Monday, February 16, 2009

Menunggu...^_^ (respon kepada Tick Tock menghitung hari)


Ana tidak nafikan tiada aktiviti yang paling membosankan melainkan menunggu. Kesabaran diuji...^_^


Ibu ayah menunggu tumbuh besar anak-anaknya. Ana menunggu Aki dan Adik membesar..Ana menunggu peluang untuk sambung pengajian..Ana menunggu dan menunggu macam-macam nak ditunggu..Rakyat menunggu kebijaksaaan pemerintahnya.. Para gadis menunggu jodohnya. Pekerja menunggu akhir bulan..Pelajar menunggu cuti.. Ibu yang mengandung menunggu due date..Semuanya menunggu..


Ada masa kita rasa apabila menghitung hari terasa lambatnya masa itu berlalu..Energi kesabaran akan cepat habis kalu kita fikir begitu..Jadi bagaimana ana memujuk n memupuk hati untuk jadi seorang penunggu yang sabar iaitu dengan menghayati dan menikmati setiap saat yang berlalu itu dengan sesuatu yang berfaedah, menikmati suara merdu tick tock tick tock pengantian jarum jam, merasa keseronokkan memotong hari di kalendar dan melihat setiap tempoh minggu itu menjadi berkurang..hembusan angin dari setiap hari yang berlalu..kerana setiap hari sentiasa mempunyai cerita yang berbeza..Pengantian siang dan malam, bulan dan bintang dan permainan seribu satu pengharapan yang tak pasti...


Nikmatilah! Insya Allah, menunggu menjadi sesuatu yang sangat menyenangkan. Seperti memandang taman indah di tepian sungai.


Apapun, muslim dan mu'min yang baik itu 'munadzzam fi syuunihi' (kata ustazah terancang urusannya). So, mulakanlah hari ini. Mulakan dari dirimu. Mulakanlah dengan yang kecil. Plan your work, work your plan, plan ur future walaupun kene menunggu ! ^_^



Setia menunggu ^_^

No comments: