Bismillahirrahmanirrahim..
Labbaikallahummalabbaik Labbaikalla syarika laka labbaik... Innalhamda wanni’mata Laka walmulk La syarikalak….
Seruan ini bergema lagi. Seruan lambaian Ka’abah, meminta sang hamba menyahut seruan untuk menjadi tetamu Allah.
Alhamdulillah tadi ana da selesaikan kesemua markah-markah PB ana..Lega rasanya. Minggu ni ana bercuti seminggu, wah macam-macam plan ana nak buat tapi tatau la sempat ke tak..jadi ke tak.. Tapi yang pasti stok buku yang banyak perlu di habiskan baca dan tempahan jahitan manik harus diselesaikan, rumah juga harus dikemas dan paling penting assgmnt UPSI harus disiapkan...Hehehehe
Raya haji tahun ni pun ana tidak pulang ke kampung halaman...Erm, tak pe ibu ayah dah bg green light sama macam tahun-tahun sebelumnya. Macam-macam aktiviti ana lakukan. Raya pertama g tengok korban, berkunjung ke Pusat Islam, shopping ke Tesco. Malam tu ana buat makan-makan untuk pelajar-pelajar JRV yang tak pulang beraya dr semester 1 hinggalah ke semester 6..Nasib baik ada ramai chef-chef yang turun membantu..Tasha dan Fyza pun cekap didapur. jadi dalam masa yang singkat lebih kurang jam 3.30 ptg kitaorg berjaya masak untuk makan 8.30 mlm...Masak soto, rendang, kuah lodeh, sambal kacang...Dan juga Shafiq membantu masak Pizza..heheheh
Raya ke dua nya, ana dan beberapa student yg lain beraya ke kampung jun di kodiang. Alhamdulillah rezeki kan..ptg tu kitaorg berjalan-jalan di batas sawah ..Seronok sgt angin sepoi-sepoi ..Hehehe..Mlm tu juga ada jemputan makan-makan lagi..Alhamdulillah ini dinamakan rezeki..
Sesuatu yang paling sinonim dengan bulan Zulhijjah ini ialah “pengorbanan”. Di saat inilah pengorbanan tiga insan agung dalam Islam akan dikenang. Dalam mana-mana ceramah yang dihadiri, maka akan diceritakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam dan isterinya Hajar serta anak mereka Nabi Ismail alahissalam. Jiwa-jiwa yang tulus-mulus akan merasakan betapa agungnya pengorbanan yang telah mereka lakukan demi Islam yang mana kisahnya dirakam dalam al-Qur’an, manfaatnya dikecapi oleh seluruh manusia sehingga ke hari kiamat.
Itulah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim meninggalkan anak dan isterinya di padang pasir yang tandus sehingga wujudnya telaga zam-zam dan kisah bagaimana Nabi Ibrahim diuji oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Sememangnya kisah ini perlu menjadi iktibar kepada seluruh umat Islam. Dihayati sepenuhnya untuk mencapai tahap keimanan yang tinggi di sisi Allah subhanahu wa Ta’ala. Persoalannya berapa ramaikah umat Islam hari ini yang sanggup berkorban demi agama Allah?
Wallahualam, ana juga bertanya pada diri ana sendiri..???Mampukah??
Peringtan buat ana sebagai seorang wanita, sedarlah bahawa pengorbanan yang dituntut dari seorang wanita itu bukan hanya mencakup tugas sebagai pendidik kepada anak-anak dan pengatur rumah tangga malah tugas dan tanggung jawab dakwah juga dituntut dari setiap Muslimah.
Wahai Muslimah,
Bangkitlah untuk berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Hayatilah pengorbanan yang telah dilakukan oleh empat wanita Islam yang agung, yang mana hasil pengorbanan mereka kita dapat mengecap nikmat Islam hari ini.
Mereka itulah yang disebut dalam satu hadis Rasulullah di mana diriwayatkan pada suatu hari Baginda membuat garis di atas tanah, Baginda pun bertanya kepada sahabat: “Adakah kamu sekalian mengetahui mengenai ini?” Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Baginda pun bersabda: “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam Binti Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad.”
Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” [TMQ Muhammad (47):7].
Wednesday, December 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment