Thursday, March 12, 2009

Teguran ku adakah melukakan hati nya???


Malam ni ana ada rasa sedikit keresahan erhm, mungkin ana rasa gelisah sebab ana ada menegur sahabat ana semalam..Hati ana macam tak tenang, ana terfikir mungkin kah dia terluka dengan teguran ana?? Dah cukup hebat sangat ke nak menegur orang lain? Ntahla rasa macam tak best je malam ni..


Fikir balik..fikir balik kata-kata mu..Ana menegur sebab ana juga sayang kepada sahabat ana tersebut..Ada masa kita perlukan juga orang lain untuk menegur kita, sebab dia sayang kita. Kak Zai dan Azah antara insan yang selalu menegur ana, sebab kadang-kadang kita lupa jadi saling mengingati..(Terima kasih k.Zai, Aza......untuk teguran-teguran kalian selama ini kerana itu membantu kita untuk muhasabah diri kita)..


Yea,memang ada masanya teguran-teguran itu pedas dan sebagainya, ada juga yang menegur dengan lemah lembut dan sebagainya...tapi mesti belajar menerima dengan hati yang terbuka..(inilah yang ana selalu pesan di hati ana setiap kali menerima teguran)..dan yang ana selalu fikir apabila akak-akak ni menegur ialah mereka menegur kerana mereka SAYANG pada kita......Macam ibu ayah kita juga, setiap masa mereka akan menegur kita..iye kadang-kadang kerana sifat keegoaan dalam diri manusia itu kita kadang-kadang seolah-olah tak boleh menerima teguran, ingin menjawab atau sebagainya, tetapi bila keadaan dan hati kembali tenang bila difikirkan semula teguran itu...adalah untuk kebaikkan kita..........dan kerana orang-orang sekeliling kita menyayangi kita...
" Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; Sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi" (Ali Imran:8)

5 comments:

shygurl said...

i lebleu atin.. but i lev 'diddy' more..

hg jgn risau, pasni aku x kan tegoq hg dah..dlm ofis pn aku x ckp lg ngan hg.. ooo aku paham artikel ni adalah utk suruh aku diam..

ok fine sweetie..

mummy Kh@yla said...

Hoho tak de keje mehhh??

minggu depan seminggu hang akan bersama aku..hehehheh..

shygurl said...

benciiiiiiiiiiiiii

minggu satu lg kena p miting kat kajang plakkkkk

eeeeeeeeeeeeeeeeee 2 minggu without diddy..

Mer8x said...
This comment has been removed by the author.
Q said...

haha..
gaduh2..
tanda syg tu..
mak ckap la..