masing-masing kepada setiap pelajar.
Dengan setiap ilmu yang kita perolehi maka zakatkan dengan mengamalkannya. Iringi semua itu dengan IKHLAS dan tak henti untuk terus belajar dan mengajar...

Nabi Sedih Ramai Wanita Penghuni Neraka

SAIDINA Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala.

Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

"Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup."

Doa Seorang Kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan

Dia milikku, tercipta untuk diriku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagiaan


Ya Allah, ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan

Ku harap dia adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau tahu segala isi hatiku

Pelihara daku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah

Beri kekuatan jua harapan

Membina diri yang lesu tak bermaya

Semaikan setulus kasih di jiwa


Ku pasrah kepadaMu

Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman

Bisa menemani aku

Supaya ku dan dia

Dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang Engkau redhai


Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih

Engkau sahaja pemeliharaku

Dengarkan rintihan hambaMu ini

Jangan Engkau biarkan ku sendiri


Agarku bisa bahagia

Walau tanpa bersamanya

Gantikanlah yang hilang

Tumbuhkan yang telah patah

Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat

PadaMu Tuhan ku mohon segala

Mengertilah hati ini....Ibu Ayah

Saat ini ana berada di office. Jam menunjukkan pukul 9.44 mlam. Di hati ini sebenarnnya ada rasa sebal. Ntahla. Mungkin selepas berbicara tadi dengan ibu..Persoalan pokoknya mengenai isu pindah....
Ntahla Ana rasa berat nak berpindah. Ana tidak berniat untuk membantah kata-kata mereka cuma untuk kali ini boleh tak Ana sendiri memilih keinginan Ana. Dan membuat keputusan Ana..Ana sangat suka mengajar, jika Ana pindah Putrajaya Ana akan masuk bidang pengurusan..Ntahla..
Ana tahu ibu n ayah mesti rasa kecewa dengan keputusan ini. Tapi Ana tahu tujuan utama mereka suruh Ana pindah sebab jodoh.
Ibu ayah mengertilah...Jodoh itu urusan Allah.. setiap hambanya telah ditentukan jodoh masing, cuma cepat atau lambat.. Seperti dia pernah kata "Siapa tak nak kahwin?"..Kalu Ana seperti rakan-rakan yang belajar di Timur Tengah bercinta tak lama dan terus berkahwin dan perkahwinan itu sendiri tak banyak kerenahnya seperti sekarang yg hantaran dan duit majlis yang terlalu banyak ..Argh ingin sahaja Ana berkahwin dan sudah pastinya Ana berkahwin...
Ana tidak mencari yang terbaik.. tapi yang sama berusaha untuk jadi terbaik..Dan menyediakan diri Ana tuk jadi isteri yang terbaik.....
Ibuayah maafkan along. Rasanya kali ini, boleh tak along nak buat keputusan untuk diri along..Buat sesuatu yang along rasa puas dan benar-benar suka. Selama ni pun memang along ikut kan apa jua keputusan ibu ayah kan... Maafkan along..Hati along masih di sini. Masih kuat di sini....Perancangan along ialah untuk menyambung pengajian akan datang ke peringkat lebih tinggi ..insyaAllah....

Thursday, November 6, 2008

Kata itu...

Petikan Novel Ayat-ayat cinta

Kata Aishah : Jodoh itu rahsia Allah
Kata Fahri : Jodoh bukan dari langit , tapi dari hati..dekat sekali

Petikan Novel hijab Sang Pecinta

Kata Laksamana Sunan : Sbg manusia aku sayang padamu..

Aku tak pasti sejauh mana kesudahhannya...Tapi pada ana, ana akan berusaha dan menjaganya dan selebihnya ana berdoa
"Biarlah Allah yang mengaturkannya"

Tiada apa yang mustahil jika ALLAH mengkehendakinya..

Kisah Khadijah dan kisah Aisyah isteri Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya dah cukup tuk dijadikan panduan, rujukan..bg memahami apa yang terjadi ini....

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya..termasuk apa yang ada dalam hati ini...hati ana, hati dia..

Dari Jendela Ini...




Alhamdulillah syukur ku ke hadrat Mu Ya Allah...

Pagi ini tangan ana menari-nari menaip papan kekunci ini memandang jauh ke luar jendela melihat Jambatan Pulau Pinang yang gah berdiri yang menyambungkan pulau ini dengan tanah besar.. Menggunakan semaxima mungkin waktu yang ada sebelum check out jam 12 ni.. Selesai sudah mesyuarat ana dan boleh pulang semula ke Perlis. Tapi destinasi ana sebentar nanti sudah pastinya Penang Road. Ana ingin membeli sedikit buah tangan buat anak murid dan teman2 di office...

Dalam tempoh ini banyak yang berlaku. Rasanya kalu ingin ditaip setiap lembaran itu..ana tidak berkesempatan. cukuplah ana melakar nota tinta sbg pembantu ingatan ana. Sebelum melaksanakan tugas rasmi ke penang ana berada di Bumi Cik Siti Wan kembang...Kali kedua ana berada di sana, merealisasikan keinginan ana ..apalagi Shopping..huhuh.

Berterima kasih ana kepada keluarga anak murid ana yang melayan ana dengan sebaiknya sepanjang berada di sana. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikkan mereka..

Pulang dari Penang ini, ana dapa rasakan bahang kerja yang sangat maxima. Ana hanya mampu berharap dan berdoa..

" Ya Allah , Permudahkanlah urusan harianku...Permudahkanlah segala urusan ku"
1. Soalan Exam
2. RPH
3. Assgmnt UPSI
4. Borang Claim
5. Prografik/Mug/-Viscom
6. Bengkel Adobe after effect
7. bengkel Adobe Illustration - group naim
8. Menyemak assignment pelajar.
9. Quality
10. Projek situ sana sini
11. Makan malam di Bhrasmana
12. Service kereta
tidak sabar rasanya ingin pulang sebentar nanti, rindu anak kucing ku AKI...

Salahkah Jika Wanita Meminang & Menawar Diri Kepada Lelaki ?


Oleh ustaz Emran Ahmad

Di dalam Islam kita sebagai muslim haruslah mengutamakan Al-Qur’an dan sunnah sebagai panduan dan bukan akal, bukan persekitaran atau pun adat. Firman Allah swt :


وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ

" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan Uli al-Amri (Orang-orang yang mengurus hal ehwalmu penguasa dari kalangan kamu.." (An-Nisa :59).


Sekalipun dalam kaedah fiqhiyah menyebut “Al-A’dah Muhakamah” iaitu adat itu menjadi penghukum dan diambil kira dalam menentukan keputusan (lihat dalam Al-Wajiz fi Qawaid fiqhiyah m/s 100) namun sebenarnya pemahaman terhadap kaedah ini sering disalah erti oleh orang awam.


وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إَنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللّهَ عَلَيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ “Kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sangkaan sahaja. Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan” (Yunus : 36).


Dimaksudkan adat sebagai diambil kira dalam hukum dan keputusan ialah apabila tiada dalil dan pertunjuk yang jelas dalam sesuatu perkara dari Al-Qur’an dan sunnah dan tidak wujud riwayat dari para sahabat dan salaf soleh. Selain itu terjadi adat sebagai pertimbangan hanya dalam perkara furu’ yang berbentuk kaedah pelaksanaan bukan dasar atau pegangan.

Misalnya dalam ibadah korban, jika pelaksanaan ibadah tersebut dilakukan di Malaysia maka adat terpakai dengan melakukan korban mengunakan binatang yang mudah didapati dan biasa dibuat korban misalnya lembu atau kambing bukan unta atau kibasy yang hanya terdapat di Negara arab. Begitulah juga adat terpakai dalam penakrifan sesuatu perkara menurut sesuatu kaum misalnya orang yang bersumpah nazar tidak mahu memakan daging lalu dia memakan ayam kerana menurut kebiasaan daging merujuk kepada lembu, kerbau dan ayam tidak dikira sebagai daging demikianlah contoh pelaksanaan adat.


اللّهِ وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ

“Dan jika kamu hanya mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).


Adapun dalam hal ibadah dan perkara dasar Islam seperti nikah dan perkahwinan yang merupakan sunnah dan ketetapan syariat maka hendaklah kita merujuk kepada Al-Qur’an dan sunnah selagi terdapat pertunjuk dan panduan dari keduanya. Sebagaimana sabda baginda rasulullah : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).



Sesungguhnya di dalam Islam disyariatkan kepada seorang wanita untuk menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh dan beragama apabila dirinya mendapati lelaki tersebut benar akhlaknya dan benar peribadinya menurut syariat Islam (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 107 Jilid 3). Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :

“ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata :

Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Sesungguhnya hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).


Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti :


وَامْرَأَةً مُّؤْمِنَةً إِن وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَن يَسْتَنكِحَهَا خَالِصَةً لَّكَ

“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul jika rasul suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50).


hantaran & mas kahwin berbeza


Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3). Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.

Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut : “Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36 , Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah). Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan : “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).

Sungguhpun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai malu dan sebagai perempuan, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan. فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ “Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48). Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat .

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra : “Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya : Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata : “Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya” (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj). Sesungguhnya Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.


مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ
“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).

Dunia dan Wanita Berpurdah


Suatu kisah...
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

"Adakah wanita itu orang gila?"

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.

"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:

"Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.'

Andai Cinta Hendak Diberi



"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti"
Itulah sedikit dari bait - bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak -ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat - tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, dan dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan - rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang - kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya...
Ya Allah,mampukah aku mendapat keredhaan-Mu dan naungan-Mu di Padang Masyhar kelak...

Kasih Anugerah Mu




Hati ini merinduimu kerana Allah
Menyayangimu kerana Allah
setiap ukhwah yang terjalin kerana Allah
terasa indahnya pertemuan ini kerana segalanya kerana Allah
mohon maghfirahmu dan barakahmu ya Allah
bawalah hati kami menyelusuri jalan mencari cintaMu
jangan pisahkan hati-hati ini dikala rindu dan sayang kami belum cukup
melamar redha dan cintaMu
Ameen ya Rabb!


''Ya Allah, kurniakanlah taqwa dalam diriku, sucikanlah hatiku. Hanya Engkaulah yang mampu menyucikannya. Hanya Engkaulah pemiliknya dan hanya Engkaulah penolongnya''

Tuesday, October 14, 2008

Nasihat Untuk Kaum Wanita..

1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif ..

Wallahu'alam..

Sumber : www.raudhah.com/Laman Hal Ehwal Wanita

...::: Ulasan ::...
Sebagai panduan ...ni semua akibat 'terlalu'

Sunday, October 12, 2008

Biarla Semalam berlalu..Hadapi hari ini dengan Senyuman

Assalamualaikum

Bermulanya keje setelah cuti yang panjang...Pagi-pagi da ada meeting...
4 event yang menanti dalam tempoh ini...
- Anugerah Ketua Jabatan
- Konvokesyen kali ke 2
- Edufest di Kepala Batas
- VISCOM

Pagi ini ana tak terangkat kepala untuk menatap mata zamri. Susah hati dengan kertas kerja yang tak siap lagi.uhuhu..Pagi-pagi sume da rasa sesak dada dengan sub-sub tugas yang dibeRI. Hampir 10 Orang lecturer akan keluar meeting dan kursus..yang tinggal ini lah harus meng'cover'kerja-kerja yang lain..huhuuu

Anak-anak DDS3 pagi-pagi da memenuhi meja kerja untuk membincangkan kertas kerja..Ana rasa seharusnya Deepavali ini amik off untuk rest lagi..hehehedan kami ber5 dalam proses membuat plan lokasi yg menarik untuk bercuti..Pulau Perhentian cik, Sabah cik, Bali cik.."Amboi-amboi kalian macam la Assgmnt tu tak de.."

Surat pindah juga ada dalam gengaman, tapi ana masih belum mampu membuat keputusan.Masih lagi rasa sesak dada dan berat hati..Ntahla, padaMu sahaja Ya Allah aku berserah.....

Oh ya..Bicara tentang semalam..Baju itu..baju yang da lama tak digunakan tak dipakai..Terasa manis dan indah sekali ketika menyarungkannya..dan betul kata sahabat Ana, terasa berat pula untuk meninggalkannya...Sudah puas petang itu, pelajar-pelajar ana tersenyum-senyum melihat gelagat ana yang serba tak kena.. Semalam antara kenangan yang manis untuk dikenang...

Friday, October 10, 2008