Tuesday, January 12, 2010

Salam 2010



SALAM 2010...
Ana rasa ana mengambil masa yang lama untuk kembali menulis di Blog ini....mencari mood untuk menulis sebenarnya sangat susah...tetapi bila mood itu tiba, untuk menahannya juga sukar.......
Alhamdulillah, ana rasa 2009 telah ana tinggalkan dengan 1001 kenangan yang indah...dan ana bersyukur dan berpuas hati dengan isi kandungan 2009 (dan semoga 2010 lebih UP' dari tahun sudah, InsyaAllah)
Tahun 2010 ini rasanya bertambah satu lagi position ana iaitu sebagai ISTERI..Isteri kepada Mohd Halim Ab Rahman.....(jauh di sudut hati ana rasa inilah bahagianya nikmat perkhawinan)..Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan ana sangat berterima kasih kepada ibu ayah dan ibu ayah mertua ana serta adik beradik yang lain yang sama menjayakan majlis ana...(terima kasih juga pada yang sudi menghadirkan dan ana sangat terharu pada rakan-rakan yang jauh yang hadir sekali...terima kasih)

Pesanan azimat ibu dan ayah ana ialah.."sabar banyakkan besabar dalam alam rumahtangga ini" InsyaAllah berpegang kepada ayat itu ana dan suami akan sabar...mudah-mudahan...Dan pada Lillah, t.q sis 4 ur word...skala pengukuran walaupun tak 100% tapi bakinya Allah akan cukupkan tuk menjadi 100% InsyaAllah....
Hari ini 27 hari ana menjadi seorang isteri ...dan da 2 minggu ana berpisah dengan suami kerana tuntutan kerja...dan seawal pagi esok insyaAllah suami akan tiba di Perlis...(rasa rindu tu hanya Allah sahaja yang tahu, penantian itu satu penyeksaan)..dari jam 8 pagi tadi ana asyik memerhatikan waktu dan ana rasa begitu lewat sekali masa berlalu..huhuh
Ana masih ingat sewaktu menghantar suami ana menaiki bas pulang ke Negeri Sembilan (date: 3hb 1, time: 10 malam , venue: changlun)..ana menganalisis diri ana sendiri..ya ana tidak berasa sedih..tidak menangis dan ana bermonolog pada diri ana sendiri "eh, aku ni tak rindu kat suami ke?? tak sayang ke? ish awat tak rasa sedih ni"..kmdian ana befikir lagi..mungkin kerana ana dah letak "mindset", bersedia tuk hidup berjauhan...erhm mungkin..dan betul la kata pujangga berpisah tidak gelisah, tapi menanti saat pertemuaan itu...huhuhu.....
Tak sabar menanti kehadiran suami, Alhamdulillah minggu ni dipermudahkan negeri sembilan cuti hari keputeraan dan ahadnya Kedah cuti keputeraan..jadi suami boleh amik cuti tersepit (jumaat cuti) dan ana tidak ada kelas master hari ahad...hoyeaaa...jadi sehabis kelas hari sabtu...going to Langkawi..for 2nd honeymoon..hehheh

No comments: