Thursday, February 26, 2009

Hidup ini....

Peringatan dan tazkirah buat diri ana,.......

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan azab.......nauzubillah

::Kerana cuka setitik..::








bersama anak-anak p.a ku di Langkawi

Pagi tadi kelas V5080 bagi student DDS6, hampir half dr class berkenaan datang lewat..Actually my P.A student (mama wif 18 anak segera mcm jun cakap)...ana memilih tajuk sedemikian macam Miji membebel kat budak-budak ni, kerana nila setitik rosak susu sebelanga..betul betul betul setuju..


Well my dear, apa yang dilakukan oleh mama bersebab kerana kalian telah diberi peringatan pada awalnya.


1. Jangan ponteng kuliah kerana paper ini ada final exam nanti tak leh jawab exam

2. Jangan datang lewat kerana kalian akan ketinggalan apa yang diajar ini kerana soalan exam adalah berdasarkan bank soalan
3. Tidak ada sebab untuk kalian datang lewat ke kelas kerana pagi itu kalian tidak ada kuliah jadi sila tepati waktu

4. Kalian adalah pelajar semester 6 yang tak perlu dan tak wajar sekiranya pensyarah kalian nak marah, denda atau beri peringatan lainlah adik-adik junior kalian....
5. Dan kalian seharusnya sudah cukup masak dan mengenali mama kalian kerana kalian sudah diajar oleh dia semenjak dari semester 1 lagi. (^_^)

Setelah diberi peringatan, barulah dikenakan hukuman, tak gitu? Kalau ikut Sunnatullah pun begitu.

Pada hemat ana masalah sebegitu tidak akan timbul andai kalian semua punya rasa bertanggungjawab terhadap diri masing-masing. Menghormati masa. Betul atau tidak? Makanya, sama-sama yang rugi apabila pensyarah *8%&@#5 hehhehe. Inilah apa yang dikatakan "Kerana cuka setitik habis rosak madu semuanya".

Jadi diharapkan selepas ini, kalian lebih peka terhadap masa..Jangan Lewat datang kelas lagi ok!!
Ana sangat tidak suka sekiranya pelajar ana lewat ke kelas. Tapi ana tak pernah kunci pintu, halau atau hukum. Paling pun biasanya ana akan membebel sikit..itu hak mereka untuk belajar walaupun mereka lewat tapi selagi mereka datang ke kelas kita tetap kena ajar..Cuma mereka yang rugi lah..
p/s: Anyway ana sayang mereka ni..^_^....(anak kita kan walaupun instant) dan ana antara mama segera di JRV tu yang tak perlu nak nyanyi lagu Budak Hitam...(lagu kak zai kepada anak p.a nya..11 budak hitam 2 repeat l.i tinggal 9 hehhhe - jgn mara k.zai !!)

Wednesday, February 25, 2009

:: Kota keriangan Kota kemaksiatan::




"Once the goals have been clearly defined, with the greatest amount of determination and hard work, one can conclusively realise one's goals."

- Tan Sri Lim Goh Tong, Founder
This entri ana tulis, ekoran kepulangan ana dari Kota ini baru-baru ini juga...Kalau cakap Genting Highlands..rasanya semua orang pernah pergi ke kota itu. Samada untuk pergi berhibur bersama teman-teman, keluarga atau menghadiri mesyuarat ....Ataupun untuk berehat...


Suasanya yang sejuk, rasanya sekarang da kurang skit kecuali this lately selalu hujan jadi kesejukan tu terasa esp waktu malam..Gemerlapan lampu-lampu dari hotel dan dari taman tema samada outdoor mahupun indoor..Restoran fast food yang kebanyakannya beroperasi 24 hours dan sehingga ke larut malam masih lagi terdengar pekikan dan jeritan pengunjung yang bermain di taman tema dan juga mereka yang baru selesai bermain kasino..Boleh dilihat juga bermacam-macam ragam pengunjung yang datang ke kota itu samada dari dalam Malaysia sendiri ataupun dari luar negara.. Ada yang datang berseorangan, ada yang datang bersama teman-teman, ada yang datang bersama keluarga, ada yang datang dengan rombongan dan ada yang datang berdua ..(yang ni banyak la esp time nak check in hotel...huhuh ) Fashion pakaian juga bermacam-macam type yang boleh dilihat dan dicuci mata..Harga makanan macam biasa up sikit dari kebiasaan...


Kalau kita berada di kaki bukit mesti kita terpikik macammana la Tan Sri Goh Tong tu dapat idea kan.. jadi rujukla laman web ni..http://www.genting.com/history/index.htm..

Ana kagum jugak la ...dengan bukit dan hutan itu dapat dibina sebuah kota yang gah sebegitu..Sekarang pembangunannya semakin di enhance kan lagi..erhmm..

Sunday, February 22, 2009

^_^ Puteri Gunung Ledang The Musical Season III


Hang Tuah & Gusti Puteri Raden Ajeng Retno Dumillah


bEFORE sHOW tIME..


Taken from my seat's angle


















Akhirnya ana sendiri dapat menyaksikan life, teater PGL ini dengan jarak hanya beberapa meter sahaja dari pentas. Apa yang ana dapat katakan, teater ini memang SUPERB!! mungkin dengan kos yang berjuta-juta maka dapat dihasilkan cerita sejarah melayu lama ini dengan menarik..Salah satu proses pengajaran dan pembelajaran sejarah kepada generasi sekarang..

Persembahan pada malam itu juga menjadi lebih menarik dengan kedatangan Pak Lah dan isterinya. ^_^

Pada ana cerita ini, sebenarnya mempunyai banyak mesej yang tersirat dan tersurat..ok ini daripada pandangan ana la.tapi tak lah ana analisis sampai ke akarnya..secara overview..

Kita lihat pada Sultan Mahmud yg dilakonkan Adlin Aman Ramli. Bersahaja dan menghiburkan. Dgn lagak yg very da ’I’m a king so I want what I want’ menampakkan bagaimana Sultan Mahmud dlm catatan sastera sgt menghendaki Gusti Putri. Dan 7 syarat yg dikenakan dari 2 jambatan emas dan perak, 7 dulang hati kuman and yg terakhir sekali, semangkuk darah Putera Ahmad (of course anda semua pernah baca sastera kan?) sebenarnya menyembunyikan hajat sebenar sang Puteri. Iaitu Puteri tidak mahukan Sultan. Dia nak Hang Tuah juga... (Dh org tak nak,paham-paham le...).

Bila nafsu merajai hati, adakah anda mahu bertindak bagai Sultan Mahmud yg hampir membunuh anak sendiri?
Think. YOU MUST THINK before you act.

Hidup ini banyak pilihan namun...

“Kisah dua jiwa Di kemuncak yang teragung Cinta dan setia Pengorbanan yang tak ternilai”

mereka memilih untuk setia. Mereka memilih untuk berkorban....(erhm berbaloikah eik??) Ada lagi ke kekasih yang setia seperti Hang Tuah dan Gusti Puteri?? Adakah lagi sekarang ini???

"Kuhinakan diriku untuk merengkuh cinta sejati, Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku, meski sekilas kurasa namun akan menjadi bekal hingga akhir zaman..."

Cinta sejati & kekal abadi adalah cinta kepada Ilahi.......^_^

Apapun ana rasa teater ini memang best...Ada pengajaran yang boleh diambil kira..tak sabar nak tunggu bulan March ini, ada teater Ibu Zain di Ampang..InsyaAllah akan menyusul...Dan juga RUBIAH..teater pelajar jabatan ana di panggung budaya Kangar..

Ana suka part:

MUZIK..

TARIAN...(Culture Majapahit mmg cun!!)

Lawak para pelakon teater...

MAGIC

PROP

SCRIPT

CUSTOME DESIGN

MAKE UP ARTIST

Ana analisis:

KESETIAN RAJA..CINTA...

PENGORBANAN..RAKYAT..CINTA..

ADALAGI KE CINTA SEDEMIKIAN??? hehhehe

kalau benar, erhm berapa purnama ea Gusti Puteri belayar sampai ke Melaka. Kemudian setia menjadi penunggu di Puncak Gunung Ledang, kemudian terus menunggu..SETIA MENUNGGU..Erhm..ni berapa bulan pun dah...hahhahaha ^_^

~~ Peadagogy..Andragogy...~~

PEADAGOGY : is the art or science of being a teacher

ANDRAGOGY: consists of learning strategies focused on adults

Since ana habis study di UPSI ana pun da lama tak menggunakan ayat ini.Peadagogi..Andragogi.. Ok, ana ni kira kategori andragogi la sebab mengajar pelajar dewasa..bukan lagi kanak-kanak..seperti di tadika atau di sekolah rendah tu..
Mengajar atau lebih tepat mendidik "kanak-kanak dewasa", ini sebenarnya sangat la mencabar terutamanya kita ni pun jarak umur 2, 3 ..4 tahun je bezanya..Dengan keadaan semasa sekarang..macam-macam la ..kadang-kadang pening pala gak bila berhadapan dengan kerenah mereka ini..
Kalau anak-anak kecil, boleh dinaik suara atau menjengilkan mata..tapi kalu kategori kanak-kanak dewasa ini ..bolehkah kaedah sedemikian dipraktikkan??? Silap-silap mereka pula yang menaik suara atau menjeling tajam kat kita..
tajuk ni ana tulis ekoran dari satu persatu kerenah pelajar-pelajar kebelakangan ini. Yang ana rasa pelajar kanak-kanak dewasa ini aja yang melakukannya..Sebab kanak-kanak tadika atau sekolah rendah tak mungkin kan??!!..Hheheheh..Memikirkan kaedah pendekatan penyelesaiannya pun kadang-kadang memeningkan pala. Semuanya nak guna psikologi..Silap-silap kita yang psiko..hehehe
Tapi inilah tugas pendidik. KITA MENDIDIK AGAR MEREKA TERDIDIK..
Kalau disenaraikan satu persatu ragam mereka ni, aiya..memang geram je kalu diikutkan hati ini...Tapi sebenarnya kita sendiri kene turn pandangan tu kepada positif view..Kenapa ana panggil mereka ni dalam kategori kanak-kanak dewasa kerana sebahagian dalam diri mereka masih ada fasa pendewasaan..ewahh..dan separa lagi masih ada dalam lingkungan keanak-anakkan..
p/s: Jap agi mijie nak wat sesi soal jawab..Katanya 10 orang yang nak dipanggiL. K.Zai plak pening dengan budak-budak l.i tu..nana junior dan luqman ..aiya, macam-macam budak2 sekarang.Semuanya sangat advance..huhuh

Tuesday, February 17, 2009

Wahai hati, tenangla...

*****
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah:216 ]

*********

Monday, February 16, 2009

Menunggu...^_^ (respon kepada Tick Tock menghitung hari)


Ana tidak nafikan tiada aktiviti yang paling membosankan melainkan menunggu. Kesabaran diuji...^_^


Ibu ayah menunggu tumbuh besar anak-anaknya. Ana menunggu Aki dan Adik membesar..Ana menunggu peluang untuk sambung pengajian..Ana menunggu dan menunggu macam-macam nak ditunggu..Rakyat menunggu kebijaksaaan pemerintahnya.. Para gadis menunggu jodohnya. Pekerja menunggu akhir bulan..Pelajar menunggu cuti.. Ibu yang mengandung menunggu due date..Semuanya menunggu..


Ada masa kita rasa apabila menghitung hari terasa lambatnya masa itu berlalu..Energi kesabaran akan cepat habis kalu kita fikir begitu..Jadi bagaimana ana memujuk n memupuk hati untuk jadi seorang penunggu yang sabar iaitu dengan menghayati dan menikmati setiap saat yang berlalu itu dengan sesuatu yang berfaedah, menikmati suara merdu tick tock tick tock pengantian jarum jam, merasa keseronokkan memotong hari di kalendar dan melihat setiap tempoh minggu itu menjadi berkurang..hembusan angin dari setiap hari yang berlalu..kerana setiap hari sentiasa mempunyai cerita yang berbeza..Pengantian siang dan malam, bulan dan bintang dan permainan seribu satu pengharapan yang tak pasti...


Nikmatilah! Insya Allah, menunggu menjadi sesuatu yang sangat menyenangkan. Seperti memandang taman indah di tepian sungai.


Apapun, muslim dan mu'min yang baik itu 'munadzzam fi syuunihi' (kata ustazah terancang urusannya). So, mulakanlah hari ini. Mulakan dari dirimu. Mulakanlah dengan yang kecil. Plan your work, work your plan, plan ur future walaupun kene menunggu ! ^_^



Setia menunggu ^_^

Wednesday, February 11, 2009

Tick Tock.Tick Tock Menghitung hari.....




menghitung hari
detik demi detik
masa kunanti apa kan ada
jalan cerita...... kisah yang panjang
menghitung hari


Macam banduan plak kan. Setiap pagi, sampai sahaja di opis ana akan memangkah satu hari di kalendar ana..sekarang da bulan 2..Ana menghitung hari, menghitung minggu, menghitung bulan..
Apa yang ana nantikan??? Hanya Allah sahaja yang tahu , apa yang ana rasa..apa yang ana tunggu..heeheheh

kalu ikut perkiraan hari ini...

Lagi 16 minggu peristiwa penting dalam hidup ana..InsyaAllah

Lagi 20 minggu sebahagian cita-cita ana akan terlaksana..Alhamdulillah dan InsyaAllah

Lagi 18 minggu erhmm.....biarla rahsia tak besh sepanjang waktu ni....

Lagi 25 minggu erhmmm..tak sabarnya tunggu yang ni..^_^..

Sunday, February 8, 2009

Hari makan MAMA bersama ANAK-ANAKNYA..

Makan time..

Nampak tu berselera sungguh anak-anak ku makan

Bakal-bakal isteri mithali Ni Fyza . menggoreng bagedil


Ni Ayu,..buat-buat rajin..hehhe memang rajin pun untung fazli hahaha


Ni pun Fyza, die ni memang rajin..Lagi untung Syakir



Yang ni Syakir n Safwan, suh buang ekor tauge..kepala taugeh yang ilang..aiya


Ni Asyaraf n Abhar, tukang blender, tukang hidang , tukang jaga ketuhar kek..serbe boleh kononnya


Macam ni la memasak dengan senyuman indah dr syakir




Sheril, dok molek-molek deh...^_^

Iron Cheff...Ni Fazli

Ni Akmal, tengah bilas ayam...rajin kan ^_^
Seawal pagi, ana bersama Fyza n Syakir...da keluar pergi ke pasar nat di PAUH. kitaorg beli ayam 4 ekor dari akak Adibah Nor (iras-iras sebenarnya) dan juga sayur-sayur tak lupa juga udang...

Pagi itu, menu kitaorg ROTI CANAI, FUN FRIES, & APAM BALIK....(Failed diet ana)
kemudian berjuang untuk ke menu-menu seterusnya. Alhamdulillah, anak-anak P.A ana semuanya boleh diharapkan. Baik yang lelaki mahupun yang perempuan. erhm, ni semester akhir mereka..sedihnya pasni tak dapat bersama n berkumpul macam ni lagi. Sekarang ni pun susah dah nak kumpulkan semua..huhuhu da besar-besarkan, sejak mereka sem satu lagi aktiviti kami memasak bersama tu macam da rutin..
Cuma kali ni, macam best je anak-anak ku kata " Kitaorang pulak kali ni masak untuk ma, ma relax je" Hohoho..memang BEST dengar ayat tu.. tapi ye la sekadar penyedap halwa telingga la...ana kene turun padang juga...yelah, nak dibiarkan pun kelam kabut juga tadi..Apapun, ok tadi berjalan seperti yang ana rancangkan bersama

Menu tengahari, ialah NASI AYAM, petang itu MEE REBUS (yang ni dayah sorang je buat sbb da dia je yg tahu buat) dan SOTO ...Side Menu - Puding Koktail dan Kek coklat (...Alhamdulillah, memang semuanya tadi pulang dengan kekenyangan yang amat...walaupun keletihan , tapi seronok tengok mereka makan...Dan seronoknya memasak untuk mereka ni selama ni pun sebab mereka ni macam automatik sendiri pandai n ada shift ...team mengemas, menyapu, mengemop dan menyusun pinggan..heheheh bagus-bagus tak yah upah bibik hehhehe

Terima Kasih anak-anak ku...

P/S: Asyaraf, ma nak pinjam PSP tu ..heheh bile nak bagi deh??
Jury ..Dayah. ma cari gamabr korang tapi tak jumpa..Minta Mahap la yea..hahaa

(";) Homesick..huhu..HOME SWEET HOME


Sehari dua ni, ana rasa RINDU sangat kat rumah..huhu. Kalau nak ikutkan dari hari Jumaat lagi gerak hati ni rasa nak balik pee dee aja..tatahu kenapa..Tapi yang ana tahu ana rindu kat rumah..kat bilik ana di Pee Dee, Kat ibu ayah..(masakan ibu, sbb tu bila balik pee dee ana sgt malas memasak), nabihah my sweet sis..teman berbual dan teman bergaduh..Haziq n Aiman, syok sakat budak dua orang ni especially Aiman..boleh je nak bawa berjalan ke hulu ke hilir budak-budak ni..heheh (pasar malam Bt 4 pun jadi lah) dan Angah, walaupun jarang ada umah n suke merajuk dgn ana (sbb berbalah) tapi die tetap adik ana...Rindunya suasana di rumah..


Mungkin bila terlalu banyak keje n rasa terlalu banyak yang ingiin difikirkan dan masalah yang datang tak putus-putus, berada di samping keluarga adalah saat yang kita rasa tenang dan bahagia sekali. Kita di kelilingi insan-insan yang menyayangi kita...Ana pun tatahu bile lagi nak pulang ke Pee Dee.huhuh

p/s: Rindunyaaaa nak balik pee dee.......kalau ada Doraemon, ana nak pinjam pintu suka hati..

Tuesday, February 3, 2009

Mari lah bekerja..*_*

Bekerja n terus bekerja..

Check List...

1. Animation Interactive DBP punya (ada 6 buah buku)
2. Buku Program and program For Program Finishing School 16 feb
3. Buku Program and program For Untukmu GAZA 25 Feb
4. Lawatan ke FINAS n persembahan PGL trip to KL 18 -20 hb
5. Kertas kerja for DDS ~ Le' Copaque, ASPATI n lain-lain - (HEP lagi , company nak deal lagi)
Lawatanya balik dr PGL n Finas - Ahad mlm tu 22hb
6. Printing Room - Lawatan Pengarah dan Print testing tuk STicker kat plotter tu,,...
7. Deal with prografik about quotation..kedua-dua buku program
8. lepas settle sume kene email kat kak Kasnita prografik..tapi bahan nak cari mana la ni..huhu
9. Kertas kerja untuk PLKN - "Budget" "Check" "Deal" "Prepare"
10. Kertas kerja untuk Sekolah-sekolah Negeri Utara - "Budget" "Check" "Deal" "Prepare"
11. KSP Quality 2008 - kak Ani dah minta huhu
12. Assignmnt student / preparation
13. PKENP - E.Hasnan talk n workshop (When?? kata bulan 2 )
14. Buku Library
15. Baca n Semak report L.I n Buku Harian student L.I dan set time untuk interview mereka
16. Update akaun jabatan n serah tugas pada kak nadia n hadiah kak ton dapat baby gurl
17. Esis - kak ayu da suh update..lupa password kene kol syarain unit multimedia
18. Azizul punya Cd Interactive - 12 animation principles (casing..cover)
19. Settlekan Bil Utiliti - kereta, air, broadband, celcom
20. Kajian lapangan Landas - topik sex bebas
21. Turun Lapangan bulan 2 juga
22. 21hb Wedding AIZA kat Jitra
23. 14hb Mac Wedding Harlyna kat Kulim
24. Susun schedule for design dialogue sbb bulan 3 nak Observe student L.I
25. Nak tgk cite Ong Bak 2 heheh selingan
26. Jahit manik baju kak Adlina
27. Awal bulan 4 Konvo POLI tugasnya kat bahagian percetakan..huhu

...jgn mengeluh sebab bersyukur ada keje..gagaga (^_^) but ths moment really miss my IBU n AYAH n Adik-adik...nak balik umah huhu Homesick la plak da beso-beso ni..huhuh

Monday, February 2, 2009

~ MEOW ^_^ kucing & islam ~~

Pagi ini ana terasa ingin berkongsi sedikit mengenai kajian sains yang ana jumpa artikel mengenai kucing..Ana memang seorang penggemar kucing. Tapi masa zaman kanak-kanak dulu ibu dan ayah ana memang tak izinkan ana untuk membela kucing..apakan daya,teringat ana kes 2 ekor anak kucing yang ana pernah bela masa sekolah dulu, semalamam ana menangis kerana kesilapan ana juga tak kemas maintenance mereka 2 ekor..huhhu.Di sini di Perlis ana boleh la nak kata tinggal sorang, umah ana sendiri (hak kerajaan) jadi ana telah membela kucing-kucing yang terbiar di tepi jalan bermula dari mereka kecil lagi sehinggala tiba masa mereka boleh survive. Tapi kali ini, AKI & ADIK ana rasa macam sayang nak lepaskan mereka pulak terutama keadaan ADIK yang pekak (anyway, type of persian cat) dan AKI yang menjadi kesayangan ramai.

Ok, terlebih dahulu, fakta mengenai kucing ini ana jumpa lebih berkaitan dengan AKI. Di satu bahagian nanti baru ana akan kupas mengenai kucing dalam perspektif Islam.
Tahukah anda,

Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!

Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!

Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini! (adakah AKI ??)
Jom tengok penjelasan sains!
Kucing, ataupun kita manusia, ataupun apa-apa jua hidupan di dunia ini, adalah terbina dari susunan-susunan juzuk DNA dalam diri masing-masing. DNA adalah dianalogikan seperti blueprint, yang mengandungi arahan, maklumat, kod-kod, rahsia-rahsia dan sebagainya yang menentukan sesuatu organisma individu tersebut. Rahsia DNA manusia masih belum dibongkar sepenuhnya lagi, terdapat berbillion-billion kod-kod tertentu yang menentukan setiap aspek ciri dalam diri kita. Malah, terdapat teori, yang jangkahayat manusia turut ter-enkripsi dalam DNA kita!

DNA yang telah disusun, dipanggil kromosom. Kromosom adalah set DNA terdapat di dalam sesebuah sel organisma. Bilangan kromosom adalah berbeza-beza mengikut organisma. Manusia, contohnya, mempunyai 46 kromosom dalam bentuk berpasangan (23 pasangan). Satu kromosom berpasangan tersebut berasal dari ayah, manakala satu lagi berasal dari ibu.

Dalam setiap organisma berjantina, terdapat 2 kromosom khas iaitu Kromosom X dan Kromosom Y. Kromosom adalah dalam bentuk berpasangan. Pasangan antara X dan Y menentukan jantina kita. Sekiranya seseorang mempunyai kromosom XX, maka ia adalah perempuan. Dan jika XY, maka ianya adalah lelaki.

“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui”.
(Surah Yaasin: 36)
Untuk dipendekkan cerita, kita pergi pada kucing terus. Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing, adalah warna bulu kucing, dan ciri ini ditentukan oleh kromosom X.
Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucing yang dikawal oleh allel dalam kromosom X, iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo). Allel adalah ciri-ciri yg disandarkan pada sepasang gene dalam kromosom.

Analoginya sebegini. Warna asal kucing adalah putih (tiada warna). XO adalah “cat” berwarna cerah(oren). Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang). Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna!

Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warna, atau turut dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”, kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaitu XO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak. Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut, kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X! Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX!
Kucing Jantan 3 Warna?

Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu? Dari mana datangnya?
Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetik yang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome. Klinefelter Syndrome berlaku apabila kromosom yang menentukan jantina seseorang (seseekor?), yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.

Seperti yang kita ketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY. Manakala perempuan/betina pula, adalah XX. Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY. Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan (kerana kehadiran kromosom Y), tetapi adalah mandul (infertile)! Justeru, kucing jantan yang mempunyai 3 warna (kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna), pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan justeru itu, mandul!

Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya”? (Tak lama lagi AKI akan boleh mengawan, ana harap dia tak mandul hhehe)
Kucing Chimera?

Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera. Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi, iaitu 2 zygote disenyawakan secara serentak, malah bergabung menjadi satu embryo ketika proses pembentukan di dalam uterus ibu!

Jadi, apa itu chimera? Bayangkan, 2 zygote kembar tidak seiras ini, mempunyai jantina yang sama, bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterus, menjadi satu! Chimera tersangatlah jarang terjadi, hanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkan sepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.

Begitulah juga dengan kucing chimera. Asalnya dari 2 zygote yang sama jantina tetapi berlainan warna, kemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing - jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah! ( AKI are u??)

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."
[13:3]
Kucing dan Islam!

Islam itu syumul (lengkap), hinggakan panduan untuk berinteraksi dengan haiwan pun ada! Ya, sungguhpun tidak dinyatakan dengan jelas di dalam alQuran, tetapi banyak sangat peristiwa-peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W mengenai haiwan, yang menjadi panduan kepada kita. Bukankah baginda itu sebaik-baik role model?

Menyayangi haiwan, adalah sunnah Rasulullah. Islam sangat-sangat mengajar umatnya untuk mengasihani haiwan, terutamanya yang jinak seperti kucing. Kalau kita tengok, negara-negara maju seperti di kawasan Eropah mahupun di sebelah timur (Korea dan Jepun), keprihatinan terhadap haiwan amat dititikberatkan. Pusat-pusat pemeliharaan (adoption center), persatuan-persatuan membela nasib haiwan dan sebagainya ditubuhkan, dalam usaha memanifestasikan kasih sayang terhadap haiwan.

Barat mendakwa, seorang individu bernama Richard Martin adalah orang pertama di dunia yang membela haiwan, ketika dia menubuhkan Persatuan Anti-Kezaliman Haiwan pada tahun 1824. Tetapi mereka tidak tahu, jauh lebih lama dari itu, hampir 1500 tahun dahulu, Rasulullah telah terlebih dahulu mensyariatkan umat Islam untuk berlaku baik terhadap haiwan! Nak tahu kisahnya?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, sesungguhnya Rasulullah pernah besabda:

"Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu."

Subhanallah! Alangkah mulianya berbakti kepada haiwan, sehinggakan dosa yang begitu berat pun boleh diampunkan! Banyak aspek kita boleh lihat pada hadis ini. Pertamanya, wanita tersebut adalah pelaku dosa besar, iaitu berzina (pelacuran). Namun, bukan itu yang diambilkira, sebaliknya keikhlasan wanita tersebut. Wanita tersebut bersimpati dengan seekor anjing! Walaupun anjing merupakan binatang najis mughallazah, tetapi ia tidak bermaksud kita perlu memandang jijik terhadap binatang tersebut. Wanita tersebut tetap sudi membantu anjing tersebut! Itu keikhlasan yang pertama. Yang keduanya, “ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya”! Ini menunjukkan, betapa nekad wanita tersebut untuk membantu si anjing yang kehausan.
Jelaslah keikhlasan dan ikhtiar yang dilakukan wanita ini, yang datang dari hati yang suci, itulah yang menjadi sebab kepada pengampunan dosa beliau.

Dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

Satu lagi kisah mengenai haiwan, iaitu kucing. Seorang wanita yang menzalimi kucing. Dia mengikat kucing tersebut, malah tidak memberi makan, dan tak bagi pula kucing tersebut cari makanan. Ini menunjukkan betapa keji dan kerasnya hati wanita ini. Dan neraka jualah tempat akhirnya.

Maka kita boleh lihat sendiri, betapa besarnya kelebihan menyayangi haiwan! Dan seperkara lagi, ana tidak berapa setuju tentang sesetengah kepercayaan orang tua yang mengatakan
"Anak dara tak elok membela kucing nanti tiada jodoh dan susah dapat anak. Sebab kucing akan doakan macam tu sebab takut bila kita kahwin and dapat anak kita tidak menyayangi mereka lagi"
MasyaAllah, terus terang ana tak boleh terima pernyataan di atas ..walaupun seringkali dan acapkali di ucapkan kepada ana. (Hanya tersenyum n tersengih sahaja yang mampu ana berikan ) Ini kerana tiada satu hadis atau ayat Quran pun yang ana jumpa berkenaan situasi di atas. Bukankah jodoh, ajal dan maut itu, Allah dah tentukan sejak kita dalam kandungan lagi..Dimanakah kepercayaan kita kepada Qada & Qadar yang Allah dah tetapkan??
"Orang yang penyayang akan disayang oleh Allah Yang Maha Penyayang..Maka sayangilah penduduk bumi, maka penduduk langit akan menyayangi kamu" Hadis Qudsi

:: Satu Hati 2 ::

"This video brought a tear to my eye, and also reminded me if any ignorant Jew hater dare come at me with false theories of Israel, who we are as a people, our hearts, our passions, our intellect, our humor, our creativity, and lastly, our faith in Hashem, if ANYONE dare tell me some little Palestinian dying is my fault, simply because his/her own people don’t care to make a better life as we have with our own people, I will hold myself back from destroying them on the spot, because I’m a Jew "

Lebih kurang demikian antara Lirik lagu kebangsaan Yahudi (Israel)..Bile baca kali pertama rasa nak tergelak pun ada..Tapi bila baca kali kedua memang rasa nak nangis teresak-esak, terutama bila mengingatkan video-video clip yang ana SHARE n PAPARKAN di dalam kelas tadi (Lebih kepada kesedaran buat pelajar ana)

"his/her own people don’t care to make a better life as we have with our own people"

Lihatlah, kita sebagai umat islam sendiri tidak bersatu hati, tidak berkerjasama, tikam belakang, mengumpat keji, memfitnah, mengumpat dan hasad dengki. Sedemikianlah kita sendiri yang tidak menunjukkann contoh terbaik kita sedangkan ISLAM itu sebenarnya sesuatu yang suci , lembut dan bersih.....

kata orang yahudi…umat islam bukanlah apa-apa selagi bilangan jemaah subuh tidak menyamai bilangan jemaah solat jumaat

Hari ini, ana cube menyentuh hati pelajar pelajar ana agarnya mereka bersyukur dengan segala kesenangan dan kemudahan yang mereka perolehi untuk menuntut ilmu. Dan juga untuk menyedarkan mereka agar ada sifat AMBIL TAHU tentang isu semasa yang berlaku kepada umat islam sedunia..(Kesedaran buat ana juga huhu)

Ya Tuhan! Kau buat kusendu akan dampak perpecahan di kalangan kami.