Saturday, January 31, 2009

Bil@kah kita semua akan satu hati??

bilakah lagi kita semua satu hati
bilakah lagi keamanan kan dikecapi
bilakah lagi islam kan dijulang tinggi
bangunlah wahai umat kita satu hati
marilah bersama bersatu berjihad menentang kezaliman
oh insan sedarlah pembalasan tuhan pasti akan datang
jangan takut
jangan takut berjuanglah untuk keamanan


INDAHKAN PEMANDANGAN SEPANJANG PERJALANAN KE WANG MU..SUBHANALLAH (Mcm musim luruh)


SIMPANG MASUK KE KEM DI WANG MU...TERSOROK DAN TERSEMBUNYI..HUHHU


TEMAN-TEMAN ..SEMPAT POSE KETIKA BENGKEL..


Jumaat dan sabtu (30 & 31 hb), Ana berada di Wang Mu..Lagu satu hati dari kumpulan La Khauf (jgn takut) menjadi lagu tema bagi perkhemahan kali ini.. Isu-isu yang banyak dikupaskan kali ini, ialah isu permasalahn di Palestin dan juga isu kepimpinan yang ada dalam diri setiap remaja sekarang.

Kesihatan ana yang tidak berapa baik kebelakangan ini, menjadikan ana tidak dapat mengikuti Kursus ini sehingga ke hari Ahad kerna ana pulang awal sehari.Sabar, teringat dia kata, itukan ujian (pulang paku buah keras Hadapi dengan senyuman)

Apapun banyak ilmu yang ana dapat timba sepanjang berada di sana. (Lagi happy apabila jumpa teman-teman yang sangat fasih bahasa arabnya...^_^) Salam kepada temana-teman RMC. ^_^

Wednesday, January 28, 2009

::Silence is not an Option ::

::Wh@t have u done to help our brothers & sisters in Aqidah??


Aktiviti di lapangan

Muslimin semasa bengkel

Muslimah semasa bengkel

Ingat kembali kisah burung pipit yang berusaha bsunggguh2 memadamkan api yg besar membakar Nabi Ibrahim. Ada binatang2 lain yg hanya memandang, berkata kpd burung pipit “Kenapa engkau mahu bersusah payah sedangkan engkau tahu engkau pasti tidak dapat memadamkan api itu dgn mngangkut air hanya mgunakn paruhmu yg kecil itu”.

Pipit itu menjawab, “Ya memang aku tahu aku tidak mampu memadamkan api itu tetapi aku takut aku akan disoal oleh Allah di akhirat kelak akan apakah usahaku untuk membantu Nabi Allah Ibrahim.”


Ana suka satu persoalan..25 tahun ni ana hidup apakah sumbangan terbesar ana pada Islam???? (Wh@t have u done to help our brothers & sisters in Aqidah??)

Sabtu minggu lepas, 24 Januari 2009 bersamaan 27 Muharram 1430 H ana telah menghadiri Bengkel Pelancaran LANDAS-SPAQ bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Islam USM, Pulau Pinang. Bengkel yang mendapat kerjasama penuh dari Ustaz Kamaruddin b. Kassim, Koordinator Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial dari Kedah ini berjaya mengumpulkan seramai 43 orang aktivis muda. Mereka terdiri daripada mantan-mantan gerakan di dalam dan di luar kampus USM serta pelajar-pelajar USM dan Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang secara amnya.

LANDAS (Latihan Aktiviti Dakwah Lapangan Isu-Isu Sosial) yang berpusat di Sungai Petani, Kedah telah sekian lama menjadi tempat ataupun medan bagi menyediakan aktivis-aktivis muda untuk turun dan mendekati masyarakat khasnya golongan remaja yang bermasalah. Ustaz Kamaruddin adalah tenaga penggerak yang memainkan peranan penting dalam siri bengkel teori serta praktikal bagi program ini.

Sebenarnya banyak yang telah ana pelajari and dapati bagi setiap program yang telah dijalankan. Sekiranya kita turun ke lapangan, kadang-kadang ana rasa sedih bila melihat setiap apa yang menimpa dan menjadi penyakit bagi generasi muda kita kini..huhuhu especially MELAYU & MENGAKU ISLAM..Sedangkan di IRAQ, AFGHANISTAN, PALESTIN...anak-anak muda seumur mereka telah mengangkat senjata berjuang dan berjihad mempertahankan agama tapi kita..???(termasuk ana juga) Masih terlena, enak dibuai mimpi.Diulit dengan kesenangan itupun masih ramai lagi yang tak tahu bersyukur.sebab kita selalu fikir kita di "Zon SELESA"..pemimpin-pemimpin negara kita selalu berucap mengatakan kita patut bersyukur berada dalam negara yang aman ini..tapi tidakkan kita terfikir,..akan tiba pula nanti akan datang TURN MALAYSIA pulak??? Tidak mustahil dan masa tu cube kita fikir kan la pula..ka, renung-renung sejenak kalu Malaysia pula diserang macam Palestin, Bosnia, iraq, Afghanistan?????....Kita tidak akan tahu apakah propaganda Yahudi dan Barat terhadap negara Islam..T_T (Mereka boleh je nak cetuskan apa-apa provaksi seperti mereka cetuskan di negara-negara Islam yang lain macam kita sembunyikan pengganas ke..huuhu)

Erhm, esok pun ada program Bina Insan juga kat Bukit Air. Bawah anjuran HALUAN..~ haluan siswa ~ Ustaz Sharihan da mesej tengahari tadi menanyakan kelapangan ana untuk turut serta dalam program ini. InsyaAllah, mudah-mudahan diberi kelapangan.
Kalau ikutkan MASA, setiap hari kita sibuk,,..tapi sebenarnya kita yang aturkan MASA itu..bukan ia yang menguruskan kita....

Sunday, January 25, 2009

~Melabel Diri..~



Selsema, sakit kepala, sakit perut...erm sakit yang dirasa dalam seminggu dua ni.. Lembik lesu tu label yang sesuai tuk dilabelkan pada diri ini,...huhuh. Tido pun awal bangun pun lambat, bangun pun cam tak bersemnagat..Allah uji sikit je tu, sabar yea..Orang kat GAZA tu lagi berat dugaannya..sekurang-kurangnya ana masih di "zon selesa" ..huhuhu

Kadang-kadang rasa hipokrit je, kalu orang lain sakit demam dan batuk..ana akan suh g klinik ..mkn ubat..jgn mkn tu jgn mkn ni bla bla bla..tapi ana sendiri?? Pandai nasihat orang je..Kalau ana sendiri nak g klinik, erm susahnya..beratnya..alasan ana "Tak de doc ensem la..huhu"

Bukan apa..kadang-kadang ana rasa apa doc nak cakap tu ana da tahu..(haha berangan nak jadi doc la tu ^_^) dan kadang-kadang ana rasa kalu setakat demam, batuk n selsema kadang-kadang kene charge rm 30 ++ sedangkan ana rasa ubat yg nak diberi tu boleh didapati di farmasi dgn harga yg lebih murah hehehe tak pun amalkan memakan madu..hehehe..(penawar penyakit tu)

Padan la muka, tak nak makan ubat. Tak nak pergi klinik, tak nak jumpa doktor.. Nasihatkan orang jek pandai. Diri sendiri.....seharian rasa tak bersemangat nak buat keje..Seminggu ni rasa berat je pala nak bangun pagi g keje..huhuhu

p/s: Mungkin ana patut tambah satu lagi label pada diri ana..iaitu hipokrit..erkkk..

It seems i should get some more rest. Till then..

Thursday, January 22, 2009

:: Baby oh Baby::


ANAK kak ifah

ANAK Ayu

Nawal..

ANAK FatNin

Baby oh baby..comelnya kalian..tenang tanpa mengetahui dunia luar sana yang cabarannya jauh lebih hebat menanti kamu semua..huhu

Ana sangat suka kanak-kanak..(InsyaAllah akan tiba masanya nanti)..Sejujurnya, ana juga menginginkannya..^_^... Tapi mungkin belum rezeki lagi, Allah lebih Mengetahui segalanya..Anak ini... sebelum wujudnya lagi kita sudah mendoakan dan dinanti-nanti. Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan juga dikurniakan anak-anak soleh dan solehah yang menjadi penyejuk di mata, penawar di hati. Ameen. T_T

Topik baby ini, ana buka kerana baru-baru ini ana menghadiri ceramah Tangisan GAZA. Apa yang dipaparkan menginsafkan dan menyentuh hati ini.. Sedihnya hati ini, melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam..Sedihnya hati ni :(
Ana teringat baby kawan-kawan ana ini, dan bayangkan anak-anak kecil di Palestin itu..huhu








Sedihnya hati ibu-ibu jika melihat anak-anak kecil ini, (apalagi ana yang tidak pernah menngandung )

Alangkah indahnya jika Yahudi dilenyapkan dari muka bumi ini dengan tertimpanya musibah seperti mana tentera bergajah Abrahah dimusnahkan oleh batu-batu lontaran burung Ababil. Ya Allah bantulah kami. Tiada daya dan upaya kami melainkan dengan izin-Mu jua.Ameen..

Monday, January 19, 2009

~~ Setelah cuti yang panjang..

19 Januari 2009,

Setelah bercuti dgn lama dan panjaaaaaannngggg, akhirnya ana pulang bekerja ..Sesi pertama kuliah pada hari ini, pada tahun ini..8.oo pagi kelas ana (argh jika difikirkan perasaan malas yang menguasai diri ni, uhu tapi terlintas di hati..seharusnya ku bersyukur kerana masih bernafas, melihat sinaran matahari, masih ada kerja, masih ada anak murid yang menanti..sedangkan suasana di GAZA saat ni..)huhu maka dengan langkah yang semangat (actually da terlewat bangun , nasib baik di kejut..T.Q BOS)ana bersiap ke JRV yang dirindui..

Kebelakangan ini yang selalu berada di minda ana setiap kali bangun dari tidur, "Adakah aku pasti aku akan idup sehingga petang? malam?" huhuh..

Bermula dengan kuliah pertama Keusahawanan untuk pereka yang agak bingung bila ana berhadapan dengan DDV6 & DDS6 yang ana rasa terlalu ramai (baru beritahu k.aini minta split kan kelas) huhhuh...Dan mereka telah menerima tugasan pertama, pada hari pertama, sejam pertama..hahahah ^_^. TOKOH USAHAWAN YG BERJAYA DI MALAYSIA..pembentanagn minggu depan.

Selesai itu, ana menjalankan operasi yang agak drastik iaitu mengemas meja kerja ana wahh clean n clear..heheh Terima kasih SHERIL & FIZZA sbb tolong mama kemas meja..hoho..Abis segala khazanah yang ada ana clean n clear kan
lapang ssgt nak buat kerja..dan ana juga dgn ajaibnya sudah hampir menyiapkan FRP..benda yg ajaib pada ana sebab ana buat fail ni pada hari pertama..heheeh tak pe semangat tu penting..dan nak istiqamah tu pun penting..hehhe

diikuti dgn kelas 2D.Ni baru minta tablet dr syakir..sbb nak explore, zamri baru je bg kerja-kerja yang harus dibuat yang memerlukan pasukan kerja yg ramai di bawahnya..<> kelas 2D saykir yangajar, ana evaluate aja projek mereka..

Petang kelas Interactive Authoring..just bg briefing skit & bg tugasan pembentangan multimedia dalam pelbagai bidang...heehhe.IR tak siap lagi tuk semua subjek .. ^_^ sehari berlalu dgn pantas..biarkan masa berlalu dgn cepat..

Erm, rasa agak pelik sikit..sbb selama sebulan ni dok menyarung jubah tapi kali ni bile pakai baju kurung punjab rasa cam hehe satu perasaan yang tak besh..huhu..tatahu nak cakap cam ne tapi sgt tak besh.. :(

Thursday, January 15, 2009

AKI yang dirindui








~Siapa kah AKI???
AKI adalah kucing kesayangan ana..yang amat ana rindui..
Sebulan da tak berjumpa (adakah dia masih ingat pada ana eaa??)
Sabar Aki , sabtu just around d corner....ana akan pulang..

p/s: Erm, bila merajuk, terasa, cemburu..Aki..heheh (bos...??)

~~ Kotak manik yang baru~~



~ Ana baru je membeli kotak tools ini..tapi ana gunakan untuk meletak manik ana yang banyak ini..Bersemangat ana memindahkan manik-manik ini ke dalam kotak ini..Nampak lebih tersusun..hhuhuhu (skemanya ayat..hoho)

Wednesday, January 14, 2009

^_^ ~~ YOU CAN BE THE HAPPIEST WOMAN IN THE WORLD



~ To every muslim woman who is content with Allah as her Lord, Islam as her religion and Muhammad (Blessing and Peace be upon him) as her Prophet

~ To every girl who follows the path of truth, who carries the message of sincerity

~ To every tacher who strives by means of her words to convey knowledge and values, and has purified her soul

~ To every mother who brings her children up to fear Allah and to follow the Sunnah, and make virtue dear to them

~ To every woman who is burdened with worries and sadness

well, ana cadangkan kepada semua wanita di luar sana, bacalah buku ini...Sangat bermakna..

p/s: Kak Zai esok atau sabtu, baru athin cari deh kat kedai buku lagi..Aritu da cari MPH, POPULAT, E-NEWS...sume tak de..Tak de rezeki g kot..heheheh

~NBX yang penat.^_^



Inilah NBX ana, banyak jasanya kepada ana. ^_^ tak dapat ana bayangkan kalu tak de NBX...Patah kaki lah jawabnya.Dalam sebulan lebih ni pun NBX da banyak berjalan.Esp dari Utara ke Selatan ye aritu ke Sentul, balik Pee Dee kmdian balik Perlis....Sekali lagi balik Tanjung Malim..Ballik Pee dee dan begitu seterusnya...

Dan seminggu ni juga NBX buat journey dari Pee Dee ----> Cheras -----> Ampang -----> Tanjung Malim dan malam tadi Tanjung Malim ----> Damansara ---->Ampang "jammed!" ----> Shah Alam ---->USJ -----> Damansara ----->Ampang -----> Port Dickson...penatnya NBX..(dan tuannya)...Rindu nya kat co-pilot ana, selalunya ana akan ada co-pilot yg
setia menemani ana, lepas ni sorang-sorang je dgn NBX..Takpe tak lama lagi co-pilot pulang....(sabar eaa)

Esok banyak benda nak kene settle
1. Service NBX sebab Sabtu da nak balik Perlis.
2. Settlekan PNB kat seremban
3. Cari buku tuk Kak Zai
4. Pergi kedai komputer uruskan charger laptop yang da rosak
5. Sampai Perlis kemas umah
6. Anak-anak nak ambil barang
7. Membeli barang-barang AKI
8. Buat senarai TASK buka sem (FRP...SILIBUS..MARKAH...@#$$)
9. Buat schedule tuk satu bulan ni (Huhu azam di awal tahun n awal sem tuk jadi dedikasi..tapi tak pasti leh tahan lama mana..)

~~~Chaiyukkkk!!!

Tuesday, January 13, 2009

Esok last paper...


Saat menanti nak ambil last paper di dewan exam..
~~ Sempat pose lagi tu..~~

Malam ni ana tulis blog atas permintaan akak-akak tersayang..
Esok last paper je lagi bagi kami semua. Selepas itu, Alhamdulillah tamatlah sudah pengajiaan diploma part time kami di UPSI ini.

Actually sedar tak sedar dah setahun setengah pengajian kami disini. Berulang alik kami dari perlis ke Tanjung Malim ni. Hari ni , malam ni semua orang dalam umah ni cam sentimental sikit..(Walaupun jiran belakang buat karaoke)..Geng2 hospitaliti , da membuat lawatan terakhir di mlm hari di dalam upsi. Kami bertiga pulak sudah selesai mengemas bilik yang banyak kenangan indah..Gelak ketawa dan suka duka sepanjang berjuang di sini. Nanti bile balik PTSS kemesraan ini akan berkurang. Masing-masing sudah sibuk dengan tugas masing-masing. Erm, macam saat ni sama-sama mengulangkaji pelajaran sambil sama-sama menyanyi lagu..sambil membuat lawak sentiasa..Sehingga kemesraan kami sentiasa "dicemburui" mereka yang lain (hehhehe cemburu yeee..)

Kak zai yang sweet, thanx a lot tolong Athin kemas barang..huhu sebenarnya sangat terharu tapi tak tahu ingin menunjukkannya. Thanx kak zai, hehhe,..walaupun ana tahu agenda sebenarnya supaya esok ana tidak berlengah-lengah dan boleh terus pulang setelah paper last petang tu..Anyway thanx, usikan mereka bilik "fathin yang punya" hehheeh...Ini tak habis-habis lagi , kak zai mengemas sangat sampai tak sedar berus gigi sume dicampakkan dalam tong sampah.."kak zai, beraga2klah sayang oi.."..tadi tgahari pun kitaorg ingat da lewat nak g dewan SITC abis diredah tanah siput tu, abis kasut ana berderai ketawa kami bertiga di pintu dewan, bila tgk sume tak masuk dewan lagi tgh melonggok depan pintu dewan (dengan abg jaki yang memandang kami bertiga dengan pandangan yang.....???, heheh).. Tu belum lagi kes KCH 8117 kene saman sbb dgn otainya memarkingkan diri kat petak kuning.."Adui tak larat nak gelak bile diingat kenangan ini" huhu ~so sweet (banyak lagi kenangan yang ada)

Memang tak sabar nak sudahkan paper esok..Tapi tetap ada sekelumit rasa sayu di hati..huhu.Bisakah lagi kita bertiga dapat bersama seperti ini..Harap semoga kemesraan ini berkekalan sehingga balik ke PTSS nanti..

p/s:Mingu depan da start keje..aiyaa, malas menguasai diri..huhu