Monday, March 30, 2009

Bengkel Bersama MATRI bagi Design Dialogue








<>

Sabtu ari tu selesai da satu projek ana dengan student semester 3 ana. Bengkel Fotografi Digital dan Adobe Photoshop...(3 more to go..chaiyyuk!!)


Apapun ana rasa berpuas hati melihat komitmen para urusetia dalam menjayakannya walaupun pada peringkat awal pengurusan agak kelam kabut...Ana harap ada ilmu, pengalaman dan pengajaran yang pelajar-pelajar sekalian perolehi....Apapaun TAHNIAH dan terima kasih kepada semua yang membantu....

Tak De Mood ^_^

huhu..tertekan ke ana?? Macam gambar tu ke?...Rasanya tak la..tapi lebih kepada tak de mood..Perasaan malas menguasai diri..ish nak menulis blog pun malas...nak taip mesej pun malas..nak gi keje lagi malas..Rasa cam 2'3 minggu ni tak de masa rest yang betul-betul rest fizikal dan mental..jasad dan rohani..
Mengapa? Do no.....harap-harap tak lama bermalas-malasan begini..Nanti sume keje tak jalan. Mungkin boring da kot, graf bekerja tu da start turun..(sgt best ramai lecturer baru da masuk jadi beban tugas da leh divide2...) minggu Audit ..FRP..Evaluation..dan macam-macam g..Semangat pun tak de sangat..Napa ntah????...

Monday, March 23, 2009

Tahajud Cinta...


Ana baru sahaja menyaksikan teater muzikal Sirah Junjungan Tahajud Cinta di Istana Budaya (masa tu nyanyian Dato Siti Nurhaliza) walaupun teater ini tidaklah sehebat Puteri Gunung Ledang, namun ianya mampu membuatkan penonton menitiskan air mata pada penghujung jalan cerita ini...

Melihat sahaja pementasan sirah dan pengorbanan Rasulullah S.A.W bermula dari baginda dilahirkan sehingga baginda wafat sudah cukup untuk menyedarkan kita betapa mulianya pengorbanan baginda.

Ana tidak dapat menahan air mata saat pementasan kewafatan baginda yang digambarkan .Sehingga ke akhir hayat baginda UMAT UMAT UMAT hanya UMAT nya yang baginda fikirkan..Pesan baginda kepada kita berpegangla Al Quran & Sunnah Baginda insyaAllah kita takkan sesat. Menitis juga air mata ini terbayang pengorbanan sahabat baginda 4 khalifah untuk baginda, menyentuh hati (argh, zaman sekarang nak cari sahabat yg susah senang bersama tak de nya dia tinggal kita dulu adalah)... Andainya Baginda dapat melihat umatnya sekarang pastinya baginda merasa sedih...

Ahad ari tu sewaktu kelas USTAZ ada kata apabila pergi ke tanah suci kalau ada rakan-rakan yang sampaikan salam kepada Rasulullah, pastikan mereka mengucapkan salam itu penuh kerana Rasulullah akan menjawab salam...

Seperkara lagi tentang lakonan Hendon mungkin pada ana agak over reacting dgn suaranya yang sgt lantang, apapun ia membawa kita menyelami keadaan peperangan pada masa itu dimana Hendon mengarahkan hambanya untuk pergi mencari Hamzah dan membunuhnya. Kemudian Hendon sendiri memakan jantung Hamzah. Namun Allah sendiri tidak mengizinkan daging n darah umat Islam masuk ke badan orang kafir hendon memuntahkan semula. Ustaz turut ada bercerita mengenai kisah ini pada kelas hari Ahad ari tu. Ustaz ada kata mayat Hamzah kekal segar seperti orang hidup. Sehingga selepas banjir besar yang melanda semua mayat peperangan (ana lupa hehe) timbul semula tapi masih dalam keadaan yang baik. Malah ketika proses pemindahan mayat ke kawasan tanah tinggi mayat Hamzah terkena sesuatu darah mengalir menitis sedangkan sudah 40 tahun mayatnya ketika itu. Macam tu la menurut ustaz pada kuliah Ahad ari tu...(Mati Syahid akan menjadikan kita seolah-olah sentiasa hidup..SubhanAllah) )

Bagi nyanyian nasyid terutama selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w ana rasa memang menyentuh perasaan..ditambah dengan nyanyian Siti nurhaliza.. Ana suka melihat pelakon-pelakon lelaki dan perempuannya yang memakai jubah dan telekung putih bersih , dengan wajah yang tenang ada juga yang terdiri daripada penyanyi nasyid dan kanak-kanak kecil yang turut menambah seri lakonan ini. (Mengingatkan ana pada seseorang yang selalu berpenampilan begitu..Bos kan??)

.Apapun TAHNIAH ana ucapkan kepada Eirma Fatimah atas teater ini....

________________________________________________________________

Salam Sahabat Muslim yang dikasihi,

KETIKA ISLAM DI CABAR...RASULULLAH s.a.w DIHINA DAN DI CERCA.... tidak ada yang termampu dilakukan oleh insan seni seperti saya.Lebih-lebih lagi kepada mereka yang memandang seni ini sesuatu yang menjijikkan.

Namun saya percaya..ALLAH maha mengetahui segalanya. Tidak ada yang dapat saya korbankan...tidak ada apa yang dapat saya perjuangkan selain dari sebuah karya yang memaparkan keagungan Rasul yang di cintai melalui pementasan SIRAH JUNJUNGAN sebuah kisah perjuangan Rasulullah s.a.w dari mulai baginda lahir hinggalah wafat.Tidak ada ertinya sebuah karya tanpa sokongan..Mohon sahabat-sahabat Muslim ku...siapa yang akan menyokong usaha saya ini kalau bukan kalian..sahabat sebangsa dan seagama ku.

Demi RASUL TERCINTA...gegarkanlah ISTANA BUDAYA dengan SELAWAT sempena Maulidur Rasul kali ini.Andai persembahan pop, Inggeris mampu diangkat...janganlah biarkan SIRAH JUNJUNGAN hanya sebagai cebisan karya untuk mengisi ruang ISTANA BUDAYA tanpa sokongan. Bukan untuk saya...bukan juga untuk sesiapa...tetapi untuk MARUAH KARYA ISLAM.Bantulah hebahkan pada sahabat-sahabat lain agar KISAH RASULULLAH ini dapat di tatap bersama.

.INFO : http://www.yayasansenikarya.com/

Salam Jazakallah

dari Insan Seni Hina..

Eirma Fatima

sujud...hanya mampu sujud



Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu Dan kita hanya mampu sujud


Jika direnung kembali Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan


Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……Hanya mampu sujud..


Pernah kulihat mereka Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah


Janganlah kita melupakanNya Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNyaKetika langit mendung tak bercahaya
Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..


:: Seminggu kebelakangan ini ana telah keluar pergi observe pelajar latihan industri di sekitar k.l dan agak busy dengan beberapa urusan yang sgt meletihkan.. Semalam ana baru sahaja sampai semula ke Perlis dalam jam 6.00 pagi (Terima Kasih kepada sis Adlina sebab sudi bersusah payah seawal pagi menjemput adiknya ini..I LOVE U SIS) dan seperti biasa jadual hari Isnin begitu padat dari 8 pagi sehingga 4 petang..Apapun ana gembira sebab pengarah da luluskan keempat-empat projek kertas kerja ana dan permohonan cuti 2 hari ini juga diluluskan....jadi petang ni ana akan pulang ke Port Dickson semula.....Yeahhh!!



Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini terlalu banyak kejadian, satu persatu yang berlaku. Sebab tu ana rasa sangat bersemangat bila mendengar lirik lagu MAWI di atas...tak pe Allah uji kita sabar la wahai hati....ana hanya mampu berdoa aja... Pada ana ini bukan bala ke apa ke..ntahla, pada siapa yang tahu...ana tabahkan hati je dan cube berfikiran positif n memujuk hati je walaupun dalam hati sedih juga tapi ana fikir contohnya erhm ana sakit tapi ada yang lebih teruk sampai da tahu saat kematiannya, ana penat ke sana ke mari ada kanak-kanak yang lebih penat sebab dalam usia yang muda bekerja mengangkat batu di panas mentari, ana accident kereta tapi Alahamdulillah ana dan Kak Zai terselamat sedangkan pada malam kejadian ada sebuah kereta lain yang terbakar dan nasib penumpang tidak diketahui..... Rumah ana ada hantu?? itupun ujian Allah menguji iman kita...Memang rasa risau tapi kita mengaku beriman tapi mengapa takut Makhluk lain selain Allah??



Cube kita lihat dari semua perspektif ini, ana rasa apa lah sangat..sebab tu ana masih boleh tersenyum. Makan dengan kenyang cume sebab tak sihat ni selera kurang sikit dan ntah macam tak de apa-apa yang berlaku..Cuma kadang-kadang lemah sikit sebab demam tak kebah-kebah 2'3 hari ni ditambah batuk dan selsema (Asyik sakit je tahun ni huhuhu)



Ana rasa masih boleh bergembira n bersyukur kerana...Ana masih mempunyai Ibu ayah dan keluarga lagi...Ibuayah masih menjaga ana seperti little princess mereka lagi..Ana masih mempunyai pekerjaan lagi sedangkan dalam keadaan ekonomi gawat kini dan ada yang telah dibuang kerja dan banyak lagi..jadi tiada sebab sebenarnya untuk ana bersedih atau mengeluh..Cuma sabar je lah kan..... ^_^

Friday, March 13, 2009

Hairan dengan diri sendiri...

Kekadang ana hairan dengan diri ana sendiri..tika diri mengatakan dosa menggunung..tetapi tetap angkuh untuk bertaubat...
Tika diri mengatakan ana bertaubat,tetapi berulang melakukan dosa...
Tika diri katakan islam sebagai matlamat,tetapi tetap longlai tak bersemangat..adakah layak diriku menjadi pejuang agamaMU..adakah layak diriku mendamba syurgaMU...
muhasabah buat diriku yang alpa.....
Dari semalam sehingga ke hari ini, perbincangan menjadi semakin tegang.. Apalagi bila masuk ke bab persoalan yang telah kemukakan.. habis semua ustaz-ustaz dan ustazah termasuk Kak Arni , Ustaz SalleH semua ana rujuk,...habis kitab, tafsir ana buka membacanya (Bagus juga macam ni kak arni kata buat sedikit research untuk kita juga, kebaikkan semua).. Akhirnya persoalan terjawab, seperti yang telah ana bentangkan. Erhm...namun tetap ada tercalit sedikit kekecewaan ..Masing-masing selepas isu tersebut cuba menjernihkan suasana.. (hoho hati ni merajuk lagi mehhh, ) Ada gak yang terluka kerana kata bos, ayat ana pedih sekali time pembentangan hujah ..huhuhu (Maafkan ana ea, emosi meh)
Berkorban, yup semuanya kena berkorban...Setiap Perjuangan Menuntut Pengorbanan.... cakap senangkan nak buat MasyaAllah susahnya..huhuu.. Bos pun tak boleh nak melepaskan perasaan tu walaupun hati bos sendiri ana pasti da goyah dengan persoalan itu..? Kan? kan? (tu yang dirajukkan..hahaha perempuankan) Ntahla kerana ada satu ikatan yang tak rasmi itu, maka bos sendiri berat nak melepaskan. Tapi bukan bos ada kata Pengorbanan?? Bgmana pulak tu ea??
Macam dalam buku Tunggu Teduh Dulu, (da jadi ayat trademark abi ) "Kerja Allah siapa yang tahu??"
..kan Abi , kerja tuhan siapa yang tahu...A= B + C pun tak de yang mustahil, sbb da jadi..Diulang sekali lagi Kerja Allah siapa yang tau??..
Sabar...Bos selalu ingatkan ana dengan ayat ni. tapi ana ni bukanla kategori sabar yang sangat tinggi macam bos ke abi ke..ummu dengan i ni lebih kurang je mungkin sebab kitaorang ni perempuan kot..Sabar kurang tapi tabah tu tinggi..heheh (perasannya)..
Ana pun tatahu apa ana tulis ni..huhuh tiada kene mengena antara mereka yang hidup atau yang mati..saja nak release tension..huhuh tension ka? tak juga abis ttu...saja isi masa lapang tunggu nak balik..

Thursday, March 12, 2009

PUM '2009

Ana terasa ingin menulis artikel ini setelah petang tadi ana menerima mesej dari adik-adik PUM'2008. Results SPM telah keluar petang semalam dan ana telah menerima mesej-mesej dari adik-adik ni yang ingin berkongsi kejayaan mereka ..

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua terutama NAJWA (dari sekolah menengah agama perempuan Kangar kerana mendapat 9A's)..Esok datang kangar jangan lupa mesej akak boleh kita jumpa InsyaALLAH...Ana rapat dan mengenali mereka melalui siri PUM 2008 bagi sekolah-sekolah zon utara dan teristimewa bagi Perlis...Ukhwah yang ada masih terjalin sehingga kini..^_^

Dan bagi adik-adik PUM 2009 , 15hb April ni ada pertandingan dan akak doakan kejayaan kalian. Email juga banyak diterima daripada mereka terutama selepas selesai bengkel sesi pertama. InsyaAllah, akak cuba menjawab setiap satu soalan yang dikemukan. Pada pasukan yang berjaya pada pertandingan kali ini, insyaALLAH kalau ada rezeki dan keizinan dariNya kita akan bertemu di bengkel ke-2, bengkel amali sebelum pertandingan final 30hb Mei ini. -InsyaAllah

kepada adik-adik sekolah MATRI (Maahad At Tarbiyah Al IslamiyahPerlis) InsyaAllah 28hb ni bengkel akan dibuat di Politeknik sebagai usaha sama khidmat masyarakat bagi kelas Design Dialogue ana..dan harap-harap kepada Pengiran Eadi'uzzaman and the geng jangan lupa perjanjian dan pertukaran kita ya..(heheheh ^_^)



En. Hasnan memberi taklimat kepada adik-adik bengkel PUM 2009

Bengkel PUM 2009 di Putra Palace Hotel, Kangar

Pengiran Eadi'uzzaman, Abdullah Farhan, Muhammad Rafhan, Muhammad Uzzair, Ahmad Shukri tahfiz-tahfiz dari MATRI

MUHASABAH DIRI .....

Artikel ini ana baca tadi dari Majalah Anis bulan ni dan ana gabungkan juga dari artikel Majalah Al-Muslimah bulan ni. Dan ana rasa kedua-dua artikel ni adalah PERINGATAN buat ana dan sahabat-sahabat yang lain........................

Tubuh badan atau jasad adalah antara nikmat terbesar Allah kurniakan kepada kita hambaNya. Apabila disebut nikmat maka ia wajib disyukuri dan hak yang wajib dijaga. Malah, apabila disebut HAK bermakna ia pasti ditanya bagaimana kita mengurus tadbirnya.

Al Ajwafan

Di kalangan anggota badan ada yang dikenali sebagai Al Ajwafan - maksudnya 2 rongga. 2 Rongga ini sekiranya kita tadbir dengan baik ia boleh menjadi sungai yang mengalirkan lautan pahala dan hasanat. Manakala andai dibiar 2 rongga ini dimanipulasi oleh nafsu dan syaitan maka ia bertukar menjadi dosa dan kemurkaan

Sabda Nabi SAW :" Dosa yang paling banyak menghumbankan (manusia) ke dalam neraka (adalah berpunca dari) Al Ajwafan (2 rongga) iaitu mulut dan kemaluan ." - Riwayat Ahmad dan At-Tarmizi daripada Abu Hurairah r.a

Rongga Pertama : Mulut dan Lidah

Pepatah Melayu ada mengatakan "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Memang benar, sejarah dunia juga telah mencatatkan bahawa akibat dari penangan keceluparan mulut juga lidah yang mazmumah, maka telah tercetus bermacam-macam kerosakan, persengketaan dan peperangan di bumi ini. Bahkan kerosakan di akhirat.

Ada satu kisah mengenai seorang perempuan yang perihalnya diadukan kepada Nabi Muhammad SAW perihal wanita yang kuat bangun beribadat di tengah malam dan berpuasa di siang hari tetapi suka menyakiti hati jirannya dengan lidahnya, maka baginda SAW bersabda ; "Tiada kebaikan lagi padanya, bahkan dia adalah penghuni neraka" (Ya Allah ampunila dosa hambamu ini yang terlalu banyak khilafnya, semakin takut hambamu ini dengan dosa-dosaku....)

Dosa mulut (lidah) ini berat sekali dan besar sekali. Imam Al Ghazali di dalam Ihya'nya mewujudkan bab khusus lagi panjang lebar berkenaan A-fa-tul Lisan ataupun kecelakaan lisan dalam tajuk AL MUHLIKAT yakni perkara-perkara yang bakal membinasakan manusia. Bayangkan lidah sekecil itu yang menjadi alat kita melafazkan kalimah syahadah yang suci adalah yang paling banyak menghadapi pertuduhan dan pendakwaan di padang masyar nanti.

Lidah berkemungkinan sahaja akan dihadapkan ke muka pengadilan mahkamah Rabbul Jalil atas tuduhan jenayah yang banyak seperti mengumpat, memfitnah, memaki hamun, mencela, mencaci, menghina, mencerca, bersupah palsu, menjaja cerita yang tidak betul dan sebagainya.
Dari sudut biologi, lidah itu sudah dikepung dan dipagari oleh 2 perisai yang ampuh iaitu gigi dan mulut....Malangnya ia masih dapat menerobos keluar (Astaghfirullah Al Azim)

Rongga Kedua : Kemaluan

Inilah asbab (punca) kedua terbesar mengapa manusia akan terhumban ke dalam neraka. Kerana kemaluan yang dihalakan kepada maksiat dan dosa. Kepada zina, liwat dan as-sihaq akibat kalah dengan runtutan nafsu syahwat yang tidak pernah puas......Dosa kemaluan ini harus disusuli dengan taubat nasuha...
__________________________________________________________________
Antara hikmah berdiam daripada banyak berkata ialah:-

* Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
* Perhiasan tanpa berhias
* Benteng tanpa pagar
* Kehebatan tanpa kerajaan
* Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang lain
* Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
* Menutupi segala aib


" Barang siapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Barang siapa yang banyak dosanya, neraka la lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia berkata baik atau diam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya" (Riwayat at-Tarmizi)

Para hukama ada bermadah :- " Banyak diam tidak semestinya cerdik kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik daripada orang bodoh yang banyak cakap"

" Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang lain...."
Manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM

P/S: APA YANG DITULIS INI ADALAH PERINGATAN, TEGURAN DAN MUHASABAH BUAT DIRI SENDIRI AGAR SELALU BERINGAT KERANA KITA ADALAH HAMBA YANG SERING TERLUPA DAN TERLEKA DAN SELALU KENA "REFRESH"..(ya Allah, Ampunila dosa-dosa hambaMu ini. Terlalu banyaknya khilaf ku)

Teguran ku adakah melukakan hati nya???


Malam ni ana ada rasa sedikit keresahan erhm, mungkin ana rasa gelisah sebab ana ada menegur sahabat ana semalam..Hati ana macam tak tenang, ana terfikir mungkin kah dia terluka dengan teguran ana?? Dah cukup hebat sangat ke nak menegur orang lain? Ntahla rasa macam tak best je malam ni..


Fikir balik..fikir balik kata-kata mu..Ana menegur sebab ana juga sayang kepada sahabat ana tersebut..Ada masa kita perlukan juga orang lain untuk menegur kita, sebab dia sayang kita. Kak Zai dan Azah antara insan yang selalu menegur ana, sebab kadang-kadang kita lupa jadi saling mengingati..(Terima kasih k.Zai, Aza......untuk teguran-teguran kalian selama ini kerana itu membantu kita untuk muhasabah diri kita)..


Yea,memang ada masanya teguran-teguran itu pedas dan sebagainya, ada juga yang menegur dengan lemah lembut dan sebagainya...tapi mesti belajar menerima dengan hati yang terbuka..(inilah yang ana selalu pesan di hati ana setiap kali menerima teguran)..dan yang ana selalu fikir apabila akak-akak ni menegur ialah mereka menegur kerana mereka SAYANG pada kita......Macam ibu ayah kita juga, setiap masa mereka akan menegur kita..iye kadang-kadang kerana sifat keegoaan dalam diri manusia itu kita kadang-kadang seolah-olah tak boleh menerima teguran, ingin menjawab atau sebagainya, tetapi bila keadaan dan hati kembali tenang bila difikirkan semula teguran itu...adalah untuk kebaikkan kita..........dan kerana orang-orang sekeliling kita menyayangi kita...
" Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; Sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi" (Ali Imran:8)

Monday, March 9, 2009

::Bertahan::

Muhasabah CintaMunsyid : EdCoustichttp://liriknasyid.com

Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama iniYa Ilahi….Muhasabah cintaku…
Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
"Bertahan" itulah ayat yang ana dengar dari semalam. Kesihatan yang tak begitu baik di samping perjalanan yang jauh. Rasanya malam semalam memang satu ujian kecil buat ana.


Rasanya boleh dikatakan 7 perhentian juga ana berhenti mengeluarkan segala isi perut yang ada. Sakitnya kepala, tangan dan kaki juga terketar-ketar kesakitan...Rasanya urat-urat muka pun penat dengan keadaan muka yang berkerut-kerut menahan sakit...Menggigil-gigil tangan memegang stereng kereta dan kekuatan nak tekan pedal minyak pun tak terdaya. Ditambah kereta yang banyak sepanjang highway utara-selatan...Dan juga hujan lebat yang hampir tidak nampak jalan lansung dan suasana malam. Semuanya benar-benar menguji kesabaran ana....


Sepanjang perjalanan ana berzikir dan berdoa semoga selamat tiba ke destinasi ...Ana berdoa agar diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan, kalau dilihat meter di hadapan rasanya dalam sejarah kot ana memandu di highway dengan kelajuan 70/jam...


Sememangnya sebelum perjalanan bermula ana sihat tapi mana nak duga selepas persinggahan di Putra Height dan melepasi masjid KLIA semula nak sakit kan..dan tak duga juga nak jadi teruk kan...


Sepanjang memandu ana memujuk hati.."kita sakit Allah yang bagi..Nanti kita sembuh pun Allah yang bagi " Seseorang sering mengingatkan ana tentang pekara itu.. Akhirnya jam 2 lebih ana selamat tiba ke destinasi.....

Alhamdulillah......Kepada mereka-mereka yang menemani ana sepanjang perjalanan kerana risau dan mengambil berat kepada ana, terima kasih ...Sesungguhnya ana menyayangi kalian semua...

"Tidak (sempurna) iman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (HR Bukhari dan Muslim)

Sunday, March 8, 2009

~~ Persiapan Awal...

Balik kali ini, ibu memberi tip-tip utama bagi persiapan awal ni. Aiseh, rasanya ana tak ready atau prepare apa-apa pun lagi. Selama ni fikir masih awal lagi, tapi masa ni cepat berlalu rupanya...huhu..

Semalam ada cari-cari kain putih..Jubah putih lebih sesuai dan manis rasanya. Ada yang berkenan di hati, InsyaAllah nak dekat nanti kalau tiada di tempat lain rasanya ana akan beli yang tu sahaja ('aim' da tu..)

Apalagi ya persiapan awal-awal ni..Borang-borang nak isi?.. banyak gak kot tapi bila ntah ana nak uruskan tu semua. Nanti dalam Sale yang ada leh reiki tengok kasut yang sesuai juga...Persiapan tu ringkas tapi semuanya berbalik pada HATI..kena pastikan sentiasa tenang, suci dan bersih..Adeih..huhuhuh

Berdebat-debar pun ada..Menanti saat-saat bahagia rasanya. Takut air mata ni nanti tiba saat tu tak henti mengalir mungkin mengucap syukur.. Cepatla masa berlalu, permudahkanla bagiku Ya Allah...Amin...Engkaulah Yang Maha Mengetahui...

Home Sweet Home 2

Da lama tak update blog..Bersawang da..kena amik vacum n sedut sume sawang..Busy kebelakangan ni..Busy apa ea??? Argh..buat-buat busy kot..heheheh
Minggu ni ana balik Pee Dee lagi..Perasaan yang sangat bahagia apabila berada disamping keluarga tersayang..(Setuju kan)..Seronoknya kali ini semua balik..
Termasuk Aiman yang bongsu..kesian tengok adik ana yang sorang ni...ye la pengalaman pertama tinggal di asrama...tidur pun tak cukup lena...Seawal jam 4 pagi da bangun, bila ujung minggu ayah bawa pulang memang dia tidur sungguh-sungguh kat umah..^_^ Itulah dia "aiman tak kisah ana"Justify Full, da tingkatan satu rupanya. Alhamdulillah sekarang dia da sambung blaja kat asrama penuh, SDAR..
erhm tinggal haziq pula sorang di rumah menemani ibuayah. Semalam die tunjukkan kat ana kasut sukan (actually but bola) dia yang da koyak...Paham-paham la hint yang dia bagi. Ana kata insyaAllah tunggu minggu depan t along belikan yang baru.."Alhamdulillah....ujar dia sambil tersenyum kesukaan..heehhee tahun ni die nak PMR tapi masih aktif bersukan..Tak pe masih rasanya masih awal tahun lagi ni..
Nabihah, erhm sakit gigi yang teramat jadi dia pulang bercuti. G jumpa doktor gigi. Buat rawatan mati kan akar tuk satu gigi.. MasyaAllah, mahalnya untuk sebatang gigi dekat-dekat RM 1550..Patutla keje dentist ni kaya..hehhehe Kesian kat adik ana sorang ni menderita sakit gigi, Sabar la..Pastu macam biasa busy dengan assgmnt Matrix die .almaklumla da final kan. Erhm ni tengah suh ana wat laman web die pakai Dreamweaver, Flash...Bertuah kan mereka, ana dulu tak de kakak pun..semua buat sendiri..Seronok juga kami lepak berdua kat pekan pee dee makan Pizza, jalan tgk tudung, jubah..dia yang banyak memborong..Bhah..bhah..
Angah pun pulang..kali ni bawa balik kawan die..kononnya nak kenalkan kat ana aja sekali ter kantoi kat ibu sekali..da jadi sesi perkenalan tak rasmi..hehheh..Geram dengan dia sebab da berpuluh kali pesan suh bawa balik rempah soto dari batu pahat tapi tak bawa balik juga..huhu..(Angah , minggu depan bawa la balik wei...)
Ni la ragam adik-adik ana yang ana sayangi. seronok bila berkumpul semua, walaupun kadang-kadang pening pala dengan kerenah masing-masing tapi inilah darah daging kita dunia akhirat. Seronoknya di rumah kita akan rasa lots of LOVE..ntahla walaupun bergaduh dengan mereka ke bergurau ke tapi rasa love tu berlegar-legar je.tenang je heheheh..
Seronok juga sebab dapat jumpa sahabat baik...Selalu langkah kanan setiap kali datang rumah dia. Nazrah..i miss u..rindu juga kat lin , da lama tak jumpa n berkumpul bersama lagi.huhu..So cam ne cuti-cuti Malaysia kita, ari tu nak ke Langkawi da tak jadi..kita ke Sabah la , lin bawa jalan2 sana....
Hari ni pun sambut belated besday seseorang. tapi macam pelik sikit, sambut besday orang tu tapi dia yang belanja ana makan dan sebagainya..Bagus-bagus....nanti belanja lagi yea.hehhehe..Terima kasih untuk hari ini, ada rezeki nak lagi..^_^.... Terima la hadiah sebatang pena yang tak seberapa dari ana..Namun besar kegunaannya..hohoho...
Seronok juga sebab hari ni jalan-jalan kat Jaya Jusco ada SALE..nama pun perempuan, aiya tak mampu nak elak. Cuma bagusnya ana kali ni tak beli apa-apa..budak baik la kononnya..^_^...Ana cuma g hantar laptop untuk dibetulkan skrinnya.Alhamdulillah, sekarang laptop ana da ok semula...
Esok ana da nak pulang ke Perlis semula..Huhuhu..Melalui perjalanan yang jauh sekali..Ana nak singgah nak melawat mereka-mereka yang ada di sana-sana...Harap-harap sempat jumpa esok..
InsyaAllah...