Monday, August 3, 2009

Do@ iTu...

Doa ini yang diberi oleh emak Usmie


Inilah dia Jabbal Rahmah tempat pertemuan Adam Dan Hawa
Kasih bersemai pencarian berakhir setelah berpuluh tahun terpisah


Rumah Allah yang tak pernah sunyi dengan kehadiran HambaNya yan bermunajat sujud padaNya..Melihat sahaja Kaabah dihadapan mata, dengan sendirinya air mata mengalir



Bersama sahabat baik dan rapat Siti nazrah dan Unta yang sibuk nak berposing juga


Bersama Usmie dan eiza kat Abeer Garden, Mekah


Sewaktu ana menunaikan umrah di Mekah & Madinah....ada seorang mak cik ni (emak usmie)dengan baik hati memberikan ana serta sahabat baik ana nazrah serta geng-geng umrah yang lain (adik2 perempuan zahri san) sepotong doa mengenai jodoh....


Teringat mutawir kami Ustaz Andy tolong menterjemahkan ayat berkenaan ...kemerah-merahan muka kami sume menahan malu kerna ustaz andy membacanya kuat-kuat sehingga geng-geng lelaki ketawakan kami huhuh (geng kamsyal riyal - terdiri dr ah boy <---adik nazrah, zahri, nescafe boy n ustaz andy sendiri) ...Masa tu kitaorg siap cakap sibuk je diaorg ni..hehheh (Rindu kan mereka sume)

Tapi di setiap hentian ana memanjatkan doa di bumi sana agar ana di kurniakan jodoh, dipercepatkan jodoh dengan lelaki yang baik..Mudah-mudahan... di Jabal rahmah tempat pertemuan adam dan hawa..ye ana membaca doa disisi sahabat ana nazrah kami sama-sama berdoa agar ditemukan jodoh dengan lelaki yang baik..yang beriman..yang bertanggungjawab..argh..seberapa tamak yang boleh ketika berdoa...di depan Kaabah juga..bukan kerana kaabah itu mengabulkan doa Nauzubillah tapi tempat yang dipercayai mustajab doanya..di Raudah hampir setiap hari ana masuk erhm macam nak pergi bersukan di dalamnya....Ana sangat merindui bumi itu. Ana tatahu nak kata cam ne tapi ana sangat-sangat merindui bumi itu....hati ana macam tertinggal di sana (bukan kat Ustaz Andy ye hehhe pujaan ramai tu terutama adik Fazlina tak padan dgn 6 tahun usianya) ana berharap sangat ana dapat pergi lagi dan mudah-mudahan ibadah jadi lebih baik disana mahupun disini.


Ana terima andai itu jodoh yang telah ditetapkan. Ana bukanla yang terbaik mahupun baik tapi ana berusaha untuk jadi baik dan terbaik kalu bukan n tak mampu untuk manusia lain pun tapi untuk Allah pun ana akan cuba..harap-harap semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar...dan ana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang baik..pekerja yang baik ..anak yang baik..menantu yang baik.. pelajar yang cemerlang dan HambaNya yang baik...Berusahala tuk jadi baik, bukan susah nak buat baik atau jadi baik..cuma susah nak mengekalkannya kerna hati kita yang begitu mudah di bolak balikkan.............


"Ya Allah Ya TuhanKu, Engkau yang membolak-balikkan hati manusia hambaMu, tapi Engkau tetapkanla hatiku di jalanMu Ya Allah"

Perjalanan Pulang Bersama Bekal ibu


Nasi goreng di atas ini bukanla nasi goreng seperti yang dibekalkan ibu ana,,..tapi lebih kepada gambar simbolik..hehhehe

Ahad ,
Seawal jam 4.30 pagi ibu mengejutkan ana bangun dari tido..arghhh..terasa ngantuknya kerana penat perjalanan jumaat ari tu pun tak hilang lagi..(ana selamat sampai di rumah pee dee jam 1 pagi)...tapi apakan daya ada tanggungjawab lain juga menanti di perlis..ana mesti sampai di UUM jam 12 kerana kuliah advanced SAD di UUM...

Pagi subuh itu ibu membekalkan ana dengan nasi goreng..ye walaupun ianya bukanla menu yang istimewa tetapi ana sangat suka dengan bekal dan masakan ibu ini. Ana duduk jauh, sekali sekala saja dapat merasa air tangan masakan ibu..Bekal ibu menjadi teman perjalanan pulang ana.sepanjang memandu setiap kali mengantuk ana akan makan bekal yang diberi sesuap..hajatnya untuk dijadikan menu tengahri tapi sebelum jam 12 bekal yang dibawa telah selesai di makan..heehh .Jam 8 pagi ana da tibe di Tapah, Subahanallah ana sangat-sangat mengantuk dan tanpa sedari 45 minit ana terlelap di dalam kereta ....kemudian dari itu ana meneruskan perjalanan ..Alhamdulillah tepat 12 tengahari ana tiba di kelas ASAD..dan ana ada presentation tentang PBL1 ana (Problem Base Learning 1) mengenai case study UUM Website. Sahabat group ana tidak hadir, mungkin ada aral kerana sebelumnya ada diberitahu mengenai anaknya yang sakit..(kesian kak Nizah tak pe ni hari die,,esok2 mungkin hari ana pulak)..Apapun ada sedikit komen dari Dr. Haslina bagi membetulkan tentang <> atau <> tentang system ana...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Malam tu ana terdengar adik lelaki ana bertanya kepada ayah

Haziq :"Along balik bila ayah?"
Ayah :"Esok"

Ana tatahu kenapa tapi ana terasa sesuatu..mungkin ana kerap pulang kebelakangan ini tapi ana hanya pulang untuk tempoh sehari sahaja, itupun untuk menyelesaikan beberapa urusan..beberapa minggu yang sudah kepulangan ana ,ana tidak sempat berjumpa dengan 2 orang adik ana haziq dan aiman..Sebenarnya ana juga merindui adik2 ana, jauh di sudut hati ana sedih sebab ana tak dapat ada disisi mereka tengok mereka belajar dan berkongsi sebagainya dengan mereka....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kembara Rasa ~Puter@ HeigHt~


Perjalanan malam jumaat hari itu bersama NBX dari Perlis pulang ke Pee Dee..Malam yang sejuk..hujan yang lebat..jalan yang jammed di beberapa hentian (rawang dan kuala kangsar)..badan yang letih..(pulang saja dari ofice ana terus gerak)
terasa perjalanan dari utara ke selatan itu seperti da menjadi sebati dalam diri ini...hari ini badan mula rasa lenguh dan letih..seawal pagi ada discussion di JMSK tentang tugasan IT Policy , ana cube untuk fokus..memberi perhatian tentang apa yang dibincangkan..Melihat tanggungjawab yang ada sekarang..ye semakin hari semakin banyak..Ya Allah sabar dan kuatkan diri ini ye..
Sewaktu perjalanan malam itu , hati ana bagai terasa kehilangan sewaktu melalui Putera Height ini...arghh banyak juga kenangan di situ, kini tiada lagi..tapi tetap sebati dalam hati..ana tatahu nak gambarkan rasanya macamana tapi ada sesuatu yang tersentap rasa di jiwa ini...tapi biarlah ianya sebagai antara sebuah kenangan yang terindah dalam hati ini..di bumi ini, di tempat ini, luasnya kasih Mu Ya Allah...suasana malam yang sepi ketika melalui tempat itu, menngingatkan ana satu persatu kenangan terbayang di ruang mata...ohhhh..terasa sebak juga di hati ini. Mungkin sejak dua menjak ini jiwa ana mudah sensitif dan tersentuh..
Ana rindukan saat-saat itu.dan andai kata masa boleh diubah ingin ana memutarnya...

Thursday, July 30, 2009

Seronoknya Kahwin Bukan Untuk Seronok-seronok...

Yusuf Al-Qardawi berpesan:

"Jangan kamu berkahwin dengannya hanya kerana perasaan kamu (sayang dan cinta) tapi kahwin la dengannya kerana Ilmu"



Kebelakangan ini ramai yang bertanya ana bagaimana persiapan ana untuk hari yang ana rasa 4,5 bulan lagi tibanya...Ada yang bertanya ini da tempah? itu dah tempah? Ana pun tatahu nak jawab apa sebab memang hakikatnya apapun ana tak buat lagi...


Ana pun tatahu sejujurnya ana ni da dalam ketegori bersedia atau tak untuk menempuh alam rumahtangga ini. Ana rasa banyak ilmu yang kene dalami kene tahu..kene amik tahu..Banyak benda untuk dibaca, dihafal dan sebagainya...dan ana rasa masa itu berlalu dengan cepat..


Banyak kita dengar ada yang kata "Kahwin ni best" "Syurga dunia" "ada orang boleh jaga kita" dan sebagainya..Best ke? Seronok ke???? kalau begitu seronok dan indah seperti yang dikatakan kenapa kadar penceraian semakin hari semakin tinggi malah banyak kes di mahkamah yang tertunggak tak diselesaikan lagi dan alasan yang biasa didengari " tiada lagi persefahaman" "hadir orang ke 3" "dah tak de jodoh" ..


Ana rasa perkhawinan itu satu perkongsian..perlu banyak pengorbanan perlu give n take ..perlu kerjasama 'itu pendapat ana yang belum berkhawin lagi ni'...Lihat saja pada peringkat awal semuanya kene berbincang semuanya kene berkongsi...dan perlu bersedia untuk berkorban..ok, mengapa ana cakap cam tu..ana ambil situasi ana..


Ana di Perlis ini..Isnin Jumaat bekerja macam biasa, Sabtu Ahad menghadiri kelas sarjana ana..dan ana juga kene melakukan persiapan di Port Dickson nun sana..dan hampir 2 minggu ini ana berulang balik walaupun hanya satu hari..Letih..ye letih dan ana ada terfikir beginila nampaknya kehidupan ana akan datang..berulang juga sehingga selesai pengajian sarjana anda..


Ni nasihat dari hati ana, pada bakal-bakal yang ingin berkhawin ..dalam kita sibuk melakukan persiapan perkhawinan itu...jangan lupa untuk menambah ilmu berumahtangga, jangan lupa untuk memahami bacaan-bacaan dalam solat nanti nak diajar kepada anak-anak, jangan lupa banyak-banyak bermunajat pada Allah paling penting jangan lupa bertaubat dalam kisah hidup kita yang lepas..Perkhawinan bukan pengakhiran tetapi permulaan sebuah kehidupan...

Tuesday, July 28, 2009

MEREK@

Ok ana pilih tajuk ni MEREK@....

Siapa mereka itu????

1...hari Ahad hari itu, ana makan malam di kangar bersama kawan ana..datang seorang adik ke kedai makan itu, yang ana kira dari kampung yang berdekatan..nampak lusuh pakaiannya dan actually adik ni dari golongan kanak-kanak istimewa ..Alhamdulillah ana kagum dengan bos kedai berkenaan kerana menurut pekerja di situ setiap kali adik tersebut datang bos kedai berkenaan bagi die makan oblong..(actually western fast food)...Macam ni la ciri-ciri usahawan atau peniaga yang baik..InsyaAllah Allah akan balas dengan rezeki yang lebih berlipat ganda...
Moral story yang ana dapat.....masa tu ana makan chicken chop dan ana terfikir mewahnya makanan ku hari ini sedangkan ramai lagi orang susah dan kelaparan..kerdil rasanya diri ini..

2....Pagi tadi ana menemani sahabat ana ke Pejabat Pos Changlun...kelihatan seorang pakcik tua yang agak daif juga seluarnya pakaiannya beratur ingin mengeluarkan duit ASB..(ana rasa dalam beberapa puluh saja di tangannya ana nampak)..sekali lagi hati ana rasa sebak melihat perlakuan tuanya terketar-ketar memasukkan duit ke dalam poket..sehingga satu kejadian die terlupa mana dia letak buku ASB dia..meraba-raba dia mencarinya di badan,kesian pula ana melihatnya.ana menegurnya dan memberitahu bahawa buku tu ada dalam poket seluarnya..kesian die tiada anak atau cucu menemani..teringat atuk ana HJ. Shaarani di Skudai..Bak tok suka pergi bank dengan beratur, kerana die tak percaya dengan kad ATM..Hehehhe seawal pagi dia akan bertolak untuk beratur di barisan hadapan....tiba-tiba ana terasa rindu pada Bak Tok..Dulu badan dia tegap macam Jin Shamsuddin (bekas polis kan) sekarang dia da dimamah usia..Bila da tua kita akan mudah pelupa..Ana ada membaca artikel untuk mengelak dari penyakit lupa ini, banyak-banayk mengaji dan membaca alFatihah serta banyak-banyak membaca buku untuk sentiasa merangsang sel otak kita untuk aktif....

3. Mereka yang ketiga ialah sahabat baik n rapat ana..FATNIN....Alhamdulillah hari ini ana dapat bertemu dengan dia lagi..Kebetulan dia ada urusan di Kangar..walaupun seketika ukhwah tu terasa di hati...dah 2 anak die, dah jadi ibu..rasa cam baru semalam kami sama-sama mengulangkaji pelajaran untuk PMR..Pergi belajar tusyen masa tu..banyak kenangan terindah bersama... Paling best bila melihat kehidupan dia semakin stabil..Alhamdulillah..bak kata orang rezeki anak-anak..suami die mendapat kerja lebih baik dan stabil selepas kelahiran anak kedua..rasanya masa kelahiran anak pertama pun begitu...Seronok rasanya.....

4. Ana ada terfikir seketika selepas magrib tadi..mereka iaitu ibuayah ana..mereka sangat sabar dengan kerenah ana..Melayani ana..arghh,,...mampukah ana jadi ibuayah yang baik cam tu?? Sabar cam tu??? Anak ana nanti cam ne?? Sebab ana ni dikategorikan anak yang degil dan keras kepala...huhuhuh..(jadi fikir-fikirkan la yea..)

Carilah yang luar biasa dari yang biasa-biasa ini

Malam ni rasa nak menulis..Mungkin mood nak menaip ana tu datang..Bila dia datang rajin la ana bila die pergi lama betul nak tunggu dia datang balik


dia = mood

hehhe


student lama tak masuk lagi jadi kesibukan kerja tidak terasa lagi..Masih terasa ketengan ..untuk bermalas-malasan dan membuat asignmnt juga..jumaat ni student start mendaftar kita lihat je minggu depan apabila kuliah sudah bermula...


UUM cuti seminggu sebab HINI..erhm tapi sabtu ni kelas tetap berjalan seperti biasa kot.. ada pembentangan..ada asignment yang harus disiapkan...ana suka pergi kelas..tatahu perasaan tu nak gambar cam ne..tapi seronoklah..heheh sekarang ni baru 4 minggu kuliah semangat lagi la..ceciwi la katakan..hehhe


persiapan..aritu ana da bershopping kain di Gulatis kat Alor Star.. rambang mata ana dibuatnya..Nasib baik kak Nini berbesar hati n baik hati masih mahu terima tempahan baju ana..tu ar last minit sgt...kononnya nak beli siap tapi mengenangkan yang ana ni bukannya ada masa nak berjalan survey2 sangat..huhuh ari tu pun sis Adlina yang ajak bersungguh2 siap umpan Big Apple lagi..kalu tak huhuhu ana lagi rela makan donut kat pasar malam pauh..ehh sedap tau!!!


apapun Alhamdulillah ..semua persiapan ibu n ayah ana yang buat..mereka excited may be majlis pertama ana kan anak sulung lagipun ini yang dinanti n diharapkan. Seronok tengok mereka happy walaupun tahu mereka penat..TERIMA KASIH IBU AYAH..hehehhe..ana ni dikira kategori bertuahla sebab ibuayah ana ni kreatif orangnya jadi lebih baik diserahkan kepada mereka sahaja sebab kalu kat ana bukan tak kreatif tapi tuntutan masa tu cam tak mengizinkannya je..heheheh


Satu benda persiapan yang ana buat sekarang ialah baca la buku-buku ilmiah n agama tentang rumahtangga..persiapan awal nak jadi isteri ni..ilmu kat dada tak cukup lagi..lagi banyak baca lagi macam erhmm...huhuhu...rupanya macam2 ehh..Dia ada pesan kat ana.taubat banyak-banyak..siapkan diri nak jadi isteri..nak masuk alam rumahtangga..perkongsian ilmu yang dia perolehi dari ceramah perkhawinan baru-baru ni..


ana suka baca buku ini....

" Carilah yang luar biasa dari buku yang biasa-biasa ini"

Best...sesuai tuk semua pihak....



Thursday, July 16, 2009

~~ Pen@ MeN@rI sEmUL@


Jumaat.....17 Julai 2009.......Wah..da lama rupanya ana tidak menulis di Blog ini..

Mungkin kerana kesibukan keje semester lepas yang menjadikan kesempatan untuk menulis

terencat' seketika...mOOd untuk menulis datang balik...dan kene sapu balik blog ni bagi tak bersawang lagi....


Sepanjang tempoh 2 bulan ni macam-macam peristiwa yang terjadi..Ada yang manis ada yang tak besh sume ada..Tapi yang tak besh tu ana tak nak kenang..biarla ianya berlalu..Jadi kita lihat pada yang manis-manis itu sahaja..hehehe (sweet,sweetie uhu)


Alhamdulillah, ana da selamat pergi n selamat pulang dari melawat Rumah Allah..& sehingga ke hari ini ana tak berhenti-henti berdoa agar berpeluang menjejakkan lagi kaki di sana. Kali ini ana harap ana dapat pergi bersama suami tercinta. Kenangan di sana adalah yang terindah sekali dalam hidup ana...Saat-saat yang ana tak pernah rasa seperti berada disinI..Sukar untuk digambarkan..Saat meninggalkan kota Mekah & Madinah, sememangnya air mata ana mengalir tanpa ana sedari....(Ya Allah murahkan lah rezekiku dan kurniakan lah aku kesempatan dan kedayaan untuk datang ke Rumah Mu lagi Ya Allah...)


Antara yang terindah juga, ana tengah menghitung hari ...waktu..masa untuk bergelar isteri. Alhamdulillah..Ana bersyukur dengan segala yang telah Allah kurniakan pada Ana..Besar nikmatNya itu..Sebenarnya ini pun antara benda yang ana tak rancang dan ianya Suddenly Happen.....Alhamdulillah....InsyaAllah sekiranya tiada aral hujung tahun ini ana akan menjadi zawjati..Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Ana tahu, kehidupan akan datang akan jauh lebih mencabar kerana ana akan jadi pasangan PJJ (Pasangan Jarak Jauh)..dan ditambah Isnin-jumaat kerja dan Sabtu -Ahad kelas ..Pesannya berdoa la banyak-banyak kerana bahangnya sudah mula terasa...:)..Saat ini ana dan dia harus mempersiapkan diri dengan ilmu rumahtangga secukupnya... ^_^ (mungkin da jodoh kami..Alhamdulillah)


Antara yang terindah lagi juga, sekarang ana tengah menyambung pengajian Master ana di UUM....Alhamdulillah..Lihat saja satu persatu Allah kurniakan kepada hambaNya..Ana harap ana tak lalai dari mensyukuriNya..


Saat ini ana teringat saat-saat susah ana, ye..betullah " Selepas hujan ribut petir pastinya sang mentari n pelangi kembali menyinari"................



Tuesday, May 5, 2009

LeP@t PiSaNg

Lepat Pisang......?? Pagi ni, RABU..tiba-tiba sahaja terasa teringin nak makan lepat pisang yang panas-panas yang dimasak oleh IBU tercinta..huhuhu

Oh mungkin sebab tadi g pantri nampak ada lepat pisang..tiba-tiba sayu nya hati...teringat ibu yang da lama tak dijenguk..Alangkah BEST nya kalu ibu ada..leh minta tolong ibu masakkan..

Teringat perbualan bersama K.Aini N K.Ayu semalam...mereka berdua membicarakan tentang masakan, tentang air tangan isteri dan ibu..Ana setuju, sebab bila kita berjauhan, lama tak jumpa ..masakan ibu tetap dalam ingatan..

Tak sabar nak balik hujung bulan ni, Ibu along teringin nak makan lepat pisang ..huhu

EXHAUSTED !!!

Rasanya lama da ana tak menulis kat BLOG ni..Exhausted sangat sebab rasanya keje macam tak stop-stop..."Hamba Keje"?? mungkin kah?? Maybe la kot..
Dah hampir dua bulan since keje, projek dan segalanya berjalan..tanpa sedar masa berputar..siang berganti malam..musim hujan berganti musim panas dan sebagainya..Ana sendiri pun da terlupa sabtu dan ahad bila yang ana betul-betul berehat dan bercuti?..duduk rumah? baca komik, tgk tv, tgk wayang..jalan-jalan cari makan, balik jenguk ibu ayah??? Ntah rasanya da 6,7 minggu sabtu ahad juga bekerja (termasuk pada hari pekerja, dipanggil bos petang dan malam untuk datang jabatan)..Sabtu ahad ni juga kena bekerja sampai malam..huhuhu..exhausted....
Tapi kadang-kadang ana terpikir juga..bila motivasi dan moral down..ana selalu cakap..."Jgn Merungut"..."Bersyukur kita ada keje...orang lain ramai yang tak de kerja..Ramai kena buang keje"..Tapi penat heheheh bukan merengut cuma kadang-kadang minta kefahaman...
Ok tapi tak pe..Masa muda ni lah kita bekerja..kumpul ilmu, kumpul pengalaman..ada faedahnya..Ana dapat rasa jauh di sudut hati...InsyaAllah, suatu hari nanti akan dapat dipraktikkan..Seronok juga bila ada keja dari kita duduk relax tak banyak keje Boring juga..hehhe .....Lagi pun Key Performance Indicator kita yang tentukan target kita...betul betul
Cuma sometimes minta kefahaman...huhuh kadang-kadang badan penat juga,..otak dan minda letih juga..hohoh..
Sampai bila ea nak cam ni????????? SABAR..SABAR..SABAR

Monday, March 30, 2009

Bengkel Bersama MATRI bagi Design Dialogue








<>

Sabtu ari tu selesai da satu projek ana dengan student semester 3 ana. Bengkel Fotografi Digital dan Adobe Photoshop...(3 more to go..chaiyyuk!!)


Apapun ana rasa berpuas hati melihat komitmen para urusetia dalam menjayakannya walaupun pada peringkat awal pengurusan agak kelam kabut...Ana harap ada ilmu, pengalaman dan pengajaran yang pelajar-pelajar sekalian perolehi....Apapaun TAHNIAH dan terima kasih kepada semua yang membantu....