Thursday, July 30, 2009

Seronoknya Kahwin Bukan Untuk Seronok-seronok...

Yusuf Al-Qardawi berpesan:

"Jangan kamu berkahwin dengannya hanya kerana perasaan kamu (sayang dan cinta) tapi kahwin la dengannya kerana Ilmu"



Kebelakangan ini ramai yang bertanya ana bagaimana persiapan ana untuk hari yang ana rasa 4,5 bulan lagi tibanya...Ada yang bertanya ini da tempah? itu dah tempah? Ana pun tatahu nak jawab apa sebab memang hakikatnya apapun ana tak buat lagi...


Ana pun tatahu sejujurnya ana ni da dalam ketegori bersedia atau tak untuk menempuh alam rumahtangga ini. Ana rasa banyak ilmu yang kene dalami kene tahu..kene amik tahu..Banyak benda untuk dibaca, dihafal dan sebagainya...dan ana rasa masa itu berlalu dengan cepat..


Banyak kita dengar ada yang kata "Kahwin ni best" "Syurga dunia" "ada orang boleh jaga kita" dan sebagainya..Best ke? Seronok ke???? kalau begitu seronok dan indah seperti yang dikatakan kenapa kadar penceraian semakin hari semakin tinggi malah banyak kes di mahkamah yang tertunggak tak diselesaikan lagi dan alasan yang biasa didengari " tiada lagi persefahaman" "hadir orang ke 3" "dah tak de jodoh" ..


Ana rasa perkhawinan itu satu perkongsian..perlu banyak pengorbanan perlu give n take ..perlu kerjasama 'itu pendapat ana yang belum berkhawin lagi ni'...Lihat saja pada peringkat awal semuanya kene berbincang semuanya kene berkongsi...dan perlu bersedia untuk berkorban..ok, mengapa ana cakap cam tu..ana ambil situasi ana..


Ana di Perlis ini..Isnin Jumaat bekerja macam biasa, Sabtu Ahad menghadiri kelas sarjana ana..dan ana juga kene melakukan persiapan di Port Dickson nun sana..dan hampir 2 minggu ini ana berulang balik walaupun hanya satu hari..Letih..ye letih dan ana ada terfikir beginila nampaknya kehidupan ana akan datang..berulang juga sehingga selesai pengajian sarjana anda..


Ni nasihat dari hati ana, pada bakal-bakal yang ingin berkhawin ..dalam kita sibuk melakukan persiapan perkhawinan itu...jangan lupa untuk menambah ilmu berumahtangga, jangan lupa untuk memahami bacaan-bacaan dalam solat nanti nak diajar kepada anak-anak, jangan lupa banyak-banyak bermunajat pada Allah paling penting jangan lupa bertaubat dalam kisah hidup kita yang lepas..Perkhawinan bukan pengakhiran tetapi permulaan sebuah kehidupan...

No comments: