Tuesday, July 28, 2009

MEREK@

Ok ana pilih tajuk ni MEREK@....

Siapa mereka itu????

1...hari Ahad hari itu, ana makan malam di kangar bersama kawan ana..datang seorang adik ke kedai makan itu, yang ana kira dari kampung yang berdekatan..nampak lusuh pakaiannya dan actually adik ni dari golongan kanak-kanak istimewa ..Alhamdulillah ana kagum dengan bos kedai berkenaan kerana menurut pekerja di situ setiap kali adik tersebut datang bos kedai berkenaan bagi die makan oblong..(actually western fast food)...Macam ni la ciri-ciri usahawan atau peniaga yang baik..InsyaAllah Allah akan balas dengan rezeki yang lebih berlipat ganda...
Moral story yang ana dapat.....masa tu ana makan chicken chop dan ana terfikir mewahnya makanan ku hari ini sedangkan ramai lagi orang susah dan kelaparan..kerdil rasanya diri ini..

2....Pagi tadi ana menemani sahabat ana ke Pejabat Pos Changlun...kelihatan seorang pakcik tua yang agak daif juga seluarnya pakaiannya beratur ingin mengeluarkan duit ASB..(ana rasa dalam beberapa puluh saja di tangannya ana nampak)..sekali lagi hati ana rasa sebak melihat perlakuan tuanya terketar-ketar memasukkan duit ke dalam poket..sehingga satu kejadian die terlupa mana dia letak buku ASB dia..meraba-raba dia mencarinya di badan,kesian pula ana melihatnya.ana menegurnya dan memberitahu bahawa buku tu ada dalam poket seluarnya..kesian die tiada anak atau cucu menemani..teringat atuk ana HJ. Shaarani di Skudai..Bak tok suka pergi bank dengan beratur, kerana die tak percaya dengan kad ATM..Hehehhe seawal pagi dia akan bertolak untuk beratur di barisan hadapan....tiba-tiba ana terasa rindu pada Bak Tok..Dulu badan dia tegap macam Jin Shamsuddin (bekas polis kan) sekarang dia da dimamah usia..Bila da tua kita akan mudah pelupa..Ana ada membaca artikel untuk mengelak dari penyakit lupa ini, banyak-banayk mengaji dan membaca alFatihah serta banyak-banyak membaca buku untuk sentiasa merangsang sel otak kita untuk aktif....

3. Mereka yang ketiga ialah sahabat baik n rapat ana..FATNIN....Alhamdulillah hari ini ana dapat bertemu dengan dia lagi..Kebetulan dia ada urusan di Kangar..walaupun seketika ukhwah tu terasa di hati...dah 2 anak die, dah jadi ibu..rasa cam baru semalam kami sama-sama mengulangkaji pelajaran untuk PMR..Pergi belajar tusyen masa tu..banyak kenangan terindah bersama... Paling best bila melihat kehidupan dia semakin stabil..Alhamdulillah..bak kata orang rezeki anak-anak..suami die mendapat kerja lebih baik dan stabil selepas kelahiran anak kedua..rasanya masa kelahiran anak pertama pun begitu...Seronok rasanya.....

4. Ana ada terfikir seketika selepas magrib tadi..mereka iaitu ibuayah ana..mereka sangat sabar dengan kerenah ana..Melayani ana..arghh,,...mampukah ana jadi ibuayah yang baik cam tu?? Sabar cam tu??? Anak ana nanti cam ne?? Sebab ana ni dikategorikan anak yang degil dan keras kepala...huhuhuh..(jadi fikir-fikirkan la yea..)

No comments: