Assalamualaikum....
Alhamdulillah, pagi ini kelihatan indah sekali..Akhirnya setelah semalaman ana berfikir, hari ni ana harus pulang ke Perlis. Bukannya apa, pada mulanya ana terfikir untuk pulang keesokkan harinya..tetapi memikir lambakan kerja yang akan menanti pada hari isnin dan juga kelas ana, rasa ana harus pulang awal agar dapat berisitirehat dan menghilangkan penat badan setelah pemanduan yang jauh..
Seawal pagi ana khabarkan berita yang ana ingin pulang pada ibuayah..Kulihat sedih di hati mereka, Ye sbg ibuayah setelah 2 minggu ku luangkan masa bercuti bersama kini ana ingin pulang menunaikan tanggungjawab pula kepada anak bangsa...
' ibuayah, izinkan along pulang dulu..InsyaAllah bulan 12 ni kita akan berjumpa, berkumpul dan bersama lagi....'
Perjalanan 8 jam ni akan ditemani AQI anak kucing ana...Sudah semakin nakal die sekarang dlm proses pembesarannya banyak kesabaran ..argh, ini baru seekor kucing, bgmana pula anak sendiri nanti ye..
Kepulangan kali ni beberapa check list kerja yang harus disenaraikan..Terutama dgn konvo yang tinggal lagi seminggu. Edufest dan juga penilaian markah berterusan pelajar..Ya Allah berilah hambamu ini kekuatan..
Seperkara lagi yang ana harus fikirkan mengenai keputusan ana dalam membuat pemilihan menukar tempat kerja..Ana masih buntu dalam membuat keputusan. InsyaAllah,, pulang ke Perlis nanti ana akan usahakan Isthikarah buat diri ana. Mudah2an Allah berikan petunjuk dalam membuat keputusan yang terbaik..
Friday, October 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment