Monday, August 10, 2009

: ~ Zikir Fatimah ~ :

Ana rasa kebelakangan ni ana rasakan macam keletihan melampau..Mungkin keje yang makin hari makin bertambah..'Biasalah keje sampai bila-bila pun takkan habis'..Tapi kenala buat sikit-sikit..Aturkan pengurusan masa yang baik..paling penting jangan tangguh keje..'Once tangguh' Alamak!! makin menimbun la jawabnya (nasihat untuk diri sendiri ni )

Gunakan la segala jenis milestone, timelines, schedule apa sajalah yang boleh untuk clasifiedkan setiap kategori kerja n perjalanan setiap keje..Paling BEST bila melihat setiap keje dapat dilaksanakan dan dipotong apabila selesai...heheeh(Yahoo!!!)

Letih..ada la..tapi mungkin ada yang lebih letih lagi dari ini..hehe tapi tu ar kemampuan kita setiap manusia berbeza...Thanx kepada Lillah yang mengingatkan ana dengan ZIKIR FATIMAH ni..serius ana pun terlupa...Zikir ni Nabi Muhammad s.a.w kepada puteri baginda Fatimah apabila puteri baginda mengadu keletihan menguruskan urusan rumahtangga.....

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya;
Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku.
Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x,

maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.

Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.


P/S: Pasni jadikan ini sebagai satu amalan ye....InsyaAllah

1 comment:

Nurul Hidayah Isnin said...

mohon share di facebook ya..
syukran!