Thursday, July 16, 2009

~~ Pen@ MeN@rI sEmUL@


Jumaat.....17 Julai 2009.......Wah..da lama rupanya ana tidak menulis di Blog ini..

Mungkin kerana kesibukan keje semester lepas yang menjadikan kesempatan untuk menulis

terencat' seketika...mOOd untuk menulis datang balik...dan kene sapu balik blog ni bagi tak bersawang lagi....


Sepanjang tempoh 2 bulan ni macam-macam peristiwa yang terjadi..Ada yang manis ada yang tak besh sume ada..Tapi yang tak besh tu ana tak nak kenang..biarla ianya berlalu..Jadi kita lihat pada yang manis-manis itu sahaja..hehehe (sweet,sweetie uhu)


Alhamdulillah, ana da selamat pergi n selamat pulang dari melawat Rumah Allah..& sehingga ke hari ini ana tak berhenti-henti berdoa agar berpeluang menjejakkan lagi kaki di sana. Kali ini ana harap ana dapat pergi bersama suami tercinta. Kenangan di sana adalah yang terindah sekali dalam hidup ana...Saat-saat yang ana tak pernah rasa seperti berada disinI..Sukar untuk digambarkan..Saat meninggalkan kota Mekah & Madinah, sememangnya air mata ana mengalir tanpa ana sedari....(Ya Allah murahkan lah rezekiku dan kurniakan lah aku kesempatan dan kedayaan untuk datang ke Rumah Mu lagi Ya Allah...)


Antara yang terindah juga, ana tengah menghitung hari ...waktu..masa untuk bergelar isteri. Alhamdulillah..Ana bersyukur dengan segala yang telah Allah kurniakan pada Ana..Besar nikmatNya itu..Sebenarnya ini pun antara benda yang ana tak rancang dan ianya Suddenly Happen.....Alhamdulillah....InsyaAllah sekiranya tiada aral hujung tahun ini ana akan menjadi zawjati..Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Ana tahu, kehidupan akan datang akan jauh lebih mencabar kerana ana akan jadi pasangan PJJ (Pasangan Jarak Jauh)..dan ditambah Isnin-jumaat kerja dan Sabtu -Ahad kelas ..Pesannya berdoa la banyak-banyak kerana bahangnya sudah mula terasa...:)..Saat ini ana dan dia harus mempersiapkan diri dengan ilmu rumahtangga secukupnya... ^_^ (mungkin da jodoh kami..Alhamdulillah)


Antara yang terindah lagi juga, sekarang ana tengah menyambung pengajian Master ana di UUM....Alhamdulillah..Lihat saja satu persatu Allah kurniakan kepada hambaNya..Ana harap ana tak lalai dari mensyukuriNya..


Saat ini ana teringat saat-saat susah ana, ye..betullah " Selepas hujan ribut petir pastinya sang mentari n pelangi kembali menyinari"................



2 comments:

fadz said...

tahniah kak!!!!!!!!!!!

Qirana said...

thanq u dik..tibe masanya nanti jemputla datang..mungkin boleh ketemu bertentang mata...ye la sebelum ni dengan alam maya je..