Saturday, November 29, 2008

Bersyukur dengan nikmat perasaan yang Allah berikan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, projek final Xplorace Siti Sana Sini semester 3 berjalan dengan lancar dan jayanya pagi tadi..terasa lega ana melihat komitmen dan semangat kerjasama yang diberikan oleh pelajar sekalian. Ana juga berbesar hati dan berterima kasih kepada semua pelajar jabatan dengan sambutan yang diberikan. Riak keletihan terpancar diwajah mereka namun ana tahu mereka puas dan lega kerana ianya dah berakhir. Alhamdulillah sekali lagi, ditambah dengan cuaca yang baik untuk pagi tadi...Memang banyak yang harus diperbaiki lagi,tapi ini adalah learning process bagi mereka..Mudah2an ada manfaat yang mereka perolehi darinya..

Saat ini, malam ini hujan turun dengan lebatnya. Kesejukan mencengkam..Aki n Adik dari tadi lagi sudah enak tidur di hujung kaki ana. Terasa damai menatap wajah anak kucing kesayangan ku dengan wajah comel mereka..:) ...Alhamdulillah adik da semakin sihat dan perkembangan pembesarannya pun da ok.Dia da mula berselera makan dan sama ligat dengan Aki...

Pagi tadi saat ana merenung melihat luasnya ladang tebu Chuping ana terfikir..Adakah fitrah bagi manusia bernama wanita merasa cemburu? satu persoalan yang tiba-tiba menyapa di minda ana. Argh, mungkin satu perasaan tersentuh di sekeping hati ini. Mengapa ye? Mengapa terjadi? Erm, ana bertanya pada sahabat ana.."Mengapa ye kak ?" Dan jawapan yang diberikan ialah "Kerana kita menyukai orang itu"..Erm........."Betullah kot"

Tapi mengapa ye? Ana teringat pada persoalan anak murid ana tentang hubungannya di mana pasangan nya seorang yang panas baran & cemburu.

Jawapan yang ana berikan lebih kurang begini " Kita berbalik pada teras islam dari segi adab pergaulan, adab berpakaian, dan banyak lagi..Kerana banyak yang kita tidak patuhi maka dengan itu wujud la berbagai-bagai perasaaan negatif"
"Ana katakan jika pasangan nya itu benar-benar berniat untuk menjadikan dirinya seorang isteri sudah tentu perasaan itu lagi ada apalagi melihat dirinya yang bebas bergaul dengan rakan yang lain. Pakaian yang mengundang mata liar yang lain untuk mencuci mata"

Argh..menasihati sangat mudah..Ana juga banyak perubahan yang harus dilakukan.Apalagi nak istiqamah terhadap setiap perubahan itu..Erm, apalagi bila benda itu sudah menjadi satu kebiasaan kita.huhuhu.

Ana terfikir juga dalam renungan ana tentang pelajar jabatan ana..erm, pergaulan mereka bagaimana..Erm, ntahla..Rasanya sama aja semuanya..Seharusnya yang lelaki menjaga akhlaknya, pandangannya . begitu juga yang perempuan...Erm.

Sebab perasaan yang mengusik jiwa ini yang membuatkan ana lagi banyak berfikir dan semakin berfikir. Kalu yang sembahyangnya cukup dan dijaga juga tapi kalu adab pergaulannya ,pandangannya juga tak dijaga, bagaimana lagi dgn mereka yang culas dengan kewajipan harian itu.???..Mungkin sebab tu ramai juga yang kecundang pada tuntutan nafsu dan maksiat ...

Persoalan anak murid ana lagi. "Apa pendapat cik tentang cinta?"
Jawapan ana berdasarkan pengalaman ana " Cinta tu indah dan suci. Tapi manusia yang mencemarkannya. ianya juga banyak membawa pada kemaksiatan..Teringat ana buku tentang cinta tulisan Pahrol Mohd Juoi - Tentang Cinta Jika tepat masa, ketika, keadaan dan Siapa , Cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya."

Namun sebagai pendidik ana harus lebih rasional dalam menjawab soalan mereka." Nak bercinta tak salah tapi bagaimana nak menguruskan cinta itu. Bagaimana cinta itu harus diatur dalam landasan dan aturan yang sebaiknya. Keindahan perasaan semasa bercinta adalah antara nikmat dan anugerah yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Jangan sampai cinta itu melalaikan dan membawa kepada kemungkaran."

Pesan ana lagi " Jadikan cinta itu kekuatan untuk jadi pelajar yang terbaik, cemerlang..Cinta itu juga kekuatan untuk mendidik dan melatih diri untuk jadi pemimpin dan ketua keluarga,..Untuk jadi Abi dan Ibu yang terbaik, menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah..Saling memperingati, saling membantu, saling mengingatkan di kala lalai, saling mendoakan..Bukankah itu juga sudah cukup indah,...Di saat kerinduan semakin kuat mencengkam diri tunduk dan sujud di atas sejadahnya bermunajad diri, agar semakin kuat perasaan itu semakin kuat perasaan insaf dan syukur diri ini kepada Pencipta kita dan Pemberi segala Nikmat & Anugerah ini.."

"Dan dengan rasa cinta, sayang, kasih yang wujud ini seharusnya lebih mendekatkan kita kepada Allah kerana takut kita akan melakukan kemungkaranNya,..sentiasa berdoa agar hubungan berkekalan..Kita hanya merancang Allah yang menentukan Namun kita juga harus berusaha. InsyaAllah, pada pendapat ana selagi cinta dan hubungan itu kerana Allah, dijaga dengan baik, tulus dan suci ..InsyaAllah. mudah2an ditunjuk dan dimudahkan jalan untuk bersama..."...ana tak pasti samaada mereka memahami apakah mesej yang ingin ana sampaikan tapi ana berkongsi pengalaman & pendapat ana sahaja..

Ana beritahu mereka kita bukan mencari yang sempurna, alim, warak, baik, pandai, kacak, kaya dan sebagainya,..tapi kita mencari yang sama-sama berusaha untuk menjadi terbaik ...saling melengkapi..yang hati nya setia mestilah yang baik pandangan dan akhlaknya kerana dia sedar kehidupan ini bukan untuk bersuka ria. Tetapi untuk menjadi khalifah melaksanakan amanah & tanggungjawabnya...

Dan sepanjang perasaan itu mengusik jiwa ana habiskan dengan berzikir dan berdoa..dan tersenyum kerana Bersyukurnya ana kerana di anugerahi perasaan ini...Aisyah r.a juga rasa cemburu kepada Rasulullah inikan lagi ana manusia biasa..:)

Melakukan perubahan memang sukar, namun kena lakukannya dengan perlahan-lahan dan yang penting istiqamah...
" Kuasailah dirimu untuk yang kau cintai, bukan menguasai yang kau cinta untuk dirimu sendiri"

p/s: Terima kasih kepada Abdul Muthalib, Awang Ikzmi, Mohd Halim kerana dengan kehadiran dan pemergian kalian mendekatkan lagi rasa cintaku pada YANG ABADI..........






Lihat Orang Lihat Kebaikan Mereka

Sheikh Al-Jailani pernah berpesan"Apabila kamu berjumpa dengan seseorang lihatlah kebaikan yang ada pada orang itu"
Betapa indahnya Islam mengajar umatnya supaya tidak memandang rendah pada sesiapa pun. Apatah lagi menghina dan mengkeji orang lain.
Rasulullah S.A.W pernah berpesan agar seorang muslim itu hendaklah melindungi saudaranya, hartanya dan jiwanya. Jangan sesekali melukakan hatinya, jangan sesekali pandang rendah padanya dan hendakalah ia pelihara maruahnya.

Ketika melihat anak-anak kecil, boleh jadi, dosanya lebih kecil, ataupun tidak berdosa dengan itu memudahkannya mendapat syurga berbanding kita.

Apabila melihat orang miskin, walaupun hidupnya susah, tidak dipandang masyarakat, siapa tahu dalam pandangan Allah, dialah paling mulia kerana redha dan sabar dengan ujian Allah.

Ketika melihat orang yang baru belajar membaca al-quran, siapa tahu dia lebih takut pada Allah pada setiap huruf yang diucapkannya.

Ketika melihat orang yang sedang berniaga, walaupun kecil jualannya, siapa tahu dalam pandangan Allah, penjual itu lebih mulia kerana kejujurannya walaupun dagangannya tidak sebesar mana.

Melihat akan seorang guru, mungkin pengajarannya begitu ikhlas sehingga dari murid-muridnya terbit mereka yang akan menjadi benteng agama ini.

Melihat kepada orang yang sudah berkahwin, siapa tahu, ibadahnya lebih tenang dan lebih khusyu’ sehingga di pandangan Allah lebih mulia dari kita yang hati sentiasa tidak tenang dan banyak berfikir tidak sepatutnya.

Melihat orang yang membuat maksiat, mana tahu , suatu hari nanti, dia mendapat hidayah, taqwanya lebih tinggi dari kita dan matinya lebih mulia dari kita yang masih tidak tahu apa kesudahan kita.

Inilah sifat orang yang berjiwa hamba. Hatinya bersih. Tidak pernah merasakan diri lebih dari insan yang lain. Begitu juga tidak pernah merasakan insan lain kurang dari dirinya. Hatinya sentiasa tenang melihat kebaikan orang lain, sentiasa menghargai kebaikan orang lain dan sentiasa menghormati insan lain.

Kesalahan orang dimaafkan segera..kesalahan diri dipohon maaf dengan segera jua. Kerana ia merasakan kerdilnya diri dihadapan Tuhan..bagaimana mampu untuknya mengangkat diri dihadapan insan yang lain.

Marilah kita sama-sama membersihkan hati kita dari sifat sombong dan suburkan sifat 'kehambaan' dalam diri kerana kita hanyalah hambaNya yang serba lemah, serba kurang..segala yang kita ada milikNya jua..hanya sebagai pinjaman..kerana itu siapa kita untuk memandang rendah pada insan yang lain??sama-samalah kita renungkan...

“Janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Luqman : 18)

"Ya Allah jadikanlah jiwaku jiwa seorang hamba..yang tidak pernah lupa bahawa diriku adalah milikMu..suburkanlah sifat tawadhuk dalam hatiku ya Rabbi..Amin Ya Rahman.."

Thursday, November 27, 2008

Pendidik, mendidik agar terdidik..

"Berpenat lelahlah kerana kesenangan itu selepas kepayahan ..Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan" - Iman Asy-Syafie
2 minggu ni penat rasanya..terutama minggu ni. Banyak benda harus di selesaikan. Dengan lecture UPSI yang datang observe, presentation student yang boleh dikatakan hampir hari-hari, pengiraan markah PB.(.PB ana banyak lagi tak selesai..huhu..) Petang ni KJ da bagi arahan agar ditinggalkan FRP petang ni bersamaan markah PP dan PB.huhu..

Bagaimana ea???, student masih ramai lagi yang belum hantar tugasannya. Modul keusahawanan untuk pereka ana sahaja masih ada lagi tutorial akaun yang tak di hantar oleh pelajar semester 6. Kerisauan dah menjalar di hati ana, ialah mereka da sem 6,..ana selalu berpesan didalam kelas ana tidak ingin bertemu lagi mereka semester depan...ditambah dengan paper final.huhu.wahai anak muridku bangkit dan bangunlah anda semua dari lena anda..

Modul Dialog Rekabentuk juga ana susah hati. Awal isnin hari tu pembentangan Model IPTA mereka. Ya tidak ana nafikan ada kumpulan yang berjaya menghasilkan mini model yang halus seninya, unik dan kreatif (bersesuaian dengan Course mereka media digital) tapi masih ada juga group yang ana rasa sebenarnya boleh lebih lagi dari yang sepatutnya. Ntahla..Hari Isnin hari itu, mungkin emosi lebih menguasai jiwa, kesian anak-anak murid ana habis dileteri..Waduh mereka lewat dong !! hampir sahaja ana membatalkan sesi pembentangan.Bila ana naik ke opis kemudian bila emosi sudah reda ana teringat saat-saat pelajar2 ini bertungkus lumus menyiapkan mini model ini dengan penuh tekun dan kesabaran walaupun last minute dr aal pagi hingga ke esok pagi selama beberapa minggu setiap hari cuti..hhuhu
(terimbas nostalgia ana juga masih blaja suka wat keje last minit..hehehehehehe )

Esok mereka akan ada last projek iaitu Xplorace situ sana sini bagi Dialog Rekabentuk.Ana berharap hari tidak hujan dan semuanya berjalan lancar..insyaAllah

Modul Interactive Authoring, erm may be anak-anak murid ni teralu busy dgn modul Event jadi agak terbengkalai hasil kerja mereka. Anyway apa yang dpt ana rumuskan hasil kerja mereka sangat bagus cume perlu ada penambahbaikkan

Bagi modul Audio rekabentuk..huhu ada satu lagi tugasan ana yang mereka masih belum hantar iaitu Record suara bersamaan animasi. Takpe lah ana faham, mereka juga tengah tertekan dengan begitu banyak pembentangan yang lain. Jadi ana bagi kelonggaran untuk hantar pada hari Isnin..

pesan ana pada si dia, Bersabarlah yea...Bersusah-susah dulu, Kemanisannya kemudian..Chaiyukk

Monday, November 17, 2008

Doaku


Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...Amin...

Sayangnya Allah kepada kita...

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke mahattoh terakhir yang kekal abadi...


- Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
- KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
-KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
-KENAPA MERASA KECEWA
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
-BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
-APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111
-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
-AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12 Semoga ianya menjadi melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita….
ALLAH SANGAT SAYANG KEPADA KITA…BAGAIMANA KITA????

Saturday, November 15, 2008

Selamat Hari Lahir..

Alhamdulillah....
Segala puji bagi Allah dengan segala kurnia nikmat & rahmatNya..
Genaplah saat ini ana berusia 25 tahun ...Bersyukur ana sehingga ke hari ini ana masih mampu bernafas dan berada dalam kondesi yang baik..dengan rezeki yang ada, dengan kehidupan yang aman, kesihatan tubuh badan dan kasih sayang yang tidak pernah putus..Rahmat dari Mu ya Allah..

Selama 25 tahun ana hidup ini terlalu banyak perjalanan hidup yang telah dihadapi dari suka dan duka.Semua itu pengalaman yang menjadikan ana kini lebih matang ...

Seawalnya ana telah menghantar kiriman SMS kepada kedua orang tua ana kerana melalui merekalah ana telah menjadi seperti sekarang. Kerana mereka telah membesarkan ana selama ini, menjaga ana dengan baik, memberi kasih sayang yang tidak pernah putus, mendoakan ana, sentiasa menyokong ana tidak kira apa jua keadaan, memberi ana pendidikan yang sempurna sehingga ana mampu menjadi pengajar kepada anak didik ini...Terima kasih ibu ayah atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah diberikan. Ampunila dosa along selama ini dari saat ibu mengandungkan ana sehingga ana kini berusia 25 tahun...Terima kasih IBU & AYAH..

Berdoa ana semoga apa yang direncanakan selepas ini mampu ana kecapai dan laksanakan InsyaAllah.. Mudah-mudahan pengalaman hidup yang lepas dapat ana jadikan penduan dan pengajaran bagi kehidupan akan datang..life..so complicated....Alhamdulillah..

Saturday, November 8, 2008

Di benak ini ..saat ini

Bismillahirrahmanirrahim..


“Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)
Makanya dalam hidup ini kena banyak sabar..Tapi kenapa ada masa sabar itu sukar untuk dizahirkan???.Mengapa kita seringkali menegeluh setiap kali dibebani dugaan dan ujian dari Allah...Ana juga ada masanya tidak terkecuali bersifat sedemikian.
Meskipun kadang-kadang hati ana terdetik untuk mengeluh akan terasa penat menghadapi ujian dan dugaan ini sendirian selama ini , namun Ana yakin Allah masih sayangkan Ana. Cepat-cepat dihilangkan rasa ragu-ragu tersebut, dan datanglah keyakinan. Sesekali keyakinan itu datang dalam bentuk bahan bacaan yang dibaca, dan juga boleh jadi ada peristiwa yang berlaku yang menyedarkan Ana seharusnya Ana bersyukur atas segalanya yang telah dikurniakan. Perjalanan dan pengalaman hidup ini yang banyak menjadikan kita matang dalam mengharungi kehidupan ini.
Allah tidak membebani sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”[Al-Baqarah:286]
Sejak dua tiga hari ni Ana terasa rajin pula nak menulis Blog.. Mungkin di kesempatan yang masih ada ini Ana merasakan keseronokkan menulis itu datang kembali. Ibu Ana selalu bertanya bila lagi Ana ingin aktif menulis seperti dulu??..Argh,..Ana juga sudah lupa sebenarnya sejak bila Ana sudah berhenti dari menulis & mengarang. Mungkin kesibukan ketika dulu (kesibukan dunia) Ana jadi lupa..MasyaAllah
MODE TERSENYUM :) ..
Sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun lebih Ana menjadi seorang pendidik. Ya, Ana lebih suka menggunakan istilah pendidik.. Keseronokkan mengajar, Kegemaran menyampaikan ilmu dan menatap wajah-wajah anak didikku..Berkongsi Ilmu, Berpindah pengetahuan , berkongsi ilmu, pengalaman ...Ana bersetuju dengan petikan ayat ini....
"Jadi bernostalgia saat berdiri di depan kelas:). Enak kan, jadi guru. Profesi yang bikin kangen :)."
Setiap kali ingin mengajar di dalam kelas, Ana selalu memikirkan "Apakah yang ingin disampaikan hari ini ?" "Adakah ilmu ini akan sampai & difahami mereka?" apakah ’ilmu ini akan jadi menjadi barokah untuk umat?"..Mudah-mudahan ...
Proses pendidikan adalah tidak semudah yang orang lain fikirkan. Jika tidak takkan wujud bait-bait syair guru umpama lilin yang membakar diri..Terlalu tinggi dan mulia penghormatan dan gelaran yang diberikan. Berbagai-bagai method dan cara harus digunakan dalam kaedah pengajaran dan pendidikan sekarang..Zaman semakin berubah, pantas kaedah dulu tidak lagi boleh dipraktikkan sepenuhnya. Ada yang berhasil ada juga yang gagal...Namun sbg hambaNya ana tidak pernah berhenti berusaha..

Ketika mengajar sebenarnya bukan hanya mentransfer ’ilmu pada murid. Atau hanya memindahkan saja..bukan..bukan itu. Akan tetapi ketika kita menyampaikan, bagaimana kita memahamkan prinsip-prinsip dasarnya, dan pengembangannya itu, kita bentukkannya dengan pengalaman dan lapangan masing-masing kepada setiap pelajar.
Dengan setiap ilmu yang kita perolehi maka zakatkan dengan mengamalkannya. Iringi semua itu dengan IKHLAS dan tak henti untuk terus belajar dan mengajar...

Nabi Sedih Ramai Wanita Penghuni Neraka

SAIDINA Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala.

Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

"Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup."

Doa Seorang Kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan

Dia milikku, tercipta untuk diriku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagiaan


Ya Allah, ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan

Ku harap dia adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau tahu segala isi hatiku

Pelihara daku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah

Beri kekuatan jua harapan

Membina diri yang lesu tak bermaya

Semaikan setulus kasih di jiwa


Ku pasrah kepadaMu

Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman

Bisa menemani aku

Supaya ku dan dia

Dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang Engkau redhai


Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih

Engkau sahaja pemeliharaku

Dengarkan rintihan hambaMu ini

Jangan Engkau biarkan ku sendiri


Agarku bisa bahagia

Walau tanpa bersamanya

Gantikanlah yang hilang

Tumbuhkan yang telah patah

Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat

PadaMu Tuhan ku mohon segala

Mengertilah hati ini....Ibu Ayah

Saat ini ana berada di office. Jam menunjukkan pukul 9.44 mlam. Di hati ini sebenarnnya ada rasa sebal. Ntahla. Mungkin selepas berbicara tadi dengan ibu..Persoalan pokoknya mengenai isu pindah....
Ntahla Ana rasa berat nak berpindah. Ana tidak berniat untuk membantah kata-kata mereka cuma untuk kali ini boleh tak Ana sendiri memilih keinginan Ana. Dan membuat keputusan Ana..Ana sangat suka mengajar, jika Ana pindah Putrajaya Ana akan masuk bidang pengurusan..Ntahla..
Ana tahu ibu n ayah mesti rasa kecewa dengan keputusan ini. Tapi Ana tahu tujuan utama mereka suruh Ana pindah sebab jodoh.
Ibu ayah mengertilah...Jodoh itu urusan Allah.. setiap hambanya telah ditentukan jodoh masing, cuma cepat atau lambat.. Seperti dia pernah kata "Siapa tak nak kahwin?"..Kalu Ana seperti rakan-rakan yang belajar di Timur Tengah bercinta tak lama dan terus berkahwin dan perkahwinan itu sendiri tak banyak kerenahnya seperti sekarang yg hantaran dan duit majlis yang terlalu banyak ..Argh ingin sahaja Ana berkahwin dan sudah pastinya Ana berkahwin...
Ana tidak mencari yang terbaik.. tapi yang sama berusaha untuk jadi terbaik..Dan menyediakan diri Ana tuk jadi isteri yang terbaik.....
Ibuayah maafkan along. Rasanya kali ini, boleh tak along nak buat keputusan untuk diri along..Buat sesuatu yang along rasa puas dan benar-benar suka. Selama ni pun memang along ikut kan apa jua keputusan ibu ayah kan... Maafkan along..Hati along masih di sini. Masih kuat di sini....Perancangan along ialah untuk menyambung pengajian akan datang ke peringkat lebih tinggi ..insyaAllah....

Thursday, November 6, 2008

Kata itu...

Petikan Novel Ayat-ayat cinta

Kata Aishah : Jodoh itu rahsia Allah
Kata Fahri : Jodoh bukan dari langit , tapi dari hati..dekat sekali

Petikan Novel hijab Sang Pecinta

Kata Laksamana Sunan : Sbg manusia aku sayang padamu..

Aku tak pasti sejauh mana kesudahhannya...Tapi pada ana, ana akan berusaha dan menjaganya dan selebihnya ana berdoa
"Biarlah Allah yang mengaturkannya"

Tiada apa yang mustahil jika ALLAH mengkehendakinya..

Kisah Khadijah dan kisah Aisyah isteri Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya dah cukup tuk dijadikan panduan, rujukan..bg memahami apa yang terjadi ini....

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya..termasuk apa yang ada dalam hati ini...hati ana, hati dia..

Dari Jendela Ini...




Alhamdulillah syukur ku ke hadrat Mu Ya Allah...

Pagi ini tangan ana menari-nari menaip papan kekunci ini memandang jauh ke luar jendela melihat Jambatan Pulau Pinang yang gah berdiri yang menyambungkan pulau ini dengan tanah besar.. Menggunakan semaxima mungkin waktu yang ada sebelum check out jam 12 ni.. Selesai sudah mesyuarat ana dan boleh pulang semula ke Perlis. Tapi destinasi ana sebentar nanti sudah pastinya Penang Road. Ana ingin membeli sedikit buah tangan buat anak murid dan teman2 di office...

Dalam tempoh ini banyak yang berlaku. Rasanya kalu ingin ditaip setiap lembaran itu..ana tidak berkesempatan. cukuplah ana melakar nota tinta sbg pembantu ingatan ana. Sebelum melaksanakan tugas rasmi ke penang ana berada di Bumi Cik Siti Wan kembang...Kali kedua ana berada di sana, merealisasikan keinginan ana ..apalagi Shopping..huhuh.

Berterima kasih ana kepada keluarga anak murid ana yang melayan ana dengan sebaiknya sepanjang berada di sana. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikkan mereka..

Pulang dari Penang ini, ana dapa rasakan bahang kerja yang sangat maxima. Ana hanya mampu berharap dan berdoa..

" Ya Allah , Permudahkanlah urusan harianku...Permudahkanlah segala urusan ku"
1. Soalan Exam
2. RPH
3. Assgmnt UPSI
4. Borang Claim
5. Prografik/Mug/-Viscom
6. Bengkel Adobe after effect
7. bengkel Adobe Illustration - group naim
8. Menyemak assignment pelajar.
9. Quality
10. Projek situ sana sini
11. Makan malam di Bhrasmana
12. Service kereta
tidak sabar rasanya ingin pulang sebentar nanti, rindu anak kucing ku AKI...

Salahkah Jika Wanita Meminang & Menawar Diri Kepada Lelaki ?


Oleh ustaz Emran Ahmad

Di dalam Islam kita sebagai muslim haruslah mengutamakan Al-Qur’an dan sunnah sebagai panduan dan bukan akal, bukan persekitaran atau pun adat. Firman Allah swt :


وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ

" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan Uli al-Amri (Orang-orang yang mengurus hal ehwalmu penguasa dari kalangan kamu.." (An-Nisa :59).


Sekalipun dalam kaedah fiqhiyah menyebut “Al-A’dah Muhakamah” iaitu adat itu menjadi penghukum dan diambil kira dalam menentukan keputusan (lihat dalam Al-Wajiz fi Qawaid fiqhiyah m/s 100) namun sebenarnya pemahaman terhadap kaedah ini sering disalah erti oleh orang awam.


وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إَنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللّهَ عَلَيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ “Kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sangkaan sahaja. Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan” (Yunus : 36).


Dimaksudkan adat sebagai diambil kira dalam hukum dan keputusan ialah apabila tiada dalil dan pertunjuk yang jelas dalam sesuatu perkara dari Al-Qur’an dan sunnah dan tidak wujud riwayat dari para sahabat dan salaf soleh. Selain itu terjadi adat sebagai pertimbangan hanya dalam perkara furu’ yang berbentuk kaedah pelaksanaan bukan dasar atau pegangan.

Misalnya dalam ibadah korban, jika pelaksanaan ibadah tersebut dilakukan di Malaysia maka adat terpakai dengan melakukan korban mengunakan binatang yang mudah didapati dan biasa dibuat korban misalnya lembu atau kambing bukan unta atau kibasy yang hanya terdapat di Negara arab. Begitulah juga adat terpakai dalam penakrifan sesuatu perkara menurut sesuatu kaum misalnya orang yang bersumpah nazar tidak mahu memakan daging lalu dia memakan ayam kerana menurut kebiasaan daging merujuk kepada lembu, kerbau dan ayam tidak dikira sebagai daging demikianlah contoh pelaksanaan adat.


اللّهِ وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ

“Dan jika kamu hanya mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).


Adapun dalam hal ibadah dan perkara dasar Islam seperti nikah dan perkahwinan yang merupakan sunnah dan ketetapan syariat maka hendaklah kita merujuk kepada Al-Qur’an dan sunnah selagi terdapat pertunjuk dan panduan dari keduanya. Sebagaimana sabda baginda rasulullah : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).



Sesungguhnya di dalam Islam disyariatkan kepada seorang wanita untuk menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh dan beragama apabila dirinya mendapati lelaki tersebut benar akhlaknya dan benar peribadinya menurut syariat Islam (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 107 Jilid 3). Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :

“ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata :

Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Sesungguhnya hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).


Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti :


وَامْرَأَةً مُّؤْمِنَةً إِن وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَن يَسْتَنكِحَهَا خَالِصَةً لَّكَ

“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul jika rasul suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50).


hantaran & mas kahwin berbeza


Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3). Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.

Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut : “Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36 , Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah). Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan : “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).

Sungguhpun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai malu dan sebagai perempuan, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan. فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ “Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48). Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat .

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra : “Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya : Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata : “Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya” (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj). Sesungguhnya Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.


مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ
“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).

Dunia dan Wanita Berpurdah


Suatu kisah...
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

"Adakah wanita itu orang gila?"

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.

"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:

"Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.'

Andai Cinta Hendak Diberi



"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti"
Itulah sedikit dari bait - bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak -ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat - tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, dan dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan - rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang - kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya...
Ya Allah,mampukah aku mendapat keredhaan-Mu dan naungan-Mu di Padang Masyhar kelak...

Kasih Anugerah Mu




Hati ini merinduimu kerana Allah
Menyayangimu kerana Allah
setiap ukhwah yang terjalin kerana Allah
terasa indahnya pertemuan ini kerana segalanya kerana Allah
mohon maghfirahmu dan barakahmu ya Allah
bawalah hati kami menyelusuri jalan mencari cintaMu
jangan pisahkan hati-hati ini dikala rindu dan sayang kami belum cukup
melamar redha dan cintaMu
Ameen ya Rabb!


''Ya Allah, kurniakanlah taqwa dalam diriku, sucikanlah hatiku. Hanya Engkaulah yang mampu menyucikannya. Hanya Engkaulah pemiliknya dan hanya Engkaulah penolongnya''