Monday, August 31, 2009
Rindu masakan Ibu..........
Kuliah master da mula rasa bahang assgmnt..Macam banyak je..hehe Keje-keje kat opis pun erhmm memang banyak..Kadang-kadang ana rasa macam da cukup cepat ana siapkan sume keje tapi datang lagi keje..Tak pe la wat pelan-pelan..
Hari ni seharian mengadap laptop buat asgmnt...buat nota..buat soalan final V5080..erhm tepu-tepu.. Petang ni nak g pasar malam Changlun la..Nak cari sotong kurita celup. Hari-hari buka puasa sorang-sorang, ditemani adik (kucing yang comei ni)..Setiap kali buka mesti terpikik ibu masak apa ye ari ni..Huhuhu. Ibu ana pakar memasak. Teringat dulu kami sekeluarga berkumpul..Kalu 30 hari puasa akan ada 30 menu berasingan..Masakan ibu adalah masakan paling sedap la bagi setiap anak-anak..Sebab tu orang kata air tangan ibu ni azimat..Kemana saja kita pergi kita akan selalu teringat ibu di rumah..huhuhu
Kadang-kadang rasa nak Call tanya ibu masak apa. tapi takut menganggu ibu nak memasak and penat pulang dari kerja. Habis buka ingat nak call juga..tapi kita sendiri da bergegas untuk maghrib, tentu ibu juga..Ditambah nak bersiap untuk pergi terawih..Balik terawih ana pun da keletihan selalunya tido awal untuk bangkit awal..Nak hubungi ibu hari pun da lewat takut ganggu ibu nak berehat..Maka menjadi la pertangguhan demi pertangguhan..Kalu waktu kerja , ada kelas ada itu ada ini..Kadang-kadang je dapat..
Rindunya masakan ibu..teringin nak makan nasi ayam ibu, nasi lemak ibu, ishhh ishhh ni yang sebak ni.. Setiap kali buka selalu mesej adik perempuan ana, Nabihah..Biha sekarang kat UTM Skudai. okla..time cuti-cuti leh balik berbuka rumah atuk tak pun g umah Mak Anjang..tak terasa sangat.. huhuh cepatla cuti. lagi 3 minggu lambatnya masa berlalu..Ana rindu masakan ibu dan berkumpul bersama dengan adik-adik di rumah. Suasana berbuka beramai-ramai mesti seronnok. Rindu dengan air bandung soda ayah..Rindu dengan adik-adik ana yang akan bertelagah bila sampai turn nak kemas meja untuk sebelum makan dan selepas makan..turn nak cuci pinggan..Rindunya sume itu...Teringat kat adik ana yang bongsu Aiman..Macamana eik pengalaman pertama berbuka puasa kat asrama???
Saat ini ana betul-betul rindukan sumenya....
Saturday, August 29, 2009
IBU...............
Di hari yang bermakna ini,
Anakmu kelu seribu bahasa,
Ku penakan isi lubuk hati ini,
Untukmu permata jiwa hati ku.
Ibu,
Keheningan subuh kesyahduan pagi,
Tergenang air di mata ingat padamu,
Terketar tubuh pingin pelukanmu.
Rindu padamu hilang tiada,
Berat dadaku menahan keluh,
Sesak nafasku resah gelisah.
Gembiramu gembiraku,
Tawamu tawaku,
Tangismu tangisku,
Sedihmu sedihku,
Surammu suramku.
Lelahmu membela diriku,
Keringatmu menitih perangaiku,
Jasamu membesarkanku,
Tak terbayar olehku ini,
Hanya kasih cinta padamu,
Ku hulurkan sepenuh ragaku.
Ibu,
Di hari yang bermakna ini,
Serta terdahulu dan mendatang,
Anakmu menyusun jemari,
Melafaz doa dan al-fatihah,
Pohon ampun dan kasih,
Agar cinta pada anakmu ini,
Tiada noktah kekal abadi.
Tuesday, August 25, 2009
monolog lagi.............
beep..beep..."La Tahzan" tersenyum ana membaca sms nya. "Jangan Bersedih" itu katanya..ye ye ana tak bersedih ..ni tengah tersenyum la ni..Ditambah dengan ada 2 kitab Mushaf Tajwid dan satu buku kisah nabi (konon nanti boleh ceritakan kat anak-anak) yang baru diborong oleh ana tadi juga..Rasa terhibur apabila ejen tu datang tepat pada masanya...................T.Q ^_^
Rupa-rupanya idup ini indah...., rasa gembira pula sedangkan tadi sedang berduka...waccchhaaaha.........
Nota kaki: Hanya Mushaf Hijau tu aja yang dapat ana berikan..ana tahu ianya akan sentiasa ada bersama dan dijaga selamanya..membacanya, menghayatinya..moga-moga dapat mengamalkannya..Sebab setiap hari dia membacanya...InsyaAllah...(Mushaf merah tu ana punya..hehhehe)
Bermonolog 2

Ana teringat pada seseorang yang pernah berkongsi dengan ana ..Antara pesannya " Janganlah mencintai sepenuhnya suami kita dan anak kita kerna kelak mereka akan pergi juga dari kita..cinta manusia kan tak kekal lama..Jadi serahkanla cinta dan hati sepenuhnya kepada Allah. InsyaAllah kita takkan kehilanganNya" Berpegangla pada cinta itu selama-lamanya............(Pesanan ini ana tujukan khas buat diri ana sendiri, sebagai peringatan tuk selamanya)
Nota buat bakal-bakal suami;
Hubungan kita dengan Allah memberi kesan lansung ,
terhadap hubungan isteri dengan kita. Baikilah hubungan dengan Allah untuk
memperbaiki hubungan kita dengan isteri.
Jangan mengharapkan ketaatan seorang isteri sekiranya kita sendiri
gagal mentaati Allah sebagai hambaNya.

Aku Bermonolog...........
biasalah manusia ada masa die rasa itu yang terbaik untuknya tapi belum tentu lagi. Ada masa dia rasa itu yang tak terbaik untuk dirinya tapi tak juga..Jadi apa yang harus kita lakukan?? Redha?
Berdoalah kepada yang Esa...pujuk hati supaya banyak sabar..Hidup ni sementara je. Wakafkan diri ke jalan Allah..InsyaAllah..pujuk hati sentiasa...
Apalagi ea nak bermonolog..Ohya kadang-kadang kita berusaha nak jadi baik. tapi kadang-kadang manusia sekeliling kita yang boleh mempengaruhi kita tak jadi baik..Jadi cam ne? Kuatkan iman, mental dan hati..Paling penting SABAR...Cakap senang..Sabar..sabar..tapi nak buat susahkan..tak pe yang penting CUBA..DOA..
Seseorang selalu kata kat ana SABAR..Bile ana rasa sedih ke down sangat dan ingin berkongsi dia akan cakap SABAR LAH. Dan yang ana tahu dia itu selalu kata DOA...DOA di bulan Ramadhan InsyaAllah makbul...
"Doa apa yang diingini. Tak ada yang mustahil bg Allah. Kita Fikir mustahil, tapi semuanya Allah boleh buat" Kiriman sms yang ana terima..Terima Kasih rasa terubat rasa down ini bila membacanya.
Tak pe la..kalu dah ini yang terpaksa kita lalui..kita redha, sabar...Bahagia tu kita yang cari dan janganlah menyesal dengan setiap pilihan dan keputusan yang kita buat..InsyaAllah....
Thursday, August 20, 2009
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Esok da start puasa...Seronoknya. Petang ni da boleh g terawih..perasaan tu berdebar-debar pun ada..Harap-harap Ramdhan kali ini lebih memberi erti dan makna.. Dan semoga kehadirannya itu ana memanfaatkan sebaik mungkin. InsyaAllah...
Sunday, August 16, 2009
:Muq@dimah aku kegembiraan mereka:




naz, usmie n ana....terimbas saat di mekah n madinah bersama kan
Jurucakap majlis hehee
Tetamu yang hadir
Cincin Tunang & Cincin tanda
Sahabat Baik ku Siti Nazrah..Thanx 4 coming
Adik perempuan tersayang ....
Cikgu Faridah a.k.a saudara sendir: cikgu yang mengajar kami berdua masa form 1
Bakal Ibu Mertua ku : Kucupan kasih tu
Ibu Tersayang : thanx Ibu 4 Everything really Love u
Senyuman Ayah Tercinta : Thanx Ayah I really love uAlhamdulillah Majlis Pertunangan ana berjalan dengan sebaiknya, cuaca pun baik. Tetamu pun ramai ..terdiri dari saudara mara sebelah ibu, sebelah ayah, rakan-rakan ibu, jiran-jiran tetangga, sahabat ana dan 2 orang anak murid ana serta kedatangan rombongan dari pihak lelaki. 9 dulang berbalas 11..
Pada ana majlis ini adalah kegembiraan ibu n ayah ana.Ana dapat lihat cahaya kegembiraan di wajah mereka. Bahagianya hati ini dapat menggembirakan mereka selagi hayat mereka..Selagi terdaya akan ku gembirakan hatimu ibu dan ayah...............
Mudah-mudahan tempoh pertunangan ini menjadi tempoh untuk saling sama-sama memantapkan diri sebagai persediaan untuk menjadi suami n isteri nanti..InsyaAllah
** Muhasabah Cinta - EdCoustic
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu
Reff:Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu
Alhamdulillah hari ini demam ana da semakin kebah..Ana tahu apabila kita sakit macam Lillah kata Allah Sayang lebih kat kita.,,InsyaAllah...Mudah-mudahan..Kalau kita sabar , banyak n besar pahalanya..
Doktor bagi ana m.c 2 hari sampai selasa dan sekiranya demam tak kebah juga ana akan ditahan di wad sebab suhu badan ana tinggi sampai lebih 40 sampai menggigil sendi2 ni..huhuh ditambah batuk dan selsema juga...Ana rasa ni demam penat kot, lagipun musim kan sekarang ..
Ana berdoa moga cepat sembuh, bukan tidak redha dengan sakit yang Allah beri tapi ana sebak sedih dan terharu dengan ibu ana. Ana sedih melihat dia sangat susah hati..Ibu yang membawa ana ke klinik, menyuap ana makan ubat, melap badan ana untuk menurunkan suhu...setiap jam ibu akan masuk bilik ana periksa keadaan ana, malam pun begitu. Ana rasa sedih, tidur malamnya tak nyenyak risau suhu badan ana naik..Hari ini ibu g meeting di K.L rasanya dari jam 7 die berangkat hingga sekarang jan 12 ada dekat 3,4 kali die call menanyakan badan ana panas lagi ke tak...Ana betul tak nak dia susah hati ..Ana tahu sakit ni Allah yang beri, & sembuh juga Dia yang menyembuhkannya..ana berdoa moga cepat sembuh dan tak ditahan wad..Ana tak nak susahkan ibu, tak nak ibu susah hati....
Alhamdulillah hari ini ana raa macam dah taj nak panas sangat dah badan ni..Dah boleh basuh pinggan, sidai baju, masak nasi untuk adik..bagus juga dapat m.c 2 hai dapat berehat secukup-cukupnya. Esok da kena balik Perlis. Pagi ni aja dekat 3,4 kali student ana call...aiya..huhuhu
sabar sabar esok saya balik la Perlis.......
p/s: bagi kelas Entrepreneur - sila emailkan saya hari ni mengenai tokoh usahawan
bagi kelas interactive authoring - sila emailkan saya multimedia application
bagi kelas event - nanti saya tgk proposal lengkap
bagi kelas theory color - please submit ur assignment today
bagi kelas design dialogues - on wednesday the program only for 3 hours
Monday, August 10, 2009
Makin Nakal nye Dia
Taaa Daaaa ni anak kucing ana yang diberi nama ADIK..heheh speselnya dia ialah kerana dia adalah seekor kucing yang pekak, tempang,manja tetapi huhuhu nakal wooo...
Chicken Mandy Nyum Nyum...

Ni Chicken Mandy di bumi Pilgrim tu
Ni Chicken Mandy di Ampang WalkSeriusly, ana sangat teringin and mengidam untuk makan makanan di atas ni..Namanya Chicken Mandy..seriussss sedap..
First Time ana makan makanan ni masa menunaikan umrah..Dari perjalanan Madinah ke Mekah kiranya di hentian RnR di sana..kami makan dalam dulang ramai-ramai..huhu sejak tu ana terus jatuh cinta dengan makanan ni..Kat depan Masjidil Haram ada satu shopping complex dan didalamnya ada jual Chicken Mandy tu..tapi masa tu ana tak de team nak makan makanan ni sama-sama. Sebab ibu n ayah tak berapa gemar..(masa tu rindu kat adik-adik kalu diaorg adik leh wat tema melantak makan hohoh)
Ni bila balik Malaysia..budak-budak ni kata ada kat Amapang Walk..dan diaorg pi makan minggu lepas (Really ?? Eiza kata sedap..huhuh jelesnya..nak juga!!) Minggu ni kalu sempat ana nak singgah Ampang la semata-mata Chicken Mandy ni..ehhehe Naz t kita g sama ea..hehheeh
: ~ Zikir Fatimah ~ :
Gunakan la segala jenis milestone, timelines, schedule apa sajalah yang boleh untuk clasifiedkan setiap kategori kerja n perjalanan setiap keje..Paling BEST bila melihat setiap keje dapat dilaksanakan dan dipotong apabila selesai...heheeh(Yahoo!!!)
Letih..ada la..tapi mungkin ada yang lebih letih lagi dari ini..hehe tapi tu ar kemampuan kita setiap manusia berbeza...Thanx kepada Lillah yang mengingatkan ana dengan ZIKIR FATIMAH ni..serius ana pun terlupa...Zikir ni Nabi Muhammad s.a.w kepada puteri baginda Fatimah apabila puteri baginda mengadu keletihan menguruskan urusan rumahtangga.....
Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya;
Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku.
Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x,
maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.
Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.
P/S: Pasni jadikan ini sebagai satu amalan ye....InsyaAllah
Friday, August 7, 2009
Menara HOT ....HUHUH
Tapi oklah assgmnt IT Policy ana da berjaya siapakan..nasib bek sub topik ana tentang e-biz dan R&D Cluster..asgmnat Advansed SAD ana tengah usaha la ni nak siapkan. groupmate sakit pula..kesian kat die..tak pe ni hari die, nanti akan datang hari ana plak..tapi banyak la keje nya..huhuhu..
Malam ni nak buat Advanced Database..belek2 soklan cam malas nak buat..tapi kene buat juga..esok ada lab test..seb bek ada orang baik hati bagi pinjam laptop..sbb laptop ana guna Vista..SQL, Rational Rose sume tak leh install....Terima Kasih banyak-banyak kat insan yang bagi pinjam laptop tu...sangat bersyukur..nasib baik die tak guna laptop lagi..tapi mungkin ana tukar laptop sekjep dgn die..nak downgrade sayang la plak.huhu..t.q sgt2..^_^
Rabu tu kami gerak dr Puchong perdana ke menara HOT..Oklah presentation ok..walaupun tak diterima 100% kerana katanya kami punya web nampak sophisticated sangat..heheh bagusla ada pro n cons..tak diterima bagus tak yanh nak bsy2 buat banyak keje..heeheh.tapi ada info baru di terima tentang trainning game developer bulan 10 ni kat cyberjaya..Bestnya dengar tak sabar nak g...heehehe tapi kene siapkan awal2 sume keje kat sini..harap2 meting exam pun balan 9 la..huhu chaiyuk ana tgh usaha juga ni siapkan soalan exam final ...
Tengahari tu baik Pee Dee jap..sempat berehat2 melabuhkan badan yang letih ni..bermanja dengan ibu ayah seketika..jam 6 kitaorang gerak pulang semula ke Perlis..Jam 2 baru sampai..Hari ni Jumaat ana Cuti..letih n sakit2 da badan ni..ehheh duduk umah rehat je sepanjang hari..huhuh
Tadi sempat chat dgn ena...erhm, aiseh tak besh tul cerita yang di dengar.tak pe dik..kumbang bukan seekor...sekarang pun focus la dgn study..InsyaAllah akan ada yang terbaik..kalu nak cik abang yang ada kat sini, akak berbesar hati leh adjust kan..tapi dengan die tu macam akak pernah cakap la..kene banyak sabar2..heheehh takut ena tak tahan la plak..hahhahhaha..anyway, chaiyuk...buat asgmnt yang tak leh wat tu..Install je window baru..heheeh
Monday, August 3, 2009
Do@ iTu...
Doa ini yang diberi oleh emak Usmie
Rumah Allah yang tak pernah sunyi dengan kehadiran HambaNya yan bermunajat sujud padaNya..Melihat sahaja Kaabah dihadapan mata, dengan sendirinya air mata mengalir
Bersama sahabat baik dan rapat Siti nazrah dan Unta yang sibuk nak berposing juga
Bersama Usmie dan eiza kat Abeer Garden, MekahPerjalanan Pulang Bersama Bekal ibu

Nasi goreng di atas ini bukanla nasi goreng seperti yang dibekalkan ibu ana,,..tapi lebih kepada gambar simbolik..hehhehe
Ahad ,
Seawal jam 4.30 pagi ibu mengejutkan ana bangun dari tido..arghhh..terasa ngantuknya kerana penat perjalanan jumaat ari tu pun tak hilang lagi..(ana selamat sampai di rumah pee dee jam 1 pagi)...tapi apakan daya ada tanggungjawab lain juga menanti di perlis..ana mesti sampai di UUM jam 12 kerana kuliah advanced SAD di UUM...
Pagi subuh itu ibu membekalkan ana dengan nasi goreng..ye walaupun ianya bukanla menu yang istimewa tetapi ana sangat suka dengan bekal dan masakan ibu ini. Ana duduk jauh, sekali sekala saja dapat merasa air tangan masakan ibu..Bekal ibu menjadi teman perjalanan pulang ana.sepanjang memandu setiap kali mengantuk ana akan makan bekal yang diberi sesuap..hajatnya untuk dijadikan menu tengahri tapi sebelum jam 12 bekal yang dibawa telah selesai di makan..heehh .Jam 8 pagi ana da tibe di Tapah, Subahanallah ana sangat-sangat mengantuk dan tanpa sedari 45 minit ana terlelap di dalam kereta ....kemudian dari itu ana meneruskan perjalanan ..Alhamdulillah tepat 12 tengahari ana tiba di kelas ASAD..dan ana ada presentation tentang PBL1 ana (Problem Base Learning 1) mengenai case study UUM Website. Sahabat group ana tidak hadir, mungkin ada aral kerana sebelumnya ada diberitahu mengenai anaknya yang sakit..(kesian kak Nizah tak pe ni hari die,,esok2 mungkin hari ana pulak)..Apapun ada sedikit komen dari Dr. Haslina bagi membetulkan tentang <
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Malam tu ana terdengar adik lelaki ana bertanya kepada ayah
Haziq :"Along balik bila ayah?"
Ayah :"Esok"
Ana tatahu kenapa tapi ana terasa sesuatu..mungkin ana kerap pulang kebelakangan ini tapi ana hanya pulang untuk tempoh sehari sahaja, itupun untuk menyelesaikan beberapa urusan..beberapa minggu yang sudah kepulangan ana ,ana tidak sempat berjumpa dengan 2 orang adik ana haziq dan aiman..Sebenarnya ana juga merindui adik2 ana, jauh di sudut hati ana sedih sebab ana tak dapat ada disisi mereka tengok mereka belajar dan berkongsi sebagainya dengan mereka....
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Kembara Rasa ~Puter@ HeigHt~

Perjalanan malam jumaat hari itu bersama NBX dari Perlis pulang ke Pee Dee..Malam yang sejuk..hujan yang lebat..jalan yang jammed di beberapa hentian (rawang dan kuala kangsar)..badan yang letih..(pulang saja dari ofice ana terus gerak)

