Tuesday, November 17, 2009

Buat Diri ku dan dirinya....


Rasanya da lama tak update blog..sibuk ke?? ntahla..Macam motto tunang ana kat ym dia...

"I'm so busy doing nothing that i can't doing anything else"...


Malam ni ana da nak gerak balik Negeri Sembilan..Ada BTN..huhu ayah akan hantar dari Pee dee ke Kem di Shah Alam..Masih anak ayah lagi ana ni..T.q Dad..


Dan ana tinggal sebulan je lagi tuk selesaikan persiapan perkhawinan ana ni..Tinggal persiapan hantaran dan mencari baju nikah...erhm sempt ke eik? Sempat..sempat..


Buat bakal suami ku...InsyaAllah selepas BTN ni mungkin kita boleh berjumpa untuk sama-sama membeli barang hantaran ye... ^_^.. Terima Kasih atas kesabaran mu menunggu dan memeri ruang pada ana untuk menyelesaikan kerja-kerja ana...(amat-amat menghargai)




Terima Kasih juga pada IBU & AYAH yang telah melahirkan, mejaga dan membesarkan ana..Memberi pendidikan dunia dan akhirat...Terima Kasih.......Ana da 26 sekarang dan tak lama lagi ana akan bergela isteri orang.....Terima kasih ibu ayah kerana sentiasa mendoakan kebahagian anakmu dunia akhirat....doa la semoga anak ini menjadi isteri yang solehah..InsyaAllah


dan buat bakal suamiku....

Sebulan dari sekarang kita akan sama-sama membina kehidupan suami iseri

bimbingla ana menjdi isteri yang terbaik, membahagiakan dan solehah buatmu..

Semoga kita tabah dan sabar serta seiring dalam melalui kehidupan berumahtangga ini..

Kehidupan kita selepas perkhawinan ini jauh lebih mencabar inilah realiti dan ini yang ana telah mula ingat dan terapkan di hati ini..Kita akan berjauhan dan masa akan setiasa mencemburui kita..tak pe terapkan dari sekarang ..kuantiti masa bukan ukuran tapi kualiti itu yang kita sama-sama bentuk....InsyaAllah....


Mafhumnya : " Sesiapa yang bernikah maka sebahagian daripada imamnya telah sempurna. Sebahagian lagi hendaklah bertakwa kepadaAllah " (HR At-Tabrani)


Thursday, November 5, 2009

CINTA PERTAMA -FAR EAST

Lagu ni azzah yangbagi time 3 minggu trainning hari tu..sejak tu cam jadi lagu feveret buat masa ni..Cintai diri sendiri dahulu.....

Mekar di teman hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau disini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galanya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirla cinta cinta pertama
Hadirla cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtera

:: Messages From My Heart 3 ::

" Ya Allah ampunila dosaku dan ampunila dosa kedua ibuayah ku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang Mu sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang, mengasihani dan mendidiku semenjak kecil sehingga sekarang" Amin....

Hanya doa dan al-Fatihah sahaja yang mampu ana beri buat kedua ibuayah ana saban hari usai solat..Itula pesan ustazah ana sejak kecil, ini adalah hadiah dari seorang anak pada kedua ibuayah selain menjadi anak yang baik, taat dan soleh....ana tahu ana ni bukan dalam golongan anak-anak yang soleh tapi kita sebagai hamba sentiasa berusaha dan beringat,.InsyaAllah..
Di saat ana merasa sedih dan jatuh (hati terlalu down) tapi ana teringat sesuatu..Ana adalah kegembiaraan mereka..Keredhaan Allah adalah bergantung kepada keredhaan mereka..dengan segera ana bangun (mencari bahagia dan kegembiraan itu)..ana tahu kadang-kadang apabila telalu diasak dan dipush secara tak sengaja kata-kata ana menyakitkan dan menyinggung hati mereka, mereka tak faham, mereka tak ditempat ana, mereka tak tahu.. tapi kemudian ana tersedar..Berdosanya Ana "Maafkan along, kerna menyakiti hati ibu n ayah".....
Saat ni ana berpegang pada kata-kata itu..Ana kegembiraan mereka dan keredhaan Allah bergantung pada keredhaan mereka..Ingatla pengorbanan mereka yang tak pernah minta dibalas,..kasih sayang tanpa syarat dan kemaafan mereka yang sentiasa tanpa syarat.. Apa sangat la dengan apa yang kita mampu buat..gembirakan la mereka selgi hayat mereka...

"Ibu ayah adalah pintu syurga yang paling tengah, ..Terserahla pada kamu samada untuk mensia-siakannya atau memeliharanya"....
Ingat balik jasa, pengorbanan n kasih sayang ibuayah..Ingat selalu!!...kasih sayang mereka tanpa syarat..Sejak kita belum dilahirkan lagi mereka dah mendoa-doakan yang terbaik buat kita.Menyebut yang terbaik buat kita.Apalagi lepas dilahirkan menyediakan kasih sayang, menjaga, mengasuh memberi pendidikan dunia akhirat dan sebagainya...Sebab ibuayah mampu menyayangi kita tanpa syarat kerna itu kita sbg anak belum tentu membalasnya..Selagi hayat mereka ni gembirakanla mereka, tunaikan la tanggungjawab kita sebagai anak untuk menghormati mereka (ahh banyaknya tingkah ana), menjaga kebajikan dan memlihara (tak mampu juga kerna ana jau, nak lihat dunia..huhuh nak jenguk selalu pun tak mampu kerna kesibukan dunia huhu maafkan anakmu) dan memenuhi keperluan mereka selagi tatkala mereka dalam hajat yang diwajarkan syarat (InsyaAllah ini yang ana usahakan tuk kegembiraan mereka)
Teringat satu artikel ada mengatakan "anak-anak beruntung ada ibubaa, tapi ibuabapa belum tentu beruntung ada anak" dan beruntungla anak-anak yatim kerana ??? tak perlu mereka mejadi anak derhaka..SubhanaAllah.....Beruntungnya ana mempunyai IBUAYAH yang sangat penyayang tetapi beruntungkah mereka memiliki ana sebagai anaknya??? argh erjurai air mata ni bila meikirkannya..Maafkan along maaf sangat atas segalanya..Ana teringat ibu pernah cakap ana ni anak yang paling disayangi sebab ana adalah cahaya mata yang pertama..Pengikat kasih sayang ibuayah..Hampir semua keinginan ana dipenuhi tapi keinginan mereka??? Rasanya yang satu tu pun.macam-macam...huhuhuhu..Kali ni ana akan ikut dan takkan kata apa-apa dah...Ana dalam mood redha n pasrah..sebab ana pegang keredhaan Allah terletak pada kerdhaan ibuayah ..
p/s: ya Allah Ya Tuhanku...pegangla hati ini..jangalah Engkau lepaskannya..Peliharanya dari kesedihan dan kekecewaan hidup ini..Ku serahkan sepenuhnya padaMu Ya Allah..kerna aku mencari redhamu dalam kegembiraan dan keredhaan ibuayahku...Permudahkan la bagiku..Amin

Tuesday, November 3, 2009

Ultraman........


Hari ni ada event VISCOM..tapi ana malas nak turun agak kecewa dengan pengurusan..kesian budak-budak, ana nampak banyak masa dan tenaga yang dihabiskan tapi outcome?? rasanya sangat worst dr yang lepas tapi tak pe hopefully mereka dapat learn something and this is a process of learning.....
dan pihak pengurusan(yang berkenaan) pada ana apa ana boleh kata, kita ni nak mengajar budak pun nama tengah belajar..kita patut guide..bukannya nak merajukla apalah nak tahan n block pengeluaran barang n so on..Nama pun da tertera kat barang tu "Hak Milik Kerajaan" bukannya hak milik kerajaan yang berkenaan..huhuhu
tak pe lah ni macam luahan perasaan la plak..ok untuk dinner nanti harap-harap budak ni keep up good work n bertahan....
ULTRAMAN..hero di hati kanak-kanak dan juga hati ini..sebab ultraman tak banyak cakap tapi die bertindak..menjaga keamanan n ketenteraman..simboliknya..kita merasa tenang dan selamat sbb kita tahu Ultraman ada dcc........sekarang ni ultraman dcc saya lampunya da berkelip-kelip kesian ultraman ana......bertahan ye ultraman.