Thursday, March 12, 2009

MUHASABAH DIRI .....

Artikel ini ana baca tadi dari Majalah Anis bulan ni dan ana gabungkan juga dari artikel Majalah Al-Muslimah bulan ni. Dan ana rasa kedua-dua artikel ni adalah PERINGATAN buat ana dan sahabat-sahabat yang lain........................

Tubuh badan atau jasad adalah antara nikmat terbesar Allah kurniakan kepada kita hambaNya. Apabila disebut nikmat maka ia wajib disyukuri dan hak yang wajib dijaga. Malah, apabila disebut HAK bermakna ia pasti ditanya bagaimana kita mengurus tadbirnya.

Al Ajwafan

Di kalangan anggota badan ada yang dikenali sebagai Al Ajwafan - maksudnya 2 rongga. 2 Rongga ini sekiranya kita tadbir dengan baik ia boleh menjadi sungai yang mengalirkan lautan pahala dan hasanat. Manakala andai dibiar 2 rongga ini dimanipulasi oleh nafsu dan syaitan maka ia bertukar menjadi dosa dan kemurkaan

Sabda Nabi SAW :" Dosa yang paling banyak menghumbankan (manusia) ke dalam neraka (adalah berpunca dari) Al Ajwafan (2 rongga) iaitu mulut dan kemaluan ." - Riwayat Ahmad dan At-Tarmizi daripada Abu Hurairah r.a

Rongga Pertama : Mulut dan Lidah

Pepatah Melayu ada mengatakan "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Memang benar, sejarah dunia juga telah mencatatkan bahawa akibat dari penangan keceluparan mulut juga lidah yang mazmumah, maka telah tercetus bermacam-macam kerosakan, persengketaan dan peperangan di bumi ini. Bahkan kerosakan di akhirat.

Ada satu kisah mengenai seorang perempuan yang perihalnya diadukan kepada Nabi Muhammad SAW perihal wanita yang kuat bangun beribadat di tengah malam dan berpuasa di siang hari tetapi suka menyakiti hati jirannya dengan lidahnya, maka baginda SAW bersabda ; "Tiada kebaikan lagi padanya, bahkan dia adalah penghuni neraka" (Ya Allah ampunila dosa hambamu ini yang terlalu banyak khilafnya, semakin takut hambamu ini dengan dosa-dosaku....)

Dosa mulut (lidah) ini berat sekali dan besar sekali. Imam Al Ghazali di dalam Ihya'nya mewujudkan bab khusus lagi panjang lebar berkenaan A-fa-tul Lisan ataupun kecelakaan lisan dalam tajuk AL MUHLIKAT yakni perkara-perkara yang bakal membinasakan manusia. Bayangkan lidah sekecil itu yang menjadi alat kita melafazkan kalimah syahadah yang suci adalah yang paling banyak menghadapi pertuduhan dan pendakwaan di padang masyar nanti.

Lidah berkemungkinan sahaja akan dihadapkan ke muka pengadilan mahkamah Rabbul Jalil atas tuduhan jenayah yang banyak seperti mengumpat, memfitnah, memaki hamun, mencela, mencaci, menghina, mencerca, bersupah palsu, menjaja cerita yang tidak betul dan sebagainya.
Dari sudut biologi, lidah itu sudah dikepung dan dipagari oleh 2 perisai yang ampuh iaitu gigi dan mulut....Malangnya ia masih dapat menerobos keluar (Astaghfirullah Al Azim)

Rongga Kedua : Kemaluan

Inilah asbab (punca) kedua terbesar mengapa manusia akan terhumban ke dalam neraka. Kerana kemaluan yang dihalakan kepada maksiat dan dosa. Kepada zina, liwat dan as-sihaq akibat kalah dengan runtutan nafsu syahwat yang tidak pernah puas......Dosa kemaluan ini harus disusuli dengan taubat nasuha...
__________________________________________________________________
Antara hikmah berdiam daripada banyak berkata ialah:-

* Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
* Perhiasan tanpa berhias
* Benteng tanpa pagar
* Kehebatan tanpa kerajaan
* Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang lain
* Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
* Menutupi segala aib


" Barang siapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Barang siapa yang banyak dosanya, neraka la lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia berkata baik atau diam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya" (Riwayat at-Tarmizi)

Para hukama ada bermadah :- " Banyak diam tidak semestinya cerdik kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik daripada orang bodoh yang banyak cakap"

" Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang lain...."
Manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM

P/S: APA YANG DITULIS INI ADALAH PERINGATAN, TEGURAN DAN MUHASABAH BUAT DIRI SENDIRI AGAR SELALU BERINGAT KERANA KITA ADALAH HAMBA YANG SERING TERLUPA DAN TERLEKA DAN SELALU KENA "REFRESH"..(ya Allah, Ampunila dosa-dosa hambaMu ini. Terlalu banyaknya khilaf ku)

1 comment:

Q said...

sbab tu sya diam je..
hehe