Ana baru sahaja menyaksikan teater muzikal Sirah Junjungan Tahajud Cinta di Istana Budaya (masa tu nyanyian Dato Siti Nurhaliza) walaupun teater ini tidaklah sehebat Puteri Gunung Ledang, namun ianya mampu membuatkan penonton menitiskan air mata pada penghujung jalan cerita ini...
Melihat sahaja pementasan sirah dan pengorbanan Rasulullah S.A.W bermula dari baginda dilahirkan sehingga baginda wafat sudah cukup untuk menyedarkan kita betapa mulianya pengorbanan baginda.
Ana tidak dapat menahan air mata saat pementasan kewafatan baginda yang digambarkan .Sehingga ke akhir hayat baginda UMAT UMAT UMAT hanya UMAT nya yang baginda fikirkan..Pesan baginda kepada kita berpegangla Al Quran & Sunnah Baginda insyaAllah kita takkan sesat. Menitis juga air mata ini terbayang pengorbanan sahabat baginda 4 khalifah untuk baginda, menyentuh hati (argh, zaman sekarang nak cari sahabat yg susah senang bersama tak de nya dia tinggal kita dulu adalah)... Andainya Baginda dapat melihat umatnya sekarang pastinya baginda merasa sedih...
Ahad ari tu sewaktu kelas USTAZ ada kata apabila pergi ke tanah suci kalau ada rakan-rakan yang sampaikan salam kepada Rasulullah, pastikan mereka mengucapkan salam itu penuh kerana Rasulullah akan menjawab salam...
Seperkara lagi tentang lakonan Hendon mungkin pada ana agak over reacting dgn suaranya yang sgt lantang, apapun ia membawa kita menyelami keadaan peperangan pada masa itu dimana Hendon mengarahkan hambanya untuk pergi mencari Hamzah dan membunuhnya. Kemudian Hendon sendiri memakan jantung Hamzah. Namun Allah sendiri tidak mengizinkan daging n darah umat Islam masuk ke badan orang kafir hendon memuntahkan semula. Ustaz turut ada bercerita mengenai kisah ini pada kelas hari Ahad ari tu. Ustaz ada kata mayat Hamzah kekal segar seperti orang hidup. Sehingga selepas banjir besar yang melanda semua mayat peperangan (ana lupa hehe) timbul semula tapi masih dalam keadaan yang baik. Malah ketika proses pemindahan mayat ke kawasan tanah tinggi mayat Hamzah terkena sesuatu darah mengalir menitis sedangkan sudah 40 tahun mayatnya ketika itu. Macam tu la menurut ustaz pada kuliah Ahad ari tu...(Mati Syahid akan menjadikan kita seolah-olah sentiasa hidup..SubhanAllah) )
Bagi nyanyian nasyid terutama selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w ana rasa memang menyentuh perasaan..ditambah dengan nyanyian Siti nurhaliza.. Ana suka melihat pelakon-pelakon lelaki dan perempuannya yang memakai jubah dan telekung putih bersih , dengan wajah yang tenang ada juga yang terdiri daripada penyanyi nasyid dan kanak-kanak kecil yang turut menambah seri lakonan ini. (Mengingatkan ana pada seseorang yang selalu berpenampilan begitu..Bos kan??)
.Apapun TAHNIAH ana ucapkan kepada Eirma Fatimah atas teater ini....
________________________________________________________________
Salam Sahabat Muslim yang dikasihi,
KETIKA ISLAM DI CABAR...RASULULLAH s.a.w DIHINA DAN DI CERCA.... tidak ada yang termampu dilakukan oleh insan seni seperti saya.Lebih-lebih lagi kepada mereka yang memandang seni ini sesuatu yang menjijikkan.
Namun saya percaya..ALLAH maha mengetahui segalanya. Tidak ada yang dapat saya korbankan...tidak ada apa yang dapat saya perjuangkan selain dari sebuah karya yang memaparkan keagungan Rasul yang di cintai melalui pementasan SIRAH JUNJUNGAN sebuah kisah perjuangan Rasulullah s.a.w dari mulai baginda lahir hinggalah wafat.Tidak ada ertinya sebuah karya tanpa sokongan..Mohon sahabat-sahabat Muslim ku...siapa yang akan menyokong usaha saya ini kalau bukan kalian..sahabat sebangsa dan seagama ku.
Demi RASUL TERCINTA...gegarkanlah ISTANA BUDAYA dengan SELAWAT sempena Maulidur Rasul kali ini.Andai persembahan pop, Inggeris mampu diangkat...janganlah biarkan SIRAH JUNJUNGAN hanya sebagai cebisan karya untuk mengisi ruang ISTANA BUDAYA tanpa sokongan. Bukan untuk saya...bukan juga untuk sesiapa...tetapi untuk MARUAH KARYA ISLAM.Bantulah hebahkan pada sahabat-sahabat lain agar KISAH RASULULLAH ini dapat di tatap bersama.
.INFO : http://www.yayasansenikarya.com/
Salam Jazakallah
dari Insan Seni Hina..
Eirma Fatima
1 comment:
HANYA dengan cara Rasulullah S.A.W agama akan terbela.
Post a Comment