Thursday, July 30, 2009

Seronoknya Kahwin Bukan Untuk Seronok-seronok...

Yusuf Al-Qardawi berpesan:

"Jangan kamu berkahwin dengannya hanya kerana perasaan kamu (sayang dan cinta) tapi kahwin la dengannya kerana Ilmu"



Kebelakangan ini ramai yang bertanya ana bagaimana persiapan ana untuk hari yang ana rasa 4,5 bulan lagi tibanya...Ada yang bertanya ini da tempah? itu dah tempah? Ana pun tatahu nak jawab apa sebab memang hakikatnya apapun ana tak buat lagi...


Ana pun tatahu sejujurnya ana ni da dalam ketegori bersedia atau tak untuk menempuh alam rumahtangga ini. Ana rasa banyak ilmu yang kene dalami kene tahu..kene amik tahu..Banyak benda untuk dibaca, dihafal dan sebagainya...dan ana rasa masa itu berlalu dengan cepat..


Banyak kita dengar ada yang kata "Kahwin ni best" "Syurga dunia" "ada orang boleh jaga kita" dan sebagainya..Best ke? Seronok ke???? kalau begitu seronok dan indah seperti yang dikatakan kenapa kadar penceraian semakin hari semakin tinggi malah banyak kes di mahkamah yang tertunggak tak diselesaikan lagi dan alasan yang biasa didengari " tiada lagi persefahaman" "hadir orang ke 3" "dah tak de jodoh" ..


Ana rasa perkhawinan itu satu perkongsian..perlu banyak pengorbanan perlu give n take ..perlu kerjasama 'itu pendapat ana yang belum berkhawin lagi ni'...Lihat saja pada peringkat awal semuanya kene berbincang semuanya kene berkongsi...dan perlu bersedia untuk berkorban..ok, mengapa ana cakap cam tu..ana ambil situasi ana..


Ana di Perlis ini..Isnin Jumaat bekerja macam biasa, Sabtu Ahad menghadiri kelas sarjana ana..dan ana juga kene melakukan persiapan di Port Dickson nun sana..dan hampir 2 minggu ini ana berulang balik walaupun hanya satu hari..Letih..ye letih dan ana ada terfikir beginila nampaknya kehidupan ana akan datang..berulang juga sehingga selesai pengajian sarjana anda..


Ni nasihat dari hati ana, pada bakal-bakal yang ingin berkhawin ..dalam kita sibuk melakukan persiapan perkhawinan itu...jangan lupa untuk menambah ilmu berumahtangga, jangan lupa untuk memahami bacaan-bacaan dalam solat nanti nak diajar kepada anak-anak, jangan lupa banyak-banyak bermunajat pada Allah paling penting jangan lupa bertaubat dalam kisah hidup kita yang lepas..Perkhawinan bukan pengakhiran tetapi permulaan sebuah kehidupan...

Tuesday, July 28, 2009

MEREK@

Ok ana pilih tajuk ni MEREK@....

Siapa mereka itu????

1...hari Ahad hari itu, ana makan malam di kangar bersama kawan ana..datang seorang adik ke kedai makan itu, yang ana kira dari kampung yang berdekatan..nampak lusuh pakaiannya dan actually adik ni dari golongan kanak-kanak istimewa ..Alhamdulillah ana kagum dengan bos kedai berkenaan kerana menurut pekerja di situ setiap kali adik tersebut datang bos kedai berkenaan bagi die makan oblong..(actually western fast food)...Macam ni la ciri-ciri usahawan atau peniaga yang baik..InsyaAllah Allah akan balas dengan rezeki yang lebih berlipat ganda...
Moral story yang ana dapat.....masa tu ana makan chicken chop dan ana terfikir mewahnya makanan ku hari ini sedangkan ramai lagi orang susah dan kelaparan..kerdil rasanya diri ini..

2....Pagi tadi ana menemani sahabat ana ke Pejabat Pos Changlun...kelihatan seorang pakcik tua yang agak daif juga seluarnya pakaiannya beratur ingin mengeluarkan duit ASB..(ana rasa dalam beberapa puluh saja di tangannya ana nampak)..sekali lagi hati ana rasa sebak melihat perlakuan tuanya terketar-ketar memasukkan duit ke dalam poket..sehingga satu kejadian die terlupa mana dia letak buku ASB dia..meraba-raba dia mencarinya di badan,kesian pula ana melihatnya.ana menegurnya dan memberitahu bahawa buku tu ada dalam poket seluarnya..kesian die tiada anak atau cucu menemani..teringat atuk ana HJ. Shaarani di Skudai..Bak tok suka pergi bank dengan beratur, kerana die tak percaya dengan kad ATM..Hehehhe seawal pagi dia akan bertolak untuk beratur di barisan hadapan....tiba-tiba ana terasa rindu pada Bak Tok..Dulu badan dia tegap macam Jin Shamsuddin (bekas polis kan) sekarang dia da dimamah usia..Bila da tua kita akan mudah pelupa..Ana ada membaca artikel untuk mengelak dari penyakit lupa ini, banyak-banayk mengaji dan membaca alFatihah serta banyak-banyak membaca buku untuk sentiasa merangsang sel otak kita untuk aktif....

3. Mereka yang ketiga ialah sahabat baik n rapat ana..FATNIN....Alhamdulillah hari ini ana dapat bertemu dengan dia lagi..Kebetulan dia ada urusan di Kangar..walaupun seketika ukhwah tu terasa di hati...dah 2 anak die, dah jadi ibu..rasa cam baru semalam kami sama-sama mengulangkaji pelajaran untuk PMR..Pergi belajar tusyen masa tu..banyak kenangan terindah bersama... Paling best bila melihat kehidupan dia semakin stabil..Alhamdulillah..bak kata orang rezeki anak-anak..suami die mendapat kerja lebih baik dan stabil selepas kelahiran anak kedua..rasanya masa kelahiran anak pertama pun begitu...Seronok rasanya.....

4. Ana ada terfikir seketika selepas magrib tadi..mereka iaitu ibuayah ana..mereka sangat sabar dengan kerenah ana..Melayani ana..arghh,,...mampukah ana jadi ibuayah yang baik cam tu?? Sabar cam tu??? Anak ana nanti cam ne?? Sebab ana ni dikategorikan anak yang degil dan keras kepala...huhuhuh..(jadi fikir-fikirkan la yea..)

Carilah yang luar biasa dari yang biasa-biasa ini

Malam ni rasa nak menulis..Mungkin mood nak menaip ana tu datang..Bila dia datang rajin la ana bila die pergi lama betul nak tunggu dia datang balik


dia = mood

hehhe


student lama tak masuk lagi jadi kesibukan kerja tidak terasa lagi..Masih terasa ketengan ..untuk bermalas-malasan dan membuat asignmnt juga..jumaat ni student start mendaftar kita lihat je minggu depan apabila kuliah sudah bermula...


UUM cuti seminggu sebab HINI..erhm tapi sabtu ni kelas tetap berjalan seperti biasa kot.. ada pembentangan..ada asignment yang harus disiapkan...ana suka pergi kelas..tatahu perasaan tu nak gambar cam ne..tapi seronoklah..heheh sekarang ni baru 4 minggu kuliah semangat lagi la..ceciwi la katakan..hehhe


persiapan..aritu ana da bershopping kain di Gulatis kat Alor Star.. rambang mata ana dibuatnya..Nasib baik kak Nini berbesar hati n baik hati masih mahu terima tempahan baju ana..tu ar last minit sgt...kononnya nak beli siap tapi mengenangkan yang ana ni bukannya ada masa nak berjalan survey2 sangat..huhuh ari tu pun sis Adlina yang ajak bersungguh2 siap umpan Big Apple lagi..kalu tak huhuhu ana lagi rela makan donut kat pasar malam pauh..ehh sedap tau!!!


apapun Alhamdulillah ..semua persiapan ibu n ayah ana yang buat..mereka excited may be majlis pertama ana kan anak sulung lagipun ini yang dinanti n diharapkan. Seronok tengok mereka happy walaupun tahu mereka penat..TERIMA KASIH IBU AYAH..hehehhe..ana ni dikira kategori bertuahla sebab ibuayah ana ni kreatif orangnya jadi lebih baik diserahkan kepada mereka sahaja sebab kalu kat ana bukan tak kreatif tapi tuntutan masa tu cam tak mengizinkannya je..heheheh


Satu benda persiapan yang ana buat sekarang ialah baca la buku-buku ilmiah n agama tentang rumahtangga..persiapan awal nak jadi isteri ni..ilmu kat dada tak cukup lagi..lagi banyak baca lagi macam erhmm...huhuhu...rupanya macam2 ehh..Dia ada pesan kat ana.taubat banyak-banyak..siapkan diri nak jadi isteri..nak masuk alam rumahtangga..perkongsian ilmu yang dia perolehi dari ceramah perkhawinan baru-baru ni..


ana suka baca buku ini....

" Carilah yang luar biasa dari buku yang biasa-biasa ini"

Best...sesuai tuk semua pihak....



Thursday, July 16, 2009

~~ Pen@ MeN@rI sEmUL@


Jumaat.....17 Julai 2009.......Wah..da lama rupanya ana tidak menulis di Blog ini..

Mungkin kerana kesibukan keje semester lepas yang menjadikan kesempatan untuk menulis

terencat' seketika...mOOd untuk menulis datang balik...dan kene sapu balik blog ni bagi tak bersawang lagi....


Sepanjang tempoh 2 bulan ni macam-macam peristiwa yang terjadi..Ada yang manis ada yang tak besh sume ada..Tapi yang tak besh tu ana tak nak kenang..biarla ianya berlalu..Jadi kita lihat pada yang manis-manis itu sahaja..hehehe (sweet,sweetie uhu)


Alhamdulillah, ana da selamat pergi n selamat pulang dari melawat Rumah Allah..& sehingga ke hari ini ana tak berhenti-henti berdoa agar berpeluang menjejakkan lagi kaki di sana. Kali ini ana harap ana dapat pergi bersama suami tercinta. Kenangan di sana adalah yang terindah sekali dalam hidup ana...Saat-saat yang ana tak pernah rasa seperti berada disinI..Sukar untuk digambarkan..Saat meninggalkan kota Mekah & Madinah, sememangnya air mata ana mengalir tanpa ana sedari....(Ya Allah murahkan lah rezekiku dan kurniakan lah aku kesempatan dan kedayaan untuk datang ke Rumah Mu lagi Ya Allah...)


Antara yang terindah juga, ana tengah menghitung hari ...waktu..masa untuk bergelar isteri. Alhamdulillah..Ana bersyukur dengan segala yang telah Allah kurniakan pada Ana..Besar nikmatNya itu..Sebenarnya ini pun antara benda yang ana tak rancang dan ianya Suddenly Happen.....Alhamdulillah....InsyaAllah sekiranya tiada aral hujung tahun ini ana akan menjadi zawjati..Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Ana tahu, kehidupan akan datang akan jauh lebih mencabar kerana ana akan jadi pasangan PJJ (Pasangan Jarak Jauh)..dan ditambah Isnin-jumaat kerja dan Sabtu -Ahad kelas ..Pesannya berdoa la banyak-banyak kerana bahangnya sudah mula terasa...:)..Saat ini ana dan dia harus mempersiapkan diri dengan ilmu rumahtangga secukupnya... ^_^ (mungkin da jodoh kami..Alhamdulillah)


Antara yang terindah lagi juga, sekarang ana tengah menyambung pengajian Master ana di UUM....Alhamdulillah..Lihat saja satu persatu Allah kurniakan kepada hambaNya..Ana harap ana tak lalai dari mensyukuriNya..


Saat ini ana teringat saat-saat susah ana, ye..betullah " Selepas hujan ribut petir pastinya sang mentari n pelangi kembali menyinari"................



Tuesday, May 5, 2009

LeP@t PiSaNg

Lepat Pisang......?? Pagi ni, RABU..tiba-tiba sahaja terasa teringin nak makan lepat pisang yang panas-panas yang dimasak oleh IBU tercinta..huhuhu

Oh mungkin sebab tadi g pantri nampak ada lepat pisang..tiba-tiba sayu nya hati...teringat ibu yang da lama tak dijenguk..Alangkah BEST nya kalu ibu ada..leh minta tolong ibu masakkan..

Teringat perbualan bersama K.Aini N K.Ayu semalam...mereka berdua membicarakan tentang masakan, tentang air tangan isteri dan ibu..Ana setuju, sebab bila kita berjauhan, lama tak jumpa ..masakan ibu tetap dalam ingatan..

Tak sabar nak balik hujung bulan ni, Ibu along teringin nak makan lepat pisang ..huhu

EXHAUSTED !!!

Rasanya lama da ana tak menulis kat BLOG ni..Exhausted sangat sebab rasanya keje macam tak stop-stop..."Hamba Keje"?? mungkin kah?? Maybe la kot..
Dah hampir dua bulan since keje, projek dan segalanya berjalan..tanpa sedar masa berputar..siang berganti malam..musim hujan berganti musim panas dan sebagainya..Ana sendiri pun da terlupa sabtu dan ahad bila yang ana betul-betul berehat dan bercuti?..duduk rumah? baca komik, tgk tv, tgk wayang..jalan-jalan cari makan, balik jenguk ibu ayah??? Ntah rasanya da 6,7 minggu sabtu ahad juga bekerja (termasuk pada hari pekerja, dipanggil bos petang dan malam untuk datang jabatan)..Sabtu ahad ni juga kena bekerja sampai malam..huhuhu..exhausted....
Tapi kadang-kadang ana terpikir juga..bila motivasi dan moral down..ana selalu cakap..."Jgn Merungut"..."Bersyukur kita ada keje...orang lain ramai yang tak de kerja..Ramai kena buang keje"..Tapi penat heheheh bukan merengut cuma kadang-kadang minta kefahaman...
Ok tapi tak pe..Masa muda ni lah kita bekerja..kumpul ilmu, kumpul pengalaman..ada faedahnya..Ana dapat rasa jauh di sudut hati...InsyaAllah, suatu hari nanti akan dapat dipraktikkan..Seronok juga bila ada keja dari kita duduk relax tak banyak keje Boring juga..hehhe .....Lagi pun Key Performance Indicator kita yang tentukan target kita...betul betul
Cuma sometimes minta kefahaman...huhuh kadang-kadang badan penat juga,..otak dan minda letih juga..hohoh..
Sampai bila ea nak cam ni????????? SABAR..SABAR..SABAR

Monday, March 30, 2009

Bengkel Bersama MATRI bagi Design Dialogue








<>

Sabtu ari tu selesai da satu projek ana dengan student semester 3 ana. Bengkel Fotografi Digital dan Adobe Photoshop...(3 more to go..chaiyyuk!!)


Apapun ana rasa berpuas hati melihat komitmen para urusetia dalam menjayakannya walaupun pada peringkat awal pengurusan agak kelam kabut...Ana harap ada ilmu, pengalaman dan pengajaran yang pelajar-pelajar sekalian perolehi....Apapaun TAHNIAH dan terima kasih kepada semua yang membantu....

Tak De Mood ^_^

huhu..tertekan ke ana?? Macam gambar tu ke?...Rasanya tak la..tapi lebih kepada tak de mood..Perasaan malas menguasai diri..ish nak menulis blog pun malas...nak taip mesej pun malas..nak gi keje lagi malas..Rasa cam 2'3 minggu ni tak de masa rest yang betul-betul rest fizikal dan mental..jasad dan rohani..
Mengapa? Do no.....harap-harap tak lama bermalas-malasan begini..Nanti sume keje tak jalan. Mungkin boring da kot, graf bekerja tu da start turun..(sgt best ramai lecturer baru da masuk jadi beban tugas da leh divide2...) minggu Audit ..FRP..Evaluation..dan macam-macam g..Semangat pun tak de sangat..Napa ntah????...

Monday, March 23, 2009

Tahajud Cinta...


Ana baru sahaja menyaksikan teater muzikal Sirah Junjungan Tahajud Cinta di Istana Budaya (masa tu nyanyian Dato Siti Nurhaliza) walaupun teater ini tidaklah sehebat Puteri Gunung Ledang, namun ianya mampu membuatkan penonton menitiskan air mata pada penghujung jalan cerita ini...

Melihat sahaja pementasan sirah dan pengorbanan Rasulullah S.A.W bermula dari baginda dilahirkan sehingga baginda wafat sudah cukup untuk menyedarkan kita betapa mulianya pengorbanan baginda.

Ana tidak dapat menahan air mata saat pementasan kewafatan baginda yang digambarkan .Sehingga ke akhir hayat baginda UMAT UMAT UMAT hanya UMAT nya yang baginda fikirkan..Pesan baginda kepada kita berpegangla Al Quran & Sunnah Baginda insyaAllah kita takkan sesat. Menitis juga air mata ini terbayang pengorbanan sahabat baginda 4 khalifah untuk baginda, menyentuh hati (argh, zaman sekarang nak cari sahabat yg susah senang bersama tak de nya dia tinggal kita dulu adalah)... Andainya Baginda dapat melihat umatnya sekarang pastinya baginda merasa sedih...

Ahad ari tu sewaktu kelas USTAZ ada kata apabila pergi ke tanah suci kalau ada rakan-rakan yang sampaikan salam kepada Rasulullah, pastikan mereka mengucapkan salam itu penuh kerana Rasulullah akan menjawab salam...

Seperkara lagi tentang lakonan Hendon mungkin pada ana agak over reacting dgn suaranya yang sgt lantang, apapun ia membawa kita menyelami keadaan peperangan pada masa itu dimana Hendon mengarahkan hambanya untuk pergi mencari Hamzah dan membunuhnya. Kemudian Hendon sendiri memakan jantung Hamzah. Namun Allah sendiri tidak mengizinkan daging n darah umat Islam masuk ke badan orang kafir hendon memuntahkan semula. Ustaz turut ada bercerita mengenai kisah ini pada kelas hari Ahad ari tu. Ustaz ada kata mayat Hamzah kekal segar seperti orang hidup. Sehingga selepas banjir besar yang melanda semua mayat peperangan (ana lupa hehe) timbul semula tapi masih dalam keadaan yang baik. Malah ketika proses pemindahan mayat ke kawasan tanah tinggi mayat Hamzah terkena sesuatu darah mengalir menitis sedangkan sudah 40 tahun mayatnya ketika itu. Macam tu la menurut ustaz pada kuliah Ahad ari tu...(Mati Syahid akan menjadikan kita seolah-olah sentiasa hidup..SubhanAllah) )

Bagi nyanyian nasyid terutama selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w ana rasa memang menyentuh perasaan..ditambah dengan nyanyian Siti nurhaliza.. Ana suka melihat pelakon-pelakon lelaki dan perempuannya yang memakai jubah dan telekung putih bersih , dengan wajah yang tenang ada juga yang terdiri daripada penyanyi nasyid dan kanak-kanak kecil yang turut menambah seri lakonan ini. (Mengingatkan ana pada seseorang yang selalu berpenampilan begitu..Bos kan??)

.Apapun TAHNIAH ana ucapkan kepada Eirma Fatimah atas teater ini....

________________________________________________________________

Salam Sahabat Muslim yang dikasihi,

KETIKA ISLAM DI CABAR...RASULULLAH s.a.w DIHINA DAN DI CERCA.... tidak ada yang termampu dilakukan oleh insan seni seperti saya.Lebih-lebih lagi kepada mereka yang memandang seni ini sesuatu yang menjijikkan.

Namun saya percaya..ALLAH maha mengetahui segalanya. Tidak ada yang dapat saya korbankan...tidak ada apa yang dapat saya perjuangkan selain dari sebuah karya yang memaparkan keagungan Rasul yang di cintai melalui pementasan SIRAH JUNJUNGAN sebuah kisah perjuangan Rasulullah s.a.w dari mulai baginda lahir hinggalah wafat.Tidak ada ertinya sebuah karya tanpa sokongan..Mohon sahabat-sahabat Muslim ku...siapa yang akan menyokong usaha saya ini kalau bukan kalian..sahabat sebangsa dan seagama ku.

Demi RASUL TERCINTA...gegarkanlah ISTANA BUDAYA dengan SELAWAT sempena Maulidur Rasul kali ini.Andai persembahan pop, Inggeris mampu diangkat...janganlah biarkan SIRAH JUNJUNGAN hanya sebagai cebisan karya untuk mengisi ruang ISTANA BUDAYA tanpa sokongan. Bukan untuk saya...bukan juga untuk sesiapa...tetapi untuk MARUAH KARYA ISLAM.Bantulah hebahkan pada sahabat-sahabat lain agar KISAH RASULULLAH ini dapat di tatap bersama.

.INFO : http://www.yayasansenikarya.com/

Salam Jazakallah

dari Insan Seni Hina..

Eirma Fatima

sujud...hanya mampu sujud



Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu Dan kita hanya mampu sujud


Jika direnung kembali Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan


Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……Hanya mampu sujud..


Pernah kulihat mereka Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah


Janganlah kita melupakanNya Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNyaKetika langit mendung tak bercahaya
Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..


:: Seminggu kebelakangan ini ana telah keluar pergi observe pelajar latihan industri di sekitar k.l dan agak busy dengan beberapa urusan yang sgt meletihkan.. Semalam ana baru sahaja sampai semula ke Perlis dalam jam 6.00 pagi (Terima Kasih kepada sis Adlina sebab sudi bersusah payah seawal pagi menjemput adiknya ini..I LOVE U SIS) dan seperti biasa jadual hari Isnin begitu padat dari 8 pagi sehingga 4 petang..Apapun ana gembira sebab pengarah da luluskan keempat-empat projek kertas kerja ana dan permohonan cuti 2 hari ini juga diluluskan....jadi petang ni ana akan pulang ke Port Dickson semula.....Yeahhh!!



Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini terlalu banyak kejadian, satu persatu yang berlaku. Sebab tu ana rasa sangat bersemangat bila mendengar lirik lagu MAWI di atas...tak pe Allah uji kita sabar la wahai hati....ana hanya mampu berdoa aja... Pada ana ini bukan bala ke apa ke..ntahla, pada siapa yang tahu...ana tabahkan hati je dan cube berfikiran positif n memujuk hati je walaupun dalam hati sedih juga tapi ana fikir contohnya erhm ana sakit tapi ada yang lebih teruk sampai da tahu saat kematiannya, ana penat ke sana ke mari ada kanak-kanak yang lebih penat sebab dalam usia yang muda bekerja mengangkat batu di panas mentari, ana accident kereta tapi Alahamdulillah ana dan Kak Zai terselamat sedangkan pada malam kejadian ada sebuah kereta lain yang terbakar dan nasib penumpang tidak diketahui..... Rumah ana ada hantu?? itupun ujian Allah menguji iman kita...Memang rasa risau tapi kita mengaku beriman tapi mengapa takut Makhluk lain selain Allah??



Cube kita lihat dari semua perspektif ini, ana rasa apa lah sangat..sebab tu ana masih boleh tersenyum. Makan dengan kenyang cume sebab tak sihat ni selera kurang sikit dan ntah macam tak de apa-apa yang berlaku..Cuma kadang-kadang lemah sikit sebab demam tak kebah-kebah 2'3 hari ni ditambah batuk dan selsema (Asyik sakit je tahun ni huhuhu)



Ana rasa masih boleh bergembira n bersyukur kerana...Ana masih mempunyai Ibu ayah dan keluarga lagi...Ibuayah masih menjaga ana seperti little princess mereka lagi..Ana masih mempunyai pekerjaan lagi sedangkan dalam keadaan ekonomi gawat kini dan ada yang telah dibuang kerja dan banyak lagi..jadi tiada sebab sebenarnya untuk ana bersedih atau mengeluh..Cuma sabar je lah kan..... ^_^