Friday, March 13, 2009

Hairan dengan diri sendiri...

Kekadang ana hairan dengan diri ana sendiri..tika diri mengatakan dosa menggunung..tetapi tetap angkuh untuk bertaubat...
Tika diri mengatakan ana bertaubat,tetapi berulang melakukan dosa...
Tika diri katakan islam sebagai matlamat,tetapi tetap longlai tak bersemangat..adakah layak diriku menjadi pejuang agamaMU..adakah layak diriku mendamba syurgaMU...
muhasabah buat diriku yang alpa.....
Dari semalam sehingga ke hari ini, perbincangan menjadi semakin tegang.. Apalagi bila masuk ke bab persoalan yang telah kemukakan.. habis semua ustaz-ustaz dan ustazah termasuk Kak Arni , Ustaz SalleH semua ana rujuk,...habis kitab, tafsir ana buka membacanya (Bagus juga macam ni kak arni kata buat sedikit research untuk kita juga, kebaikkan semua).. Akhirnya persoalan terjawab, seperti yang telah ana bentangkan. Erhm...namun tetap ada tercalit sedikit kekecewaan ..Masing-masing selepas isu tersebut cuba menjernihkan suasana.. (hoho hati ni merajuk lagi mehhh, ) Ada gak yang terluka kerana kata bos, ayat ana pedih sekali time pembentangan hujah ..huhuhu (Maafkan ana ea, emosi meh)
Berkorban, yup semuanya kena berkorban...Setiap Perjuangan Menuntut Pengorbanan.... cakap senangkan nak buat MasyaAllah susahnya..huhuu.. Bos pun tak boleh nak melepaskan perasaan tu walaupun hati bos sendiri ana pasti da goyah dengan persoalan itu..? Kan? kan? (tu yang dirajukkan..hahaha perempuankan) Ntahla kerana ada satu ikatan yang tak rasmi itu, maka bos sendiri berat nak melepaskan. Tapi bukan bos ada kata Pengorbanan?? Bgmana pulak tu ea??
Macam dalam buku Tunggu Teduh Dulu, (da jadi ayat trademark abi ) "Kerja Allah siapa yang tahu??"
..kan Abi , kerja tuhan siapa yang tahu...A= B + C pun tak de yang mustahil, sbb da jadi..Diulang sekali lagi Kerja Allah siapa yang tau??..
Sabar...Bos selalu ingatkan ana dengan ayat ni. tapi ana ni bukanla kategori sabar yang sangat tinggi macam bos ke abi ke..ummu dengan i ni lebih kurang je mungkin sebab kitaorang ni perempuan kot..Sabar kurang tapi tabah tu tinggi..heheh (perasannya)..
Ana pun tatahu apa ana tulis ni..huhuh tiada kene mengena antara mereka yang hidup atau yang mati..saja nak release tension..huhuh tension ka? tak juga abis ttu...saja isi masa lapang tunggu nak balik..

1 comment:

Anonymous said...

Keperitan itu sebenarnya mengajar kita tentang realiti sebuah kehidupan. Belajarlah daripadanya, teruskan usaha dan janganlah berputus asa. Kelak nanti kita akan menikmati kehidupan itu.