Wednesday, January 28, 2009

::Silence is not an Option ::

::Wh@t have u done to help our brothers & sisters in Aqidah??


Aktiviti di lapangan

Muslimin semasa bengkel

Muslimah semasa bengkel

Ingat kembali kisah burung pipit yang berusaha bsunggguh2 memadamkan api yg besar membakar Nabi Ibrahim. Ada binatang2 lain yg hanya memandang, berkata kpd burung pipit “Kenapa engkau mahu bersusah payah sedangkan engkau tahu engkau pasti tidak dapat memadamkan api itu dgn mngangkut air hanya mgunakn paruhmu yg kecil itu”.

Pipit itu menjawab, “Ya memang aku tahu aku tidak mampu memadamkan api itu tetapi aku takut aku akan disoal oleh Allah di akhirat kelak akan apakah usahaku untuk membantu Nabi Allah Ibrahim.”


Ana suka satu persoalan..25 tahun ni ana hidup apakah sumbangan terbesar ana pada Islam???? (Wh@t have u done to help our brothers & sisters in Aqidah??)

Sabtu minggu lepas, 24 Januari 2009 bersamaan 27 Muharram 1430 H ana telah menghadiri Bengkel Pelancaran LANDAS-SPAQ bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Islam USM, Pulau Pinang. Bengkel yang mendapat kerjasama penuh dari Ustaz Kamaruddin b. Kassim, Koordinator Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial dari Kedah ini berjaya mengumpulkan seramai 43 orang aktivis muda. Mereka terdiri daripada mantan-mantan gerakan di dalam dan di luar kampus USM serta pelajar-pelajar USM dan Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang secara amnya.

LANDAS (Latihan Aktiviti Dakwah Lapangan Isu-Isu Sosial) yang berpusat di Sungai Petani, Kedah telah sekian lama menjadi tempat ataupun medan bagi menyediakan aktivis-aktivis muda untuk turun dan mendekati masyarakat khasnya golongan remaja yang bermasalah. Ustaz Kamaruddin adalah tenaga penggerak yang memainkan peranan penting dalam siri bengkel teori serta praktikal bagi program ini.

Sebenarnya banyak yang telah ana pelajari and dapati bagi setiap program yang telah dijalankan. Sekiranya kita turun ke lapangan, kadang-kadang ana rasa sedih bila melihat setiap apa yang menimpa dan menjadi penyakit bagi generasi muda kita kini..huhuhu especially MELAYU & MENGAKU ISLAM..Sedangkan di IRAQ, AFGHANISTAN, PALESTIN...anak-anak muda seumur mereka telah mengangkat senjata berjuang dan berjihad mempertahankan agama tapi kita..???(termasuk ana juga) Masih terlena, enak dibuai mimpi.Diulit dengan kesenangan itupun masih ramai lagi yang tak tahu bersyukur.sebab kita selalu fikir kita di "Zon SELESA"..pemimpin-pemimpin negara kita selalu berucap mengatakan kita patut bersyukur berada dalam negara yang aman ini..tapi tidakkan kita terfikir,..akan tiba pula nanti akan datang TURN MALAYSIA pulak??? Tidak mustahil dan masa tu cube kita fikir kan la pula..ka, renung-renung sejenak kalu Malaysia pula diserang macam Palestin, Bosnia, iraq, Afghanistan?????....Kita tidak akan tahu apakah propaganda Yahudi dan Barat terhadap negara Islam..T_T (Mereka boleh je nak cetuskan apa-apa provaksi seperti mereka cetuskan di negara-negara Islam yang lain macam kita sembunyikan pengganas ke..huuhu)

Erhm, esok pun ada program Bina Insan juga kat Bukit Air. Bawah anjuran HALUAN..~ haluan siswa ~ Ustaz Sharihan da mesej tengahari tadi menanyakan kelapangan ana untuk turut serta dalam program ini. InsyaAllah, mudah-mudahan diberi kelapangan.
Kalau ikutkan MASA, setiap hari kita sibuk,,..tapi sebenarnya kita yang aturkan MASA itu..bukan ia yang menguruskan kita....

No comments: