Thursday, September 10, 2009

Renungan Bersama

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan> di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya..

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni
syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

p/s: mudah-mudahan sentiasa menjadi peringatan buat ana dan pengunjung Blog ini juga.......

Monday, August 31, 2009

Rindu masakan Ibu..........

Hari ni da 10 hari berpuasa. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah...Perbanyakkan amalan...,paling penting pas Ramadhan ni pun kene istiqamah..InsyaAllah (peringatan buat diri sendiri)

Kuliah master da mula rasa bahang assgmnt..Macam banyak je..hehe Keje-keje kat opis pun erhmm memang banyak..Kadang-kadang ana rasa macam da cukup cepat ana siapkan sume keje tapi datang lagi keje..Tak pe la wat pelan-pelan..

Hari ni seharian mengadap laptop buat asgmnt...buat nota..buat soalan final V5080..erhm tepu-tepu.. Petang ni nak g pasar malam Changlun la..Nak cari sotong kurita celup. Hari-hari buka puasa sorang-sorang, ditemani adik (kucing yang comei ni)..Setiap kali buka mesti terpikik ibu masak apa ye ari ni..Huhuhu. Ibu ana pakar memasak. Teringat dulu kami sekeluarga berkumpul..Kalu 30 hari puasa akan ada 30 menu berasingan..Masakan ibu adalah masakan paling sedap la bagi setiap anak-anak..Sebab tu orang kata air tangan ibu ni azimat..Kemana saja kita pergi kita akan selalu teringat ibu di rumah..huhuhu

Kadang-kadang rasa nak Call tanya ibu masak apa. tapi takut menganggu ibu nak memasak and penat pulang dari kerja. Habis buka ingat nak call juga..tapi kita sendiri da bergegas untuk maghrib, tentu ibu juga..Ditambah nak bersiap untuk pergi terawih..Balik terawih ana pun da keletihan selalunya tido awal untuk bangkit awal..Nak hubungi ibu hari pun da lewat takut ganggu ibu nak berehat..Maka menjadi la pertangguhan demi pertangguhan..Kalu waktu kerja , ada kelas ada itu ada ini..Kadang-kadang je dapat..

Rindunya masakan ibu..teringin nak makan nasi ayam ibu, nasi lemak ibu, ishhh ishhh ni yang sebak ni.. Setiap kali buka selalu mesej adik perempuan ana, Nabihah..Biha sekarang kat UTM Skudai. okla..time cuti-cuti leh balik berbuka rumah atuk tak pun g umah Mak Anjang..tak terasa sangat.. huhuh cepatla cuti. lagi 3 minggu lambatnya masa berlalu..Ana rindu masakan ibu dan berkumpul bersama dengan adik-adik di rumah. Suasana berbuka beramai-ramai mesti seronnok. Rindu dengan air bandung soda ayah..Rindu dengan adik-adik ana yang akan bertelagah bila sampai turn nak kemas meja untuk sebelum makan dan selepas makan..turn nak cuci pinggan..Rindunya sume itu...Teringat kat adik ana yang bongsu Aiman..Macamana eik pengalaman pertama berbuka puasa kat asrama???

Saat ini ana betul-betul rindukan sumenya....

Saturday, August 29, 2009

IBU...............

Ibu,

Di hari yang bermakna ini,
Anakmu kelu seribu bahasa,
Ku penakan isi lubuk hati ini,
Untukmu permata jiwa hati ku.


Ibu,

Keheningan subuh kesyahduan pagi,
Tergenang air di mata ingat padamu,
Terketar tubuh pingin pelukanmu.

Rindu padamu hilang tiada,
Berat dadaku menahan keluh,
Sesak nafasku resah gelisah.

Gembiramu gembiraku,
Tawamu tawaku,
Tangismu tangisku,
Sedihmu sedihku,
Surammu suramku.

Lelahmu membela diriku,
Keringatmu menitih perangaiku,
Jasamu membesarkanku,
Tak terbayar olehku ini,
Hanya kasih cinta padamu,
Ku hulurkan sepenuh ragaku.

Ibu,

Di hari yang bermakna ini,
Serta terdahulu dan mendatang,
Anakmu menyusun jemari,
Melafaz doa dan al-fatihah,
Pohon ampun dan kasih,
Agar cinta pada anakmu ini,
Tiada noktah kekal abadi.

Tuesday, August 25, 2009

Bermonolog 2



Ana teringat pada seseorang yang pernah berkongsi dengan ana ..Antara pesannya " Janganlah mencintai sepenuhnya suami kita dan anak kita kerna kelak mereka akan pergi juga dari kita..cinta manusia kan tak kekal lama..Jadi serahkanla cinta dan hati sepenuhnya kepada Allah. InsyaAllah kita takkan kehilanganNya" Berpegangla pada cinta itu selama-lamanya............(Pesanan ini ana tujukan khas buat diri ana sendiri, sebagai peringatan tuk selamanya)



Nota buat bakal-bakal suami;


Hubungan kita dengan Allah memberi kesan lansung ,


terhadap hubungan isteri dengan kita. Baikilah hubungan dengan Allah untuk


memperbaiki hubungan kita dengan isteri.


Jangan mengharapkan ketaatan seorang isteri sekiranya kita sendiri


gagal mentaati Allah sebagai hambaNya.




Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah hari ini da masuk keje balik..Minggu ni 3 hari m.c.rasa cam tak buat apa-apa pun...tapi hari ni, cam tak bersemangat sangat nak pi keje..tatahu napa..Sumenya rasa berat..

Esok da start puasa...Seronoknya. Petang ni da boleh g terawih..perasaan tu berdebar-debar pun ada..Harap-harap Ramdhan kali ini lebih memberi erti dan makna.. Dan semoga kehadirannya itu ana memanfaatkan sebaik mungkin. InsyaAllah...

Sunday, August 16, 2009

:Muq@dimah aku kegembiraan mereka:









naz, usmie n ana....terimbas saat di mekah n madinah bersama kan

Jurucakap majlis hehee

Tetamu yang hadir

Cincin Tunang & Cincin tanda

Sahabat Baik ku Siti Nazrah..Thanx 4 coming
Adik perempuan tersayang ....

Cikgu Faridah a.k.a saudara sendir: cikgu yang mengajar kami berdua masa form 1

Bakal Ibu Mertua ku : Kucupan kasih tu

Ibu Tersayang : thanx Ibu 4 Everything really Love u


Senyuman Ayah Tercinta : Thanx Ayah I really love u


15hb Ogos, Sabtu yang lalu merupakan muqadimah awal kehidupan ana sebagai bakal zawjati ...lagi 3 bulan ana akan melalui kehidupan berumah tangga yang akan dikemudi bersama nakhodanya..Mudah-mudahan segala-galanya berjalan lancar

Alhamdulillah Majlis Pertunangan ana berjalan dengan sebaiknya, cuaca pun baik. Tetamu pun ramai ..terdiri dari saudara mara sebelah ibu, sebelah ayah, rakan-rakan ibu, jiran-jiran tetangga, sahabat ana dan 2 orang anak murid ana serta kedatangan rombongan dari pihak lelaki. 9 dulang berbalas 11..

Pada ana majlis ini adalah kegembiraan ibu n ayah ana.Ana dapat lihat cahaya kegembiraan di wajah mereka. Bahagianya hati ini dapat menggembirakan mereka selagi hayat mereka..Selagi terdaya akan ku gembirakan hatimu ibu dan ayah...............

Mudah-mudahan tempoh pertunangan ini menjadi tempoh untuk saling sama-sama memantapkan diri sebagai persediaan untuk menjadi suami n isteri nanti..InsyaAllah

** Muhasabah Cinta - EdCoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Alhamdulillah hari ini demam ana da semakin kebah..Ana tahu apabila kita sakit macam Lillah kata Allah Sayang lebih kat kita.,,InsyaAllah...Mudah-mudahan..Kalau kita sabar , banyak n besar pahalanya..

Doktor bagi ana m.c 2 hari sampai selasa dan sekiranya demam tak kebah juga ana akan ditahan di wad sebab suhu badan ana tinggi sampai lebih 40 sampai menggigil sendi2 ni..huhuh ditambah batuk dan selsema juga...Ana rasa ni demam penat kot, lagipun musim kan sekarang ..

Ana berdoa moga cepat sembuh, bukan tidak redha dengan sakit yang Allah beri tapi ana sebak sedih dan terharu dengan ibu ana. Ana sedih melihat dia sangat susah hati..Ibu yang membawa ana ke klinik, menyuap ana makan ubat, melap badan ana untuk menurunkan suhu...setiap jam ibu akan masuk bilik ana periksa keadaan ana, malam pun begitu. Ana rasa sedih, tidur malamnya tak nyenyak risau suhu badan ana naik..Hari ini ibu g meeting di K.L rasanya dari jam 7 die berangkat hingga sekarang jan 12 ada dekat 3,4 kali die call menanyakan badan ana panas lagi ke tak...Ana betul tak nak dia susah hati ..Ana tahu sakit ni Allah yang beri, & sembuh juga Dia yang menyembuhkannya..ana berdoa moga cepat sembuh dan tak ditahan wad..Ana tak nak susahkan ibu, tak nak ibu susah hati....

Alhamdulillah hari ini ana raa macam dah taj nak panas sangat dah badan ni..Dah boleh basuh pinggan, sidai baju, masak nasi untuk adik..bagus juga dapat m.c 2 hai dapat berehat secukup-cukupnya. Esok da kena balik Perlis. Pagi ni aja dekat 3,4 kali student ana call...aiya..huhuhu
sabar sabar esok saya balik la Perlis.......

p/s: bagi kelas Entrepreneur - sila emailkan saya hari ni mengenai tokoh usahawan
bagi kelas interactive authoring - sila emailkan saya multimedia application
bagi kelas event - nanti saya tgk proposal lengkap
bagi kelas theory color - please submit ur assignment today
bagi kelas design dialogues - on wednesday the program only for 3 hours

Monday, August 10, 2009

Makin Nakal nye Dia





Taaa Daaaa ni anak kucing ana yang diberi nama ADIK..heheh speselnya dia ialah kerana dia adalah seekor kucing yang pekak, tempang,manja tetapi huhuhu nakal wooo...
Sejak menjak ni kenakanlannya MasyaAllah memang menguji kesabaran..hehe.. Ana bagi die nama Adik sebab die ni muda lagi skit dari AKI (aki da pernah di upload kisahnya dalam blog sebelum ini)
Asal malam je Adik akan mula kan operasi mengacau orang tido..mengacau AKI tido..mengacau ana tido..bila kita tak layan dia akan high speech kan volume mengiau die huhu (sebab pekak die tak sedar volume die tu kuat sangat) huhuhuu..itu belum aktiviti melompat die.., lompat sana lompat sini..kadang-kadang macam nak marah je tapi kemudian gelak sendirian hahah kucing apala yang die tahu pekak lak tu..hehehhe tapi die ni pandai minta simpati kita..hehehehhe
Adik ni sangat-sangat manja..hobi die dimana ana berada disitu dia berada..hehehe kuat merajuk juga...Dulu die ni kecik, muda dari AKI tapi sekarang 3x ganda lagi besar dr aki n beratnya da 4kg huhuhu..Bila balik keje mmg terhibur dgn sikap die ni..Ekor die sangat cantik dan bulunya yang kembang itu menambah geramnya ana pada dia..Sikapnya yang manja n nakal itu memang mencuit hati ini..MMMUAAHHH sayang Adik & Aki

Chicken Mandy Nyum Nyum...



Ni Chicken Mandy di bumi Pilgrim tu

Ni Chicken Mandy di Ampang Walk

Seriusly, ana sangat teringin and mengidam untuk makan makanan di atas ni..Namanya Chicken Mandy..seriussss sedap..

First Time ana makan makanan ni masa menunaikan umrah..Dari perjalanan Madinah ke Mekah kiranya di hentian RnR di sana..kami makan dalam dulang ramai-ramai..huhu sejak tu ana terus jatuh cinta dengan makanan ni..Kat depan Masjidil Haram ada satu shopping complex dan didalamnya ada jual Chicken Mandy tu..tapi masa tu ana tak de team nak makan makanan ni sama-sama. Sebab ibu n ayah tak berapa gemar..(masa tu rindu kat adik-adik kalu diaorg adik leh wat tema melantak makan hohoh)

Ni bila balik Malaysia..budak-budak ni kata ada kat Amapang Walk..dan diaorg pi makan minggu lepas (Really ?? Eiza kata sedap..huhuh jelesnya..nak juga!!) Minggu ni kalu sempat ana nak singgah Ampang la semata-mata Chicken Mandy ni..ehhehe Naz t kita g sama ea..hehheeh



: ~ Zikir Fatimah ~ :

Ana rasa kebelakangan ni ana rasakan macam keletihan melampau..Mungkin keje yang makin hari makin bertambah..'Biasalah keje sampai bila-bila pun takkan habis'..Tapi kenala buat sikit-sikit..Aturkan pengurusan masa yang baik..paling penting jangan tangguh keje..'Once tangguh' Alamak!! makin menimbun la jawabnya (nasihat untuk diri sendiri ni )

Gunakan la segala jenis milestone, timelines, schedule apa sajalah yang boleh untuk clasifiedkan setiap kategori kerja n perjalanan setiap keje..Paling BEST bila melihat setiap keje dapat dilaksanakan dan dipotong apabila selesai...heheeh(Yahoo!!!)

Letih..ada la..tapi mungkin ada yang lebih letih lagi dari ini..hehe tapi tu ar kemampuan kita setiap manusia berbeza...Thanx kepada Lillah yang mengingatkan ana dengan ZIKIR FATIMAH ni..serius ana pun terlupa...Zikir ni Nabi Muhammad s.a.w kepada puteri baginda Fatimah apabila puteri baginda mengadu keletihan menguruskan urusan rumahtangga.....

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya;
Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku.
Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x,

maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.

Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.


P/S: Pasni jadikan ini sebagai satu amalan ye....InsyaAllah