Monday, August 3, 2009

Perjalanan Pulang Bersama Bekal ibu


Nasi goreng di atas ini bukanla nasi goreng seperti yang dibekalkan ibu ana,,..tapi lebih kepada gambar simbolik..hehhehe

Ahad ,
Seawal jam 4.30 pagi ibu mengejutkan ana bangun dari tido..arghhh..terasa ngantuknya kerana penat perjalanan jumaat ari tu pun tak hilang lagi..(ana selamat sampai di rumah pee dee jam 1 pagi)...tapi apakan daya ada tanggungjawab lain juga menanti di perlis..ana mesti sampai di UUM jam 12 kerana kuliah advanced SAD di UUM...

Pagi subuh itu ibu membekalkan ana dengan nasi goreng..ye walaupun ianya bukanla menu yang istimewa tetapi ana sangat suka dengan bekal dan masakan ibu ini. Ana duduk jauh, sekali sekala saja dapat merasa air tangan masakan ibu..Bekal ibu menjadi teman perjalanan pulang ana.sepanjang memandu setiap kali mengantuk ana akan makan bekal yang diberi sesuap..hajatnya untuk dijadikan menu tengahri tapi sebelum jam 12 bekal yang dibawa telah selesai di makan..heehh .Jam 8 pagi ana da tibe di Tapah, Subahanallah ana sangat-sangat mengantuk dan tanpa sedari 45 minit ana terlelap di dalam kereta ....kemudian dari itu ana meneruskan perjalanan ..Alhamdulillah tepat 12 tengahari ana tiba di kelas ASAD..dan ana ada presentation tentang PBL1 ana (Problem Base Learning 1) mengenai case study UUM Website. Sahabat group ana tidak hadir, mungkin ada aral kerana sebelumnya ada diberitahu mengenai anaknya yang sakit..(kesian kak Nizah tak pe ni hari die,,esok2 mungkin hari ana pulak)..Apapun ada sedikit komen dari Dr. Haslina bagi membetulkan tentang <> atau <> tentang system ana...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Malam tu ana terdengar adik lelaki ana bertanya kepada ayah

Haziq :"Along balik bila ayah?"
Ayah :"Esok"

Ana tatahu kenapa tapi ana terasa sesuatu..mungkin ana kerap pulang kebelakangan ini tapi ana hanya pulang untuk tempoh sehari sahaja, itupun untuk menyelesaikan beberapa urusan..beberapa minggu yang sudah kepulangan ana ,ana tidak sempat berjumpa dengan 2 orang adik ana haziq dan aiman..Sebenarnya ana juga merindui adik2 ana, jauh di sudut hati ana sedih sebab ana tak dapat ada disisi mereka tengok mereka belajar dan berkongsi sebagainya dengan mereka....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

No comments: