Thursday, July 30, 2009

Seronoknya Kahwin Bukan Untuk Seronok-seronok...

Yusuf Al-Qardawi berpesan:

"Jangan kamu berkahwin dengannya hanya kerana perasaan kamu (sayang dan cinta) tapi kahwin la dengannya kerana Ilmu"



Kebelakangan ini ramai yang bertanya ana bagaimana persiapan ana untuk hari yang ana rasa 4,5 bulan lagi tibanya...Ada yang bertanya ini da tempah? itu dah tempah? Ana pun tatahu nak jawab apa sebab memang hakikatnya apapun ana tak buat lagi...


Ana pun tatahu sejujurnya ana ni da dalam ketegori bersedia atau tak untuk menempuh alam rumahtangga ini. Ana rasa banyak ilmu yang kene dalami kene tahu..kene amik tahu..Banyak benda untuk dibaca, dihafal dan sebagainya...dan ana rasa masa itu berlalu dengan cepat..


Banyak kita dengar ada yang kata "Kahwin ni best" "Syurga dunia" "ada orang boleh jaga kita" dan sebagainya..Best ke? Seronok ke???? kalau begitu seronok dan indah seperti yang dikatakan kenapa kadar penceraian semakin hari semakin tinggi malah banyak kes di mahkamah yang tertunggak tak diselesaikan lagi dan alasan yang biasa didengari " tiada lagi persefahaman" "hadir orang ke 3" "dah tak de jodoh" ..


Ana rasa perkhawinan itu satu perkongsian..perlu banyak pengorbanan perlu give n take ..perlu kerjasama 'itu pendapat ana yang belum berkhawin lagi ni'...Lihat saja pada peringkat awal semuanya kene berbincang semuanya kene berkongsi...dan perlu bersedia untuk berkorban..ok, mengapa ana cakap cam tu..ana ambil situasi ana..


Ana di Perlis ini..Isnin Jumaat bekerja macam biasa, Sabtu Ahad menghadiri kelas sarjana ana..dan ana juga kene melakukan persiapan di Port Dickson nun sana..dan hampir 2 minggu ini ana berulang balik walaupun hanya satu hari..Letih..ye letih dan ana ada terfikir beginila nampaknya kehidupan ana akan datang..berulang juga sehingga selesai pengajian sarjana anda..


Ni nasihat dari hati ana, pada bakal-bakal yang ingin berkhawin ..dalam kita sibuk melakukan persiapan perkhawinan itu...jangan lupa untuk menambah ilmu berumahtangga, jangan lupa untuk memahami bacaan-bacaan dalam solat nanti nak diajar kepada anak-anak, jangan lupa banyak-banyak bermunajat pada Allah paling penting jangan lupa bertaubat dalam kisah hidup kita yang lepas..Perkhawinan bukan pengakhiran tetapi permulaan sebuah kehidupan...

Tuesday, July 28, 2009

MEREK@

Ok ana pilih tajuk ni MEREK@....

Siapa mereka itu????

1...hari Ahad hari itu, ana makan malam di kangar bersama kawan ana..datang seorang adik ke kedai makan itu, yang ana kira dari kampung yang berdekatan..nampak lusuh pakaiannya dan actually adik ni dari golongan kanak-kanak istimewa ..Alhamdulillah ana kagum dengan bos kedai berkenaan kerana menurut pekerja di situ setiap kali adik tersebut datang bos kedai berkenaan bagi die makan oblong..(actually western fast food)...Macam ni la ciri-ciri usahawan atau peniaga yang baik..InsyaAllah Allah akan balas dengan rezeki yang lebih berlipat ganda...
Moral story yang ana dapat.....masa tu ana makan chicken chop dan ana terfikir mewahnya makanan ku hari ini sedangkan ramai lagi orang susah dan kelaparan..kerdil rasanya diri ini..

2....Pagi tadi ana menemani sahabat ana ke Pejabat Pos Changlun...kelihatan seorang pakcik tua yang agak daif juga seluarnya pakaiannya beratur ingin mengeluarkan duit ASB..(ana rasa dalam beberapa puluh saja di tangannya ana nampak)..sekali lagi hati ana rasa sebak melihat perlakuan tuanya terketar-ketar memasukkan duit ke dalam poket..sehingga satu kejadian die terlupa mana dia letak buku ASB dia..meraba-raba dia mencarinya di badan,kesian pula ana melihatnya.ana menegurnya dan memberitahu bahawa buku tu ada dalam poket seluarnya..kesian die tiada anak atau cucu menemani..teringat atuk ana HJ. Shaarani di Skudai..Bak tok suka pergi bank dengan beratur, kerana die tak percaya dengan kad ATM..Hehehhe seawal pagi dia akan bertolak untuk beratur di barisan hadapan....tiba-tiba ana terasa rindu pada Bak Tok..Dulu badan dia tegap macam Jin Shamsuddin (bekas polis kan) sekarang dia da dimamah usia..Bila da tua kita akan mudah pelupa..Ana ada membaca artikel untuk mengelak dari penyakit lupa ini, banyak-banayk mengaji dan membaca alFatihah serta banyak-banyak membaca buku untuk sentiasa merangsang sel otak kita untuk aktif....

3. Mereka yang ketiga ialah sahabat baik n rapat ana..FATNIN....Alhamdulillah hari ini ana dapat bertemu dengan dia lagi..Kebetulan dia ada urusan di Kangar..walaupun seketika ukhwah tu terasa di hati...dah 2 anak die, dah jadi ibu..rasa cam baru semalam kami sama-sama mengulangkaji pelajaran untuk PMR..Pergi belajar tusyen masa tu..banyak kenangan terindah bersama... Paling best bila melihat kehidupan dia semakin stabil..Alhamdulillah..bak kata orang rezeki anak-anak..suami die mendapat kerja lebih baik dan stabil selepas kelahiran anak kedua..rasanya masa kelahiran anak pertama pun begitu...Seronok rasanya.....

4. Ana ada terfikir seketika selepas magrib tadi..mereka iaitu ibuayah ana..mereka sangat sabar dengan kerenah ana..Melayani ana..arghh,,...mampukah ana jadi ibuayah yang baik cam tu?? Sabar cam tu??? Anak ana nanti cam ne?? Sebab ana ni dikategorikan anak yang degil dan keras kepala...huhuhuh..(jadi fikir-fikirkan la yea..)

Carilah yang luar biasa dari yang biasa-biasa ini

Malam ni rasa nak menulis..Mungkin mood nak menaip ana tu datang..Bila dia datang rajin la ana bila die pergi lama betul nak tunggu dia datang balik


dia = mood

hehhe


student lama tak masuk lagi jadi kesibukan kerja tidak terasa lagi..Masih terasa ketengan ..untuk bermalas-malasan dan membuat asignmnt juga..jumaat ni student start mendaftar kita lihat je minggu depan apabila kuliah sudah bermula...


UUM cuti seminggu sebab HINI..erhm tapi sabtu ni kelas tetap berjalan seperti biasa kot.. ada pembentangan..ada asignment yang harus disiapkan...ana suka pergi kelas..tatahu perasaan tu nak gambar cam ne..tapi seronoklah..heheh sekarang ni baru 4 minggu kuliah semangat lagi la..ceciwi la katakan..hehhe


persiapan..aritu ana da bershopping kain di Gulatis kat Alor Star.. rambang mata ana dibuatnya..Nasib baik kak Nini berbesar hati n baik hati masih mahu terima tempahan baju ana..tu ar last minit sgt...kononnya nak beli siap tapi mengenangkan yang ana ni bukannya ada masa nak berjalan survey2 sangat..huhuh ari tu pun sis Adlina yang ajak bersungguh2 siap umpan Big Apple lagi..kalu tak huhuhu ana lagi rela makan donut kat pasar malam pauh..ehh sedap tau!!!


apapun Alhamdulillah ..semua persiapan ibu n ayah ana yang buat..mereka excited may be majlis pertama ana kan anak sulung lagipun ini yang dinanti n diharapkan. Seronok tengok mereka happy walaupun tahu mereka penat..TERIMA KASIH IBU AYAH..hehehhe..ana ni dikira kategori bertuahla sebab ibuayah ana ni kreatif orangnya jadi lebih baik diserahkan kepada mereka sahaja sebab kalu kat ana bukan tak kreatif tapi tuntutan masa tu cam tak mengizinkannya je..heheheh


Satu benda persiapan yang ana buat sekarang ialah baca la buku-buku ilmiah n agama tentang rumahtangga..persiapan awal nak jadi isteri ni..ilmu kat dada tak cukup lagi..lagi banyak baca lagi macam erhmm...huhuhu...rupanya macam2 ehh..Dia ada pesan kat ana.taubat banyak-banyak..siapkan diri nak jadi isteri..nak masuk alam rumahtangga..perkongsian ilmu yang dia perolehi dari ceramah perkhawinan baru-baru ni..


ana suka baca buku ini....

" Carilah yang luar biasa dari buku yang biasa-biasa ini"

Best...sesuai tuk semua pihak....



Thursday, July 16, 2009

~~ Pen@ MeN@rI sEmUL@


Jumaat.....17 Julai 2009.......Wah..da lama rupanya ana tidak menulis di Blog ini..

Mungkin kerana kesibukan keje semester lepas yang menjadikan kesempatan untuk menulis

terencat' seketika...mOOd untuk menulis datang balik...dan kene sapu balik blog ni bagi tak bersawang lagi....


Sepanjang tempoh 2 bulan ni macam-macam peristiwa yang terjadi..Ada yang manis ada yang tak besh sume ada..Tapi yang tak besh tu ana tak nak kenang..biarla ianya berlalu..Jadi kita lihat pada yang manis-manis itu sahaja..hehehe (sweet,sweetie uhu)


Alhamdulillah, ana da selamat pergi n selamat pulang dari melawat Rumah Allah..& sehingga ke hari ini ana tak berhenti-henti berdoa agar berpeluang menjejakkan lagi kaki di sana. Kali ini ana harap ana dapat pergi bersama suami tercinta. Kenangan di sana adalah yang terindah sekali dalam hidup ana...Saat-saat yang ana tak pernah rasa seperti berada disinI..Sukar untuk digambarkan..Saat meninggalkan kota Mekah & Madinah, sememangnya air mata ana mengalir tanpa ana sedari....(Ya Allah murahkan lah rezekiku dan kurniakan lah aku kesempatan dan kedayaan untuk datang ke Rumah Mu lagi Ya Allah...)


Antara yang terindah juga, ana tengah menghitung hari ...waktu..masa untuk bergelar isteri. Alhamdulillah..Ana bersyukur dengan segala yang telah Allah kurniakan pada Ana..Besar nikmatNya itu..Sebenarnya ini pun antara benda yang ana tak rancang dan ianya Suddenly Happen.....Alhamdulillah....InsyaAllah sekiranya tiada aral hujung tahun ini ana akan menjadi zawjati..Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Ana tahu, kehidupan akan datang akan jauh lebih mencabar kerana ana akan jadi pasangan PJJ (Pasangan Jarak Jauh)..dan ditambah Isnin-jumaat kerja dan Sabtu -Ahad kelas ..Pesannya berdoa la banyak-banyak kerana bahangnya sudah mula terasa...:)..Saat ini ana dan dia harus mempersiapkan diri dengan ilmu rumahtangga secukupnya... ^_^ (mungkin da jodoh kami..Alhamdulillah)


Antara yang terindah lagi juga, sekarang ana tengah menyambung pengajian Master ana di UUM....Alhamdulillah..Lihat saja satu persatu Allah kurniakan kepada hambaNya..Ana harap ana tak lalai dari mensyukuriNya..


Saat ini ana teringat saat-saat susah ana, ye..betullah " Selepas hujan ribut petir pastinya sang mentari n pelangi kembali menyinari"................