Tuesday, February 2, 2010

cERiTa pENdeK...

Hari ni rasa nak mencoret sesuatu, rasa cam nak bercerita..mungkin berkongsi..Sharing is Caring kan ...

Sabtu lepas abang datang sini...setiap kali abang bertolak dari Seremban ke sini, ana mensti tak leh nak tido..tak sabar-sabar tunggu abang sampai..tapi hari tu abang lambat sampai jam 7lebih macam tu..Lepas amik abang kat changlun, seronok rasanya dapat buat sarapan pagi kat abang..Kesian abg, samapi-sampai dari jauh nak jumpa isteri tapi dapat jumpa pun sejam je..pastu da siap berkemas nak g kelas Master...Seronok rasa abang sudi hantar walaupun ana tahu abang penat semalaman duduk dalam bas...

Dalam kelas research Method tu , asyik fikir bila la nak jam 12..cepatla masa berlalu..sikit-sikit tengok jam..Yes 11.30, kelas habis awal....lepas abang amik g arau amik photographer..g Changlun g bersiap pastu g Lye Hut Garden..ok posing bang posing..penatla juga sampai ke petang dan sambung malam g makan kat KuaLA pERLIS..mALAM tu semua keletihan..rasa nak bangun study tuk subjek esoknya pun da tak mampu...

Esoknya bangun da bersiap2 nak g kelas..Sian abg , ana tak sempat buat sarapan...Terharu tengok abang buatkan sarapan pula buat ana..t.q ye..^_^...tinggalkan abg sampai jam 2 bersambung dgn discussion..dalam hati asyik fikir..apa suami ku buat kat umah??..dah makan belum?? dan sebagai2 nye..huhuh...

Petang balik, ana sendiri yang da tak larat nak masak.nak ajak abang kuar pun tak larat..Nasib baik ada frozen food dlam peti ais..itupun abang masak sendiri..dan abang gak da tolong kemas umah, mop lantai dapo, uruskan kitty n meow yang nakal kat umah ni...huh t.q abang once again....

Petang kuar makan, tgk jam dah jam 9..huhu sekejapnya jap lagi jam 10 abang da nak balik...
jam 10 hantar abang balik...minggu depan tak jumpa juga kene tunggu Raya Cina nanti...

Betul orang kata, perkhawinan ni satu perkongsian..pengorbanan..tolak ansur..T.q abang .. Walaupun abang penat tapi abg tetap tolong isteri abang ni..dan abang pun kata walaupun sekejap tapi tak pe nak tgk keadaan isteri...

Setiap hari mesti fikir malas nak g kelas master., cam nak balik pee dee je..tapi bile da g kelas master okla enjoy belaja nak pergi tu..tapi ingat satu perkara, sentiasa bersangka baik pada Allah macam kawan ana cakap..Mungkin ada aturan dari Nya .... ^_^..

bAHAGiA Tu kitA YaNG cARi. kannnnn

Thursday, January 21, 2010

Manisnya Bulan ii...^_^

Saat ni ana rasa RINDU sangat kat suami tercinta..Esok hari Sabtu, tapi minggu ni tak leh balik, tak leh jumpa..Ana pun tgh dilanda journalngitis' (menyiapkan assignmt yang berlambak tu)..dan rasa memujuk hati SABAR bila sahabat opis ana Fida ingin pulang ke Seremban...(jelesnya huhuh SABAR ye hati)

Alhamdulillah, rasanya sebulan sudah ana dan suami memasuki alam rumahtangga ini...Pejam celik pejam celik masa berlalu ..^_^..Banyak yang kami kongsi dan pelajari, banyak juga yang kami sama-sama perbaiki.....

Saat-saat ni teringat saat kenangan Bulan madu kami di Kota Bandung...rasa ingin mengulang kembali saat-saat bersama , (mungkin pasni leh jalan tempat2 lain pulak kan sayang ^_^, hehe)..quality masa yang ada dipergunakan sebaiknya...ye, quantity sekarang bukan lagi ukurannya...Semoga keindahan perkhawinan ini berkekalan sehingga ke akhirnya, InsyaAllah..

Tuesday, January 19, 2010

Not in the Mood~~

Hari ini....pagi ini, ana pun tatahu kenapa..ana rasa mood ana sangat swing..sangat twister,..yang membuatkan orang di sekeliling ana turut merasa tempiasnnya...terlebih emotional la hari ini..rasa nak nangis je..

nak kata simptom tiap-tiap bulan tak juga..ntahala..tapi itu yang ana rasa..rasa tak de mood..dan buat ana sedih (mungkin keadaan emosi tak stabil) kawan-kawan ana...Kalau diaorang tak de mood, nak marah-marah, sedih atau nak berkongsi apa sume cari ana..kita boleh je jadi pendengar yang baik..menenangkan dan apa-apa jela..Tapi bila ana, sume marah ana balik...tak pasal-pasal kata ana bebai dan nak dibalas dengan bebai balik...tu yang buat ana bertambah sedih...

ana pun tatahu apa masalah nya..tapi sambil menaip ni pun rasa nak nangis je...sangat2 sedih...

tapi ana cube mengawal emosi yang tak stabil tu dengan doa yang diajar Nabi ini....(dalam buku al-Mathurat ada)

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepada-mu ya Allah, dari sifat lemah dan malas. Dan aku berlindung kepada-Mu Ya Allah, dari sifat penakut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Mu Ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan (oleh orang lain)."


p/s: Suami ana pesan ...sabar, kawal emosi..jangan ikut perasaan sangat..huhu

Wednesday, January 13, 2010

Tuesday, January 12, 2010

Salam 2010



SALAM 2010...
Ana rasa ana mengambil masa yang lama untuk kembali menulis di Blog ini....mencari mood untuk menulis sebenarnya sangat susah...tetapi bila mood itu tiba, untuk menahannya juga sukar.......
Alhamdulillah, ana rasa 2009 telah ana tinggalkan dengan 1001 kenangan yang indah...dan ana bersyukur dan berpuas hati dengan isi kandungan 2009 (dan semoga 2010 lebih UP' dari tahun sudah, InsyaAllah)
Tahun 2010 ini rasanya bertambah satu lagi position ana iaitu sebagai ISTERI..Isteri kepada Mohd Halim Ab Rahman.....(jauh di sudut hati ana rasa inilah bahagianya nikmat perkhawinan)..Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan ana sangat berterima kasih kepada ibu ayah dan ibu ayah mertua ana serta adik beradik yang lain yang sama menjayakan majlis ana...(terima kasih juga pada yang sudi menghadirkan dan ana sangat terharu pada rakan-rakan yang jauh yang hadir sekali...terima kasih)

Pesanan azimat ibu dan ayah ana ialah.."sabar banyakkan besabar dalam alam rumahtangga ini" InsyaAllah berpegang kepada ayat itu ana dan suami akan sabar...mudah-mudahan...Dan pada Lillah, t.q sis 4 ur word...skala pengukuran walaupun tak 100% tapi bakinya Allah akan cukupkan tuk menjadi 100% InsyaAllah....
Hari ini 27 hari ana menjadi seorang isteri ...dan da 2 minggu ana berpisah dengan suami kerana tuntutan kerja...dan seawal pagi esok insyaAllah suami akan tiba di Perlis...(rasa rindu tu hanya Allah sahaja yang tahu, penantian itu satu penyeksaan)..dari jam 8 pagi tadi ana asyik memerhatikan waktu dan ana rasa begitu lewat sekali masa berlalu..huhuh
Ana masih ingat sewaktu menghantar suami ana menaiki bas pulang ke Negeri Sembilan (date: 3hb 1, time: 10 malam , venue: changlun)..ana menganalisis diri ana sendiri..ya ana tidak berasa sedih..tidak menangis dan ana bermonolog pada diri ana sendiri "eh, aku ni tak rindu kat suami ke?? tak sayang ke? ish awat tak rasa sedih ni"..kmdian ana befikir lagi..mungkin kerana ana dah letak "mindset", bersedia tuk hidup berjauhan...erhm mungkin..dan betul la kata pujangga berpisah tidak gelisah, tapi menanti saat pertemuaan itu...huhuhu.....
Tak sabar menanti kehadiran suami, Alhamdulillah minggu ni dipermudahkan negeri sembilan cuti hari keputeraan dan ahadnya Kedah cuti keputeraan..jadi suami boleh amik cuti tersepit (jumaat cuti) dan ana tidak ada kelas master hari ahad...hoyeaaa...jadi sehabis kelas hari sabtu...going to Langkawi..for 2nd honeymoon..hehheh